Air Rebusan Kiub Lo Han Kuo : Minuman Untuk Buang Panas

10:42 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi di malam yang dingin dan sepi.
Kita cerita-cerita juadah berbuka petang tadi. Amie tak dapat kongsikan sebab semua gambar tidak jelas. Hari ini mendung sepanjang hari, dan hujan di tengahari. 
Amie masak kiub lo han kuo untuk buang panas. Minuman ini sedap diminum panas dan juga sejuk. Encik Suami beli yang sudah siap dalam satu pek. Biasanya Amie akan renih buah kundur dengan longan kering tetapi kali ini hanya rebus selama lima minit sahaja 300 gram lo han kuo. Lo han kuo ini merupakan kiub dari ramuan gula batu, buah kundur, lo han kuo dan mata kucing.

Amie suka tambahkan white fungus dan kurma merah di dalam minuman ini. Jadi sewaktu menikmatinya, bolehlah kunyah-kunyah white fungus dan kurma merah bersama kepingan kecil buah kundur dan mata kucing di dalam kiub lo han kuo.

Minuman untuk buang panas.


Sebungkus seberat 300 gram : RM6.00.

Kiub Lo Han Kuo

White Fungus & Red Date

Cara menyediakannya mudah sahaja. Boleh masak kiub lo han kuo dengan air begitu sahaja. Untuk 300 gram, gunakan 2100 ml air atau tujuh gelas air. Masak selama lima minit sahaja atau sehingga mendidih dan kiub larut.

Amie rendam dahulu white fungus hingga kembang dan hiris kurma merah dengan membuang bijinya. Kemudian rebus bersama kiub lo han kuo sehingga mendidih.

Diminum panas sedap, diminum sejuk pun sedap!

18 comments

  1. Penuh khasiat minuman ni Kak Amie ye...dgn Tambahan kurma merah & white fungus tu lagi 👍

    BalasPadam
  2. ini kalau tambah ais sedap ni kak heheheh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap Dana.
      Minum panas pun sedap. Wangi.

      Padam
  3. belum pernah jumpa lagi pek begitu disini,kalau terjumpa nanti boleh juga cuba minuman ni lebih kurang macam laici kang kan kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ditambah bahan lain seperti kembang semangkuk, biji selasih, kekacang, laici dan sebagainya bolehlah jadi laici kang.

      Padam
  4. Rasanya manis2 atau tak rasa apa2 kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada campuran gula batu. Rasa manis yang sempurna.

      Padam
  5. Lamanya tak minum air ni Kak Amie! Dulu kalau pergi Chinese wedding atau dinner Chinese menu baru dapat minum air ni. Terima kasih share resipi ni 🌸

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minuman begini memang terkenal dalam masyarakat Cina.

      Padam
  6. sedap ni. kalau cuaca panas dapat air ni rasa segar je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sal. Sedap rasanya, manis yang sempurna dari gula batu dan kombinasi bahan lain.

      Padam
  7. Ooh..ada jual dalam pek rupanya. Tak perasan ada dijual.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu saya rebus bahan yang dijual berasingan seperti longan kering dan kundur, tapi kali ini Encik Suami beli yang dah siap bentuk kiub.

      Padam
  8. Tak pernah tahu pun minuman ni..Tapi sangat menarik..Macam ala-ala lai chi kang ..sedap minum panas ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama Cella suka manis kan. Cubalah, sesedap rasa manisnya.

      Padam
  9. Pack macam tu biasa jual kat mana kak Amie? Kedai ubat cina ke atau pasaraya ada jual.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di pasaraya ada, di kedai ubat Cina pun ada.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe