Banyaknya Hasil Kampung di Pasar Tani Kekal Tamu Kota Belud

11:55 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita tiga minggu lepas sewaktu jalan-jalan ke Pasar Tani Kekal Tamu Kota Belud pada hari Ahad. Jarak dari Kota Kinabalu ke Kota Belud lebih kurang 77 kilometer. Tambah 10 kilometer jadi 88 kilometer jarak dari Gardens Condominium, Penampang ke Kota Belud. Seawal pukul 0630 pagi, kami sudah meninggalkan Penampang. Encik Suami memandu santai-santai saja, tidak terlalu laju seperti hendak mengejar sesuatu. Perjalanan memakan masa lebih sejam. Sampai di tamu, lebih 10 minit jugalah mencari tempat letak kereta. Sana-sini penuh dengan kenderaan!

Selamat Datang ke Pasar Tani Kekal Tamu Kota Belud!


Nama Kota Belud ini asal ceritanya berasal daripada bahasa Bajau. 'Kota' bermaksud kubu pertahanan, manakala 'Belud' bermaksud bukit. Dengan kata lain Kota Belud bermaksud Kubu Pertahanan di atas Bukit. Kota Belud juga dikenali sebagai 'Daerah Koboi Timur' kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, lembu dan kerbau.
Penduduk tempatan terdiri daripada suku kaum Samah (Bajau), Dusun dan Irranun. Mari kita teroka Tamu Kota Belud yang berusia lebih 140 tahun dan merupakan tamu tertua di negeri Sabah. Tamu Kota Belud diwujudkan pada 13 Disember 1878 oleh seorang Residen British yang pertama di Tempasuk iaitu William Pretyman.
Sumber : Wikipedia

Pemandangan dari pintu masuk sudah dapat dilihat betapa ramainya pengunjung Pasar Tani Kekal Tamu Kota Belud.

Pemandangan pertama sebaik sahaja kaki jejak melepasi pintu masuk tamu.

Oleh kerana kawasan tamu ini sangat luas dan banyak pula jualannya, jadi Amie bahagikan entri ini kepada beberapa bahagian. Bahagian pertama ini Amie hanya fokuskan kepada hasil kampung yang nampak pelbagai. Memang seronok sangat meneroka lorong jualan hasil kampung di sini!

Pisang.
Rotan.
Ubi Kayu.
Kelapa.

Bahan jualan diletakkan di atas daun keladi. Ada pucuk paku, pisang, kulat sisir, serai dan pisang.

Hasil sungai / muara sungai : Lokan.

Peniaga hasil kampung tidaklah membawa banyak bahan untuk jualan. Kelihatan sedikit timun, betik dan jagung.

Ada cili hijau, cili putih, pisang dan pucuk ubi

Tebu, ubi kyu dan serai.

Cendawan tiram siap dalam bungkusan. Di hadapannya bungkusan berisi betik muda yang sudah disagat. Ada labu air, pisang, betik, nanas, timun, bunga kantan, serai, labu, kacang bendi dan kobis.

Di sini pula ada sayuran seperti kangkung, pucuk labu, daun kesum, umbut kelapa, lokan, rebung, daun nyirik dan daun palas. Nun di hujung kelihatan kelongsong ketupat.

Ada nangka muda, halia, dan daun pandan.



Melihat kepada kepelbagaian jenis jualan dan jumlah yang sedikit-sedikit menterjemahkan bahawa penjual membawa hasil tanaman dari kebun sendiri.

Macam-macam ada! Dari keledek, terung, serai, peria, nanas, pisang, bunga kantan sehinggalah ke labu!


Pelbagai jenis sayur.






Tuhau wajib ada!


Beras kampung.





Buah pinang!

Pucuk Keledek.


Pakis udang dan pegaga.

Harganya pun sangat murah. Mudah-mudahan bertambahlah rezeki para peniaga di sini.

Nangka muda.

Pisang muda ini namanya pisang penawar, kata penjualnya.

Ikan Ketutu.

Peniaga ikan pangi.
 Pangi bukanlah nama ikan tetapi ikan tersebut dipangi dengan buah keluak atau buah kepayang. Biasanya ikan yang digunakan ialah ikan talapia, ikan sepat, ikan karok (puyu), haruan dan juga keli. Ada juga digunakan ikan lauaat seperti ikan kembura atau ikan belanak.

Ikan Pangi Talapia.




Buah Dau.
Sekian.
Cerita dari Pasar Tani Kekal Tamu Kota Belud.

22 comments

  1. Begitukah maksud Kota Belud? Selama ni, sy fikirkan belut.. cuma ejaan tempat ditukar pada huruf D, hihi.

    Banyak hasil jualannya, tentu Kak Amie seronok jalan2 di sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun dulu sangka mesti ada kaitan dengan belut, cuma ejaannya belud. Rupanya ada maksud lain.

      Padam
  2. Wah bestnya kak amie, kalau saya tak boleh tempat macam ni mesti rambang mata.Tambahan pulak ada banyak hasil tani yang macam jarang nak jumpa kat pasar/market biasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau banyak isi rumah, memang boleh borong macam-macam. Bawa balik, terus masak dan makan ramai-ramai.

      Padam
  3. Menarik pasar tamu ni.. banyak betul hasil jualan dari orang kampung.
    Harga pun berpatutan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, hasil dari usaha dan kebun sendiri.
      Memang murah-murah. Semoha tambah rezeki para penjual kecil-kecilan ini.

      Padam
  4. Ya Allah seronoknya tengok kak, kalau ada kat situ mau semua rasa nak beli. Macam-macam hasil kampung, segala hasil sungai , hasil hutan ada dekat situ dan segar-segar semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak rugi datang dari jauh ke sini Dana.
      Memang teruja melihat hasil kampung di sini. Kagum dengan semangat berniaga penduduk tempatan.

      Padam
  5. Rambang mata jadinya, semua hasil kampung yg unik & segar...
    Pangi tu apa maksudnya Kak Amie? Nak kata pekasam, tapi guna buah la pulak 🤔

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pangi tu nama lain untuk buah keluak atau buah kepayang yang digunakan untuk awet ikan. Kira macam ikan dipekasamkanlah juga.

      Padam
  6. menarik...pertama kali tengok tuhau & buah dau,..pisang muda tu menarik pulak bentuknya..

    BalasPadam
  7. Oh,maksudnya Kota Bukit..
    kat Kedah ada juga nama tempat " Kota Bukit"
    Betul2 nangka muda dan pisang muda tu..Pisang yang terlalu muda macam tu kalau tempat saya direbus buat ulam..isi dalam pisang tu macam cecair jernih yang pekat macam gam kanji..saya suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penjual pisang muda ada terangkan dengan saya cara nak makan pisang itu. Sedap katanya.

      Padam
  8. selama ni saya mati2 duk fikir kota belud tu sempena nama haiwan belut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee... sekarang dah tahu maksud disebalik namanya kan Afzan.

      Padam
  9. banyak jugak lokan kat sana ya kak amie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, itulah antara hasil sungai yang diniagakan di sini.

      Padam
  10. Suka singgah di pasar tani, sayur-sayur bukan setakat segar tapi lebih murah di pasaraya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, dan macam-macam sayur yang tak pernah kita nampak boleh dilihat di sini.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe