Menginap 12 Jam di Capsule Transit KLIA2 Airport Hotel

8:19 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
31 Mei 2024 hari Jumaat.
Abang Farid cadangkan kami berehat di Capsule Transit KLIA2 memandangkan kami akan terbang pukul 6:05 minit pagi keesokan harinya, 01 Jun 2024.

Abang Farid tempahkan Capsule Transit untuk kami bertiga bagi tempoh 12 jam dengan harga RM356.40 sen. Katanya, biarlah ambil jumlah jam yang maksimum supaya boleh merehatkan diri sebelum terbang. Selain tempoh penginapan 12 jam, boleh pilih untuk enam jam atau tiga jam sahaja.

Inilah pengalaman pertama kami menginap di Capsule Transit KLIA2. Tidak pastilah pada masa akan datang akan menginap di sini atau sebaliknya. Hendak merehatkan diri, tapi tidur pun tak lena. Walaupun sudah pasang alarm, tetapi asyik terjaga sebab mimpi tertinggal kapal terbang... ahaks! Apabila hendak berdiri, terlupa pula ruangannya sangat terhad dan bumbung katilnya rendah sehingga kepala beberapa kali terhantuk!

Kami daftar maksuk pada pukul enam petang.

Contoh Capsule Transit di hadapan pintu masuk.
Di ruang sebelah kiri tempat letak bagasi.



Setelah daftar masuk, kami diberikan kunci. Satu kunci untuk almari simpan bagai di bahagian luar dan satu kunci lagi untuk masuk bilik. Agak leceh jugalah sebab beg terpaksa ditinggalkan dalam locker dan kena ambil barang yang perlu sahaja untuk di bawa masuk ke bilik. Kami juga dibekalkan tiga buah beg berisi tuala, selipar dan beberapa benda lain seperti berus gigi dan ubat gigi.

Firdaus sudah bersedia untuk masuk ke bilik.


Kredit : Capsule Transit
Ini locker, tempat simpat bagasi. Di atas meja itu kita boleh buka bagasi, dan ambil barang yang perlu sahaja untuk dibawa masuk ke bilik.

Kredit : Capsule Transit
Banyak selok belok dan simpang siur jalan dalam container ini. 
Amie sendiri sesat beberapa kali ketika mencari tandas! Encik Suami dan Firdaus pun hilang arah, naik turun tangga untuk masuk semula ke bilik.


Bilik mandi berasingan dengan tandas.
Nampak bersih dan kemas tetapi rasa seram jugalah apabila pukul tiga pagi hendak bersihkan diri sebelum daftar masuk untuk terbang.



Gambar atas dan bawah : Beginilah keadaannya laluan masuk ke bilik masing-masing. Nampak sempit kan? Itu sebabnya beg besar kena simpan dalam locker di luar.

Kredit : Capsule Transit

Ini bilik kami. Satu katil queen dan satu katil single. Bukan katil, tilam saja! Tak boleh berdiri atas tilam, kepala akan terhantuk ke bumbung. Rasanya ketinggiannya hanya empat kaki sahaja. Hendak solat pun tak boleh. Terpaksalah keluar mencari surau yang berdekatan untuk solat.


Firdaus sudah merasmikan tempat tidurnya.


Ada tempat sangkutan di tepi dinding. Bolehlah sangkutkan salah satu beg yang kami terima sewaktu daftar masuk di kaunter.

Antara kandungan beg hitam ini termasuklah sehelai tuala, sebotol air mineral dan keperluan membersihkan diri.


Ada penutup mata dan penyumbat telinga. Barulah faham kenapa dibekalkan penyumbat telinga. Rupanya sepanjang malam sewaktu tidur, asyik terdengar bunyi orang berjalan di bahagian atas. Kebetulan bilik kami di bahagian bawah dan ada bilik-bilik lain di bahagian atas. Maklumlah Airport Hotel by Container!

Berus gigi warna hitam ini dari charcoal kah?

Selipar yang dibekalkan pun warna hitam juga!
Jadinya, serba-serbi hitam dari warna beg sampai ke kandungannya.


Walaupun asyik tersesat beberapa kali tapi kami akhirnya bertemu semula. Ruang yang terhad ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk keselesaan dan kemudahan tetamu. Misalnya ada sudut untuk menikmati minuman, dilengkapi dengan gelas kertas, gula, teh dan kopi.



Ada ruang untuk santai-santai samada bersendirian atau bersama teman.
Di ruangan ini, selain tempat duduk, disediakan juga mini library bagi yang suka membaca.


Abang Farid tidak lepaskan peluang membelek buku-buku yang ada di sini.


Oleh kerana malam masih muda, kami jalan-jalan lagi mencari minuman untuk basahkan tekak. Sebenarnya Amie hendak berehat sahaja di bilik. Rugi rasanya dengan jumlah bayaran yang dikenakan tapi tidak manfaatkan sepenuhnya masa di dalam capsule... hiks!

Malam-malam minum jus buah sedap juga! Lagi pun apabila asyik bergerak ke sana sini, rasa haus pula!


Ingatkan setakat minum sahaja! Rupanya Abang Farid hendak makan di Nando's kesukaannya itu! Ikutkan sahajalah kehendaknya walaupun mula rasa letih dan mengantuk.


Jadinya, singgahlah kami di Nando's KLIA2 untuk makan malam di sini: Sedapnya Creamy & Crunchy Portuguese Nata di Nando's!

Selepas makan, Abang Farid terus pulang ke Gombak. 
Harapnya kami bertiga tidaklah terlewat bangun keesokan paginya untuk terbang pulang ke sarang.

35 comments

  1. hahahaha... mimpi smpi tertinggal flight adoiii kak... hati mcm runsing je tu...
    kesian utk org yg tggi kalu menginap kat sini... tp menarik utk mereka yg flight awl pg or transit lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang begitulah... hahahaaa kerungsingan yang harus berlaku setiap kali kalau hendak naik kapal!

      Padam
    2. 🤣🤣🤣🤣kalau sy runsing sbb takut lewat...mlm sblm fly bleh lg nyanyak zzz

      Padam
  2. rasa berbaloi tak makcik dok kat capsule hotel cmni walaopon dlm airport sekalipun., huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berbaloinya sebab tak kelam-kabut hendak check in flight awal pagi.
      Yang tak berbaloinya sebab tak lena tidur dan kepala asyik terhantuk ke bumbung tempat tidur sebab terlupa tempat tu rendah.

      Padam
  3. Betul2 tempat untuk berehat sekejap sebelum terbang. Nampak selesa juga tu cuma sempit jela kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau hendak jimat masa sekadar transit bolehlah berehat di sini untuk luruskan pinggang.

      Padam
  4. Lega sikit dapat berbaring betul2 kan.. Tapi, memang kena jaga kepala lah.. Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang tak selesanya. Maklumlah ingatkan hendak bangun tegak lurus tapi terhantuk bumbung pulak!

      Padam
  5. Capsule Transit KLIA2 ni memang sesuai sangat kalau ada layover lama atau nak rehat kejap sebelum flight seterusnya. 12 jam kat sini memang cukup nak recharge, selesa pulak tu. Lokasi dekat dengan airport, jadi tak perlu risau rushing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.
      Tak perlu terkejar-kejar untuk mencari hotel di luar, dan datang semula ke airport.
      Cukup lengkap ada di sini, cuma ruangan agak terhad dan kurang selesa untuk bergerak.

      Padam
  6. Selesa jugak kak ya tempatnya, tengok katil dan tempat rehat lainnya tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tempatnya kemas dan bersih. Sekadar untuk luruskan kaki memang boleh.

      Padam
  7. Hahaha.. kalau sy tak sanggup agaknya. Lebih rela menunggu sambil duduk, tapi begitulah Abg Farid, sentiasa prihatin utk keselesaan orang tua dan adiknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya lebih rela tidur di surau.
      Tapi, itulah Abang Farid ada jew ideanya.
      Kebetulan kami bertiga, jadi sekali harung masuk situ. kalau di surau, kena pisah-pisah pula.

      Padam
  8. Dapatlah luruskan kaki kan Kak Amie....
    Rasanya kalau Sy bermalam di capsule ni pun, asyik terhantuk juga kepala 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH lagilah tinggi dari saya... hihihii memang berkali-kalilah terhantuknya kepala.

      Padam
  9. SA plak x boleh berada dalam bilik yang macam capsule ni kak..SA akan cepat panic...maybe sebab terkurung kot...apapun satu pengalaman buat akak dan family kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah dengan Kak Amie.
      Tak dapat bayangkan kalau travel ke Jepun, dengar cerita yang kena bermalam di hotel capsule di sana huhuhuu.

      Padam
  10. Pengalaman kan tidur kat sini. Bila baca2 ni rasanya tak nak la tidur kat sini kot....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun kalau boleh cukuplah sekali pengalaman ini.
      Tapi tak tahulah kalau sudah terpaksa pada masa akan datang.

      Padam
  11. oo.. camtu lah rupa capsule KLIA2. Nampak dari luar je sebelum ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu memang nampak sekilas pandang dari luar kan Faizah.

      Padam
  12. Oh selesa jugalah ya dalamnya. Dalam fikiran saya biliknya betul2 macam capsul yang sempit tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tidaklah sempit sangat tapi rendah dan bergerakan jadi terhad.

      Padam
  13. okay nak tengok entry makan kat nandos.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entri makan di Nando's sudah disiarkan bulan Jun lepas.

      Padam
  14. Saya selalu melihat capsule transit ini, Krn saya pun sering transit di klia2 kan. Tapiiii selama ini tak pernah stay di sini, dan lebih memilih tune hotel di dekat situ juga. Tak kluar bandara. Langganan saya selaku di tune kak Amie.

    Sebenernya lebih Krn, di tune kamar mandinya dalam kamar. Sementara capsule ini di luar kan. Takuuuut kalo malam kluar hahahahah. Lagipun setiap kali cek harga, Hrg tune hotel utk 1 hari, dibanding capsule yg hanya beberapa jam, LBH murah tune. Atau mungkin Krn saya selalu pergi saat peak season ya 🤣

    December ini saya nak ke Vietnam transit di KLIA. Tp sayangnya klia1 Krn naik MAS. Makanya lagi mikir nak stay di mana masa transit 😅. Repot juga kalo hrs ke klia2 kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya di KLIA1 (MAS) ada Capsule Transit juga. Dulu kami biasa menginap di Concorde Hotel tapi sudah tutup. Pernah menginap di SAMA Hotel dalam airport tapi harganya ya ampung...kayangan banget!

      Padam
    2. Kalo terlalu mahal pun saya malas. Cuma untuk transit sebentar saja 😅. Kalo pun tak ada yg sesuai budget, biasa saya istirahat di kursi2 bandara 😄

      Padam
  15. Dia macam selesa tapi macam tak selesa pun ye. Mungkin kalau ruang atas di tinggi kan sikit pasti selesa sikit boleh solat tak perlu keluar kan. Baru dapat rehat di bilik dengan selesa. Harga boleh tahan juga untuk 12 jam tu. Bilik pun kemas elok dengan macam-macam diberikan dalam beg hitam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya selesa juga untuk mereka yang benar-benar memerlukan ruang rehat yang agak privacy berbanding duduk di surau. Tapi sebelum ini pun kalau Kak Amie travel memang selalu berehat di surau. Sebelum sambung terbang boleh bersihkan diri, berus gigi, mandi dan tukar pakaian di bilik air. Encik Suami jenis tak berapa selesa kalau ikut gaya Kak Amie. Itu pasal Abang Farid tempahkan Capsule Transit.

      Padam
  16. Pengalaman ni best jugak. Sebab dalam bangunan terminal, tak perlu keluar jauh kan. Tapi tu lah takut bangun terhantuk kepala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun, mana tahu lain kali hendak berehat sebelum sambung terbang, sudah ada pengalaman bermalam di sini.Cuma hendak atau tidak sajalah.

      Padam
  17. pernah 2 kali bermalam di sini...tilam nya sgt empuk, tapi x lena tidur sbb takut terlepas flight..walaupun ada servis wake-up call..takut terlena diulit mimpi..haha...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe