Oleh-Oleh dari Tamu Kinarut
3:16 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selain sayuran dan ulaman kampung serta ikan sungai, kami beli beberapa jenis kuih tradisional di Tamu Kinarut.
Kuih Lada-Lada |
Kipang Bihun |
Selalu juga melihat kuih ini melintas di FB, api tak pernah beli. Apabila baca bahan yang digunakan, memang senanglah hendak sediakannya sebab hanya ada tiga bahan iaitu bihun, asam jawa dan air gula sahaja. Kalau tak ingat kemanisannya itu, memang makan tak mahu berhenti! Sedaplah.
Kuih Bahulu. |
Kuih bahulu ini sudah tentulah menjadi mangsa di petang hari. Bancuh kopi Tenom dalam teko. Tuang dalam cawan. Duduk depan televisyen. Apalagi! Celuplah bahulu dalam kopi.... nyaman bah!
Pecal. |
Sekarang ini kalau beli pecal, susah sangat hendak jumpa nangka muda! Kali ini, siap dengan pucuk ubi dan kacang panjang. Tak tahulah apa rasanya sebab Encik Suami makan sendiri tak mengajak!
Kuih koci, lepat ubi dan lepat pisang. |
Tidak ketinggalan kuih penjaram yang comel ini! |
12 comments
kuih lada tu rasa camne kak? cantik betul warna warni suungguh semuanya
BalasPadamRasa manis. Disira gula .
PadamKomen dana tak muncul lah kak... tapi dana suka semua gambar makanan akak tu
BalasPadamoh ok dana paham, kene tunggu kelulusan akak dulu ek. ptt la tak muncul komen dana hehehhe. maaf kak
BalasPadamIya Dana.
Padamaduh, terliur tgk semua makanan ni Kak Amie. Lama lagi nak berbuka ni haha
BalasPadamJamu mata dulu Carneyz hihihii.
PadamOh itu lah kipang bihun yang saya share kat FB. Selalu bihun goreng sekali jadi kudapan emm gitu rupanya. Kuih lada tu warna warni. Dibuat daripada apa ya.
BalasPadamAlahai... lupa nak baca bahan kuih lada-lada pada bungkusannya. Dah buang bungkusan tu.
Padamcomel kuih lada2 bergula
BalasPadamlama tak makan kuih lada tu. dulu pernah usik anak buah yang kuih tu pedas. takut diorang nak makan. hahaha
BalasPadamenak enak semua suka yang pink bihin itu
BalasPadam