ADSENSE

Selasa, 11 Januari 2011

Cencaru Sumbat Kelapa

Terkenang kisah dulu-dulu..... bersama rakan-rakan menikmati ikan cencaru goreng sumbat di kantin fakulti berhampiran dengan Dataran Sastera. Samalah harganya dengan talapia goreng berlada... seringgit je... Kalau menjelajah ke Syeksyen 17 di Petaling Jaya di pasar malam, ikan cencaru goreng sumbatlah yang menjadi pilihan pertama. Bonda saya tidak pernah buat ikan cara begini, tetapi saya rasa benda yang sangat menarik perhatian dan selera saya ialah inti kelapa parut.... bonda selalu buat kerabu pucuk ubi dan sudah pastinya saya hanya makan kelapa parutnya daripada pucuk ubi.... sehingga di mana-mana pun kalau namanya kelapa parut ... itulah yang terlebih dahulu saya dekati. Pertama kali masak sendiri ikan sumbat ini sewaktu bekerja sambilan di Sri Hartamas. Saya tinggal sebilik dengan Lina... guru tadika swasta, dan kami cuba masak ikan cencaru sumbat kelapa. Rupanya tidaklah sesukar mana memasaknya, dan rasanya pun lebih sedap dari yang dibeli di pasar-pasar malam  sebab kita sendiri yang memilih dan menentukan bahannya......  he he he... Resepi saya kali ini tidak menggunakan minyak kerana saya panggang....


Bahan-bahan:
1 ekor ikan cencaru (belah dari belakang)
1 helai daun kunyit muda (dimayang halus)

Bahan untuk ditumbuk:
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
3 biji cili padi
1 batang serai
sedikit halia
sedikit kunyit
segenggam kelapa parut (ditumbuk paling akhir tapi jangan lumat)
garam & perasa (jika suka)
gula
1/4 sudu pati asam jawa
beberapa butir lada putih

Cara:
1. Toskan ikan cencaru sehingga kering.
2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam perut ikan.
3. Panggang menggunakan api sederhana selama 20 minit.
Saya gunakan kuali untuk memanggang dan tidak perlu sediakan bara api. Mudah bukan.... cubalah... resepi ini sangat lazat di samping berkhasiat dan menyihatkan....

Tiada ulasan: