Sarapan Nasi Kuning Banjar
9:57 PGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi kedua di Penampang, Amie goreng bihun untuk sarapan pagi. Fairuz beli nasi kuning, katanya Nasi Kuning Banjar. Dia tidak puas hati kerana kelmarin kami beli nasi kuning di Tamu Gaya Street, ikannya sangat kecil! Melihat Nasi Kuning Banjar, teringat nasi kuning yang pernah Amie makan sewaktu berkunjung ke Balik Papan, Kalimantan. Nasi kuning di sana meriah dengan pelbagai lauk!
Nasi Kuning Banjar |
Nasi Kuning Banjar : RM7.00 sebungkus. |
Inilah rupa Nasi Kuning Banjar yang Fairuz beli. Saiz ikannya besar, ada telur rebus separuh dan serondeng kelapa. |
Sarapan dari dapur : Bihun goreng & nugget ayam. |
Bihun Goreng. |
Bawang Putih Cincang + Kicap Manis Pedas Mahsuri + Minyak Bijan + Jus Limau Kapas |
Nugget Tempura Ayam Cheese |
Selepas sarapan, kami bersiap-siap untuk jalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu. Kononnya hendak bawa Firdaus ke Muzium Negeri Sabah.
7 comments
Yelah...besar saiz ikan Nasi Kuning Banjar yang dibeli Fairus. Baru puas makan 😀
BalasPadamJadi ke tak Daus jalan-jalan ke muzium tu?
Memang puas makan nasi kuning, saiz ikan besar.
PadamJadi, kami bawa Firdaus ke Muzium Negeri Sabah.
bihun goreng kak ammi nampak begitu sedap yeee
BalasPadamBihun goreng ala koboi Ciksun... ahaks!
PadamWah.. mengancam warna kuning dia.. Lauk pun menarik..
BalasPadamItulah warna nasi kuning di Sabah.
PadamAllah....terliurnya nasi kuning sambal ikan..
BalasPadamDah bungkus bersama pula pasti aroma special