Bekal Makan Tengah Hari & Jajan Waktu Menoreh
4:58 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Apa cerita hari pertama berpuasa di bulan Ramadan? Sudah masak untuk juadah berbuka puasa petang ini? Encik Suami minta Amie masak nasi sahaja. Firdaus pula hendak berbuka puasa dengan murtabak. Jadi, dalam perjalanan pulang dari sekolah nanti, Encik Suami singgah di gerai murtabak. Pesan Firdaus lagi, hendak minum jus oren campur lobak. Dan jangan lupa sediakan kurma untuknya. Katanya lagi, cikgu pesan makan kurma di bulan puasa.
Sebelum ke dapur, tulis entri dahulu. Cerita minggu lepas, sewaktu menoreh di Kota Kinabalu. Sebelah paginya kami sarapan di hotel, dan untuk makan tengahari kami makan nasi bungkus.
Hari pertama: Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah |
Minum petang: Puding jagung + kuih talam gula merah + apa entah nama kuih satu lagi! |
Hari kedua: Nasi Putih + Sayur Campur + Telur Dadar + Ikan Tuna Masak Kicap |
Minum petang : Bingka Ubi Kayu Cheese + Nona Manis + entah apa nama kuih satu lagi. |
Hari ketiga : Nasi Putih + Ayam Masak Kari + Sayur Kacang Panjang & Lobak Merah |
Minum petang : Donut + Talam Pandan + Kuih Lenggang |
Hari keempat : Nasi Hujan Panas + Ayam Masak Merah + Acar Timun & Nanas. Telur rebus itu kita bawa dari hotel (ambil sebiji tapi tak sempat makana di sana). |
Hari pertama menoreh, sudah banyak jajan yang dibawa oleh kawan-kawan. Hari kedua, bertambah lagi. Sambil menyiapkan kerja menoreh, sambil mulut mengunyah. Macam-macamlah yang masuk mulut termasuk kek pisang, kerepek pisang, gula-gula, kekacang dan sebagainya.
Waktu rehat kami tidak ditentukan sebab masing-masing perlu siapkan kerja yang diberi. Pukul 1200 tengah hari, nasi bungkus sampai. Siapa hendak makan boleh makan, dan selepas makan bolehlah solat zohor. Kemudian sambung kerja hingga ke pukul 1630 petang.
Dodol dari Terengganu. |
Keropok Belinjau Sira Gula Merah dari Tawau. |
Gula Asam Jawa |
Dodol Durian |
Menoreh sehari suntuk memang sungguh mencabar! Boleh tertidur kita dibuatnya. Minuman yang disediakan pula sangat manis! Jadi, waktu makan tengah hari dan minum petang memang kami gantikan sahaja dengan air kosong. Terima kasih buat rakan-rakan yang berkongsi jajan dan minuman!
9 comments
Duh duh duh.. banyak sungguh makanan dan jajannya. Jangan tidak siap pulak kerja menoreh kerana asyik mengunyah, hahahahah.
BalasPadamGua2 asam jawa tu lejen!
BalasPadamSelamat berpuasa ye!
Banyak sekali jenis jajannya...
BalasPadambanyak betul ni kak habis ke semua ni?😀
BalasPadamWah banyak jajanan..
BalasPadamDodol Trengganu tu tidaklah lemak kan Cikgu?
Hanya manis..Tapi saya suka keharuman daun palas salai tu.harum sangat kan
Dari lauk tengahari hingga ke minum petang semua sedap2 belaka.
BalasPadamNasi hujan panas tu sedap
BalasPadamnampak banyak jajan2 yang terbang dari semenanjung ye kak...
BalasPadamSA suka bekal kekacang tu...sedapnyaaa....boleh buat untuk raya nanti ni
BalasPadam