Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita kelmarin. Pukul 11 pagi.
Kita sedang masak di dapur.
Anak-anak buah datang bawa bahan perapan untuk dipanggang. Ada ayam, udang, sotong dan kambing. Adik ipar bakar arang. Adik Chah datang bawa coleslow, kentang goreng, kicap lada, salad dan air buah.
Alhamdulillah. Rezeki dikongsi bersama. Memang sedap sangatlah hasil panggangan anak-anak buah. Menjelang tengah hari, Wak Kanang datang bersama anak-anak dari Batang Berjuntai. Adik Wi pun datang dari Sungai Buluh. Abang Farid dan Aseeyah bersama Hamzah juga tidak ketinggalan.
Puaslah makan udang, makan kambing!
Anak buah beli kambing siap perap. Nipis dan cepat masak. Cukup rasa.
Kentang Goreng |
Air buah yang sudah kehabisan buah. |
Terima kasih daun keladi buat anak buah, Ziah dan Erika serta yang lain-lain kerana bertungkus-lumus mengurus BBQ! Lain kali buat lagi ya.