Tiru Macam Saya!
3:19 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini masuk hari kedua umat Islam berpuasa.
Cuaca panas!
Di LD suhu mencecah 33'C.
Negara kita mengalami cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun, dan purata suhu harian di seluruh negara ialah antara 21'C hingga 32'C.
Barangkali peningkatan suhu itulah yang menyebabkan Firdaus mengalami gatal-gatal badan dari kelmarin disebabkan ruam. Sabarlah anak! Dugaan kecil di bulan puasa.
Kita cerita lain pula. Cerita hari terakhir di Kota Kinabalu pada hari Isnin. Kami hentikan kerja menoreh kerana hendak terbang pulang ke sarang. Nanti boleh sambung torehan. Kali ini kami lambat-lambat turun ke Rosea Cafe. Kononnya hendak santai-santai sarapan dengan Nora, Zaiton dan Mewah. Mewah lewat keluar dari bilik, jadi kami bertiga turun dahulu.
Tempat duduk penuh!
Penuh dengan orang Korea dan ditambah pula dengan orang putih! Nampaknya industri pelancongan negara sudah semakin rancak.
Penuh dengan orang Korea dan ditambah pula dengan orang putih! Nampaknya industri pelancongan negara sudah semakin rancak.
Kali ini Nora dan Zaiton ingin mengambil hidangan pertama seperti Amie. Wah! Rupanya masing-masing memendam selera, berminat tiru macam kita! Jom buat taman warna-warni dalam piring : Salad, buah-buahan potong dan jeruk zaiton serta gherkin. Tambahkan sos untuk rasa lebih lazat.
Sepiring taman warna-warni. |
Masing-masing dengan piring salad dan buah! |
Ambil kesempatan makan buah zaitun jeruk, gherkin dan capers. |
American Breakfast. |
Setakat makan salad dan buah sudah tentulah tidak mengenyangkan. Walaupun hari itu berehat seketika dari kerja-kerja menoreh tetapi perlu banyak tenaga juga untuk bergerak ke lapangan terbang membawa harta karun masing-masing! Wokey... kita ambil piring American Breakfast pula. Sosej, kacang panggang, telur mata dan kentang panggang.
Pagi ini tidak ambil nasi lemak dan kimchi sebab nak bagi peluang orang putih makan nasi lemak. Orang Korea sudah tentulah rasa bangga sebab ada kimchi di celah-celah menu sarapan Melayu.
Ambil bijirin tuang susu segar. Di sebelahnya segelas kecil jus mangga dan jus limau kasturi. |
Ambil juga satu sudu besar mi goreng, tambah sambal nasi lemak dan omelette. |
Terakhir : Sup sayur kobis napa, bubuh telur hitam dan bawang putih goreng & kacang tumbuk. |
Terakhir sekali : Minum secawan susu kacang soya panas! |
Kami sepakat mengatakan hidangan salad dan buah-buahan menaikkan seri meja makan! |
Sempat jeling-jeling kawasan pastri sebelum tinggalkan Rosea Cafe. |
Tengok tart ini teringat pula Hokaido Cheese Tart Durian yang tak sempat dibeli di Suria Sabah Mall! |
Dekorasi di Rosea Cafe. |
Memang tidak sempat menjejak semua tempat di hotel, dan tidak sempat juga menggunakan segala kemudahan yang disediakan sebab hanya jadikan hotel sebagai tempat bermalam sahaja! Jadi, hari terakhir ini intai-intai sahajalah mana yang dapat.
Sebelum ini berangan-angan dengan Nora untuk mandi di kolam renang. Tapi semuanya wassalam... pinjam perkataan SK!
Paling-paling duduk sajalah di sini melihat pemandangan laut di waktu petang. |
Menyaksikan matahari tenggelam di kaki senja. |
Semuanya tinggal kenangan. Nora balik ke Tawau. Mewah pulang ke Sandakan. Amie terbang ke Lahad Datu. Jumpa lagi Suan, Ruffina, Vianey dan Izan. |
17 comments
Itulah..selalunya macam- macam plan..bila dah sibuk memang plan pun tinggal plan je la..sedap plak tengok pastry tu semua...cheese tart!!!
BalasPadamKalau dah makan pastry terus rasa kenyang. Jadi, biarlah dulu... makan yang ringan-ringan dulu
Padamsaya pun suka ambil salad sebagai penyeri meja
BalasPadamKan... cantik! Tambah berselera untuk makan.
PadamNak tiru...
BalasPadamTapi tekak ni nak makan macam-macam...
Lagi2 kalau buffet macam tu...ish..
Itulah, perut tak besar mana tapi selera nak terkam semua. Jadi, ambil sikit-sikit sajalah untuk rasa-rasa. Takut teringat-ingat pula.
PadamColourful..salad buah²an & sayuran...suka buah zaitun jeruk..
BalasPadamTiap kali sarapan, ambil tiga biji buah zaitun saja... ahaks!
PadamKita sama selera bila bersarapan bufet hotel. Kalau di rumah mana mampu nak adakan sebegitu. Kesempatan harus direbut bila ada peluang menoreh macam ni, kan Kak Amie. Kalau tidak, wassalammmm.
BalasPadamBetul!
PadamKalau bukan sekarang bila lagi, bilang orang Sabah.
pienya ada cherrynya jadi pengen maem itu mbul kak nyammm
BalasPadamdan saladnya terlihat segaaar
aku suka kombinasi dari supnya, ingredientnya baru buat mbul ^^
Mulakan hari dengan warna-warni hidangan di meja makan Mbul.
Padamindah taman di meja mengait selera
BalasPadamNamanya taman selera kot Kak PI hihihiii.
PadamJangnlaj jeling-jeling je.... kalau uncle...!
BalasPadamAlamak.... kalau Uncle jadi juling ke...kihkihkih!
PadamKalau bufet hotel semuanya nak rasa padahal pewutnya satu je. Selalunya saya ambil sikit tapi semua letak untuk rasa. Tapi salad dengan buahan tu emm memang menarik
BalasPadam