Meriahnya Sarapan Minggu Ini
7:56 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Walaupun hari-hari bawa bekal sarapan ke ladang getah, tetapi tidak semestinya datang dari dapur sendiri. Biasanya yang dibawa hanyalah salad dan buah-buahan sahaja atau lauk lebihan makan malam. Encik Suami akan singgah di warung dan kita pilih sahajalah sarapan yang agak berat seperti nasi lemak, mi goreng atau nasi kuning. Dan jika suka, kita ambil kuih-muih.
Kuih Janda + Roti Berre' + Kuih Sagu |
Salad Campuran - Tambah yogurt & Kewpie Roasted Sesame Dressing |
Sesekali bawa oat, tapi minta sup panas dari kantin. Oat kan tawar. Tapi kita tak suka makan dengan buah-buahan. Kita makan dengan lauk seperti ikan goreng, serondeng dan sayuran. Kalau di rumah kita masak isi ikan atau udang tambah sayuran dan tuang dalam mangkuk berisi oat. Makan panas-panas. Sedap bah!
Lain kali kalau bawa oat untuk sarapan, kita hendak memesan sup ayam sahaja. Boleh tuangkan oat dalam mangkuk sup. Tambahlah daun salad atau perasa lain seperti kicap lada. Apabila makan oat, perut rasa agak ringan.
Buah-buah yang dibawa biasanya betik... ahaks!
Sesekali bawa belimbing tapi tak berapa manis.
Salad beginilah yang kita ulang-ulang bawa. Telur, timun dan daun salad. Tuangkan yogurt dan Kewpie Roasted Sesame Dressing. |
Kek Lumut |
Hari-hari berikutnya, hari Isnin kawan-kawan bawa bekalan untuk menoreh. Nano yang baru balik mesyuarat dari Kuching, bawa kek lumut.
Nasi dengan ikan basung. |
Julik bawa nasi dengan lauk ikan basung. Sedaplah pula pagi-pagi makan nasi dengan ikan basung! Manis isinya.
Nano bawa nasi putih dengan sambal ikan bilis tambah petai. Menyudulah kami sambal petai dari bekas nasi si Nano! Petai susah hendak kami dapat di LD. Kalau ada, harganya memang tak masuk dek akal. Pernah lihat harga di pasar raya, sekilogram harga RM45.00!
Nano bawa juga limau bali, isi merah dan manis.
Belimbing & Limau Madu |
Kita sempat hiris belimbing dan limau madu.
Kek Lapis Sarawak |
Hari Selasa, Nano bawa kek lapis Sarawak.
Dibawanya juga limau bali.
Nasi Kuning + Sambal Ikan Tuna + Sotong Goreng Celup Tepung |
Encik Suami singgah warung, belikan nasi kuning lauk sambal ikan tuna dan sotong goreng celup tepung. Sudah ada nasi kuning, tak perlulah beli kuih lagi.
Jambu Batu + Oren |
Salad Campuran - Telur Rebus + Tomato + Daun Salad + Hirisan Bawang Holland + Dressing |
Julik membawa nasi putih dan lauk ikan basung yang sangat sedap!
Asam Pedas Ikan Tulai |
Masnita bawa asam pedas ikan tulai. Aduhai.... menambah lauk dan nasi di pagi hari!
Nasi Lemak Paru |
Hari Rabu, kita bawa nasi lemak. Bukan bawa dari rumah, tapi bawa dari warung! Lauk sambal paru dan telur mata. Sebenarnya kita bukan makan sangat lauk, sebaliknya ambil ikan basung Julik dan telur dadar Sitti!
Sambal Terung Pipit |
Kita bawa sambal cili padi ikan bilis (kisar) dengan terung pipit. Ingatkan kawan-kawan tak pandai makan terung pipit! Rupanya mereka suka. Jadi, esok bolehlah bawa lagi.
Tidak lupa bawa kacang pistachio Iran untuk kudap-kudapan.
Heheee... ada betik lagi! Betik ini pemberian pekerja pembersihan. Besar buahnya dan manis isinya.
Julik bawa ayam masak kari. Sedapnya kalau ada roti jala... ahaks!
Tidak ketinggalan, ikan basungnya yang sedap itu. Nanti hendak minta resipinya. Di sebelah ikan basung itu ada sayur masak lemak.
Nano bawa lagi sambal ikan bilis dengan petai! Berebut lagi untuk sama-sama habiskannya.
Sitti pula makan nasi putih dan minta kantin dadarkan dua biji telur.
Ya ampun! Terbuka terus selera di pagi hari apabila tercium aroma telur dadar. Sedap sangat baunya!
Hari Khamis.
Encik Suami hendak belikan bihun goreng tapi kita pilih untuk beli kuih sahaja. Kuih campur-campur termasuk nagasari, lepat ubi, putri ayu, karipap, nona manis, popia dan kuih broncong.
Bawa juga hirisan buah betik, baki pemberian pekerja pembersihan.
Kita bawa sayur peria, baki lauk makan malam. Lain kali kalau masak peria kena lebihkan sedikit untuk dibuat bekal. Sedap makan dengan nasi putih, kata kawan-kawan.
Oleh kerana semua suka makan sambal terung pipit maka kita pun bawa lagi. Kali ini kita tambah petai. sedap bah!
Nano bawa kek dari Kuching tapi bukan kek lapis.
Nano ingat pesan kawan-kawan supaya bawa serondeng ikan lagi!
Azinni bersarapan dengan bubur lauk telur seribu tahun, hirisan ayam dan ditambah serondeng ikan!
Hari ini, Jumaat. Sitti bawa satu bekas nasi putih! Cukup untuk makan enam hingga tujuh orang. Tidak lama kemudian Nano, Masnita dan Julik datang bersama nasi putih dan lauk-pauk masing-masing.
Kita bawa sayur bunga dan pucuk betik dengan sekeping ikan bolu goreng. Kita sangka kawan-kawan tak berani sentuh sayur pucuk betik sebab pahit. Tak sangka pula mereka suka dan habis licin. Alhamdulillah.
Bawa juga Ayam Masak Kicap baki makan malam.
Singgah warung, beli nasi lemak lauk sambal dan paru serta telur mata.
Bawa hirisan belimbing dan oren.
Sitti sekali lagi menggoda kami dengan telur dadarnya yang panas dari kuali di kantin!
Nano bawa lagi serondeng ikan!
Yusnidah bawa sambal air tangan ibunya.
Sedapnya ya ampuuunnn!
Ni kena minta resipinya juga.
Soto Ayam |
Pagi ini Sinar belanja kami soto dan barobbo. Amie tak sempat makan. Bawa pulang ke rumah.
Masnita menjinjing tiffin berisi kari ayam dengan nasi putih!
Julik dengan sambal ikan bilisnya, dan petai berada di bawah ikan bilis.
Wow! Julik buka penutup tupperware dan terhidang ikan putih sweet & sour!
Soto Ayam |
Bawa pulang ke rumah, soto dan barobbo.
Panaskan, dan makan bersama Encik suami.
Panaskan, dan makan bersama Encik suami.
Terima kasih Sinar!
Barobbo |
Itulah cerita dari ladang getah.
Walaupun hanya berjumpa seketika sebelum masuk ladang untuk menoreh, tetapi cukup meriah dengan bekalan masing-masing. Saling bertukar, berkongsi nasi dan mencicipi lauk yang dibawa.
Sesungguhnya berkongsi itu mengasihi.
Dan yang mengasihi akan sanggup berkongsi. Kongsi sarapan... ahaks!
Dan yang mengasihi akan sanggup berkongsi. Kongsi sarapan... ahaks!
16 comments
Meriahhhh nyaaa... Suka tgk semua makanan.. warna warni :D
BalasPadamAlhamdulillah. Memang meriah apabila dikongsi bersama.
PadamKek lumut sedappp....
BalasPadamSemua bawak bekal nie, rugilah acik kantin.. Hihihi...seronok makan ramai2..
Acik kantin tetap untung hihihii.
PadamSaya sedang membayangkan ladang getah tersebut dan kantin. Utk menu2 mmg dah ternyata sedap2 semuanya. Tupperwarenya pun comey2.
BalasPadamTengah rajin bawa bekal ke ladang tu.
PadamMeriahnya....
BalasPadamSemua mengiurkan..dah la nama ikan tu unik semuanya..
Nanti dah dapat resep ikan basung tu jangan lupa share cikgu🤭
In Syaa Allah Mama Cella. Asyik lupa nak minta resipinya padahal hari-hari dia bawa.
PadamBanyak pilihan dan pelbagai, setiap hari berubah warna-warni pulak tu. Mana Nano, banyak lagi ke kek lapisnya, mari hantar sini, hihi.
BalasPadamNanti kek lapis dikirim kat mambang ye SK.
PadamTak payah ribut pagi².
BalasPadamTunjuk² je kalau ada yang berkenan😆
Betul Faizah.
PadamPerkara mudah buat apa nak susah-susah kan hihihii.
huihhhh semuanyaaaaa sedappppp
BalasPadamkalau ada depan mata sy ni
sy terkam kek lumut dulu
lps tu kek lapis sarawak
hehehe
Kek lumut memang terpaling sedap di antara banyak kek lain.
Padamsemua nampak sedaaap kak amie... bersyukur sangat jika dalam tempat kerja, teman2 kolega sama2 baik dan suka berbagi seperti ini .... tak semua staff begitu.. saya pernah tahu ada kantor yg mana staff nya malah saling sikut2an demi bisa mendapat promosi.. jadi ga mungkin bisa akrab begini,
BalasPadamkalo oat saya pun lebih suka dimakan dengan kuah yg gurih macam sop atau soto ;D
Itulah dik, kekuatan kami bertahan lama di ladang getah ini kerana keakraban sesama rakan. Berat sama dipikul, ringan sana dijinjing. Stress sana dikongsi.
PadamSedap makan oat dengan kuah yang gurih.