Menanti Kedatangan Anakanda Fuad di Jawi Peranakan Mansion
8:32 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sambungan catatan kelmarin yang tak siap kerana HP merajuk... ahaks!
Cerita tentang Jawi Peranakan Mansion (Penginapan Rumah Besar Anglo-India) Sentuhan Seni Bina Mughal.
Fuad selesai kerja pada pukul lima petang dan akan terus bergegas ke tempat penginapan kami. Sementara menunggu kedatangan Fuad, kami jalan-jalan di bahagian luar bilik dan terus ke pintu masuk.
Fuad tiba di Jawi Peranakan Mansion lebih kurang pukul 5:25 petang. |
Terdapat ruangan terbuka di bahagian luar menuju ke kolam mandi.
Kalau ikutkan hati Firdaus hendak mandi pada petang tersebut, tetapi memandangkan Fuad akan sampai tidak lama lagi terpaksalah batalkan hasratnya. Fuad hendak bawa kami jalan-jalan cari makan.
Sudah keluar, masuk semula ke ruang tamu.
Di sinilah kami menunggu Fuad sampai.
Jom kita lihat rumah agam yang bersejarah ini dari tempat duduk Firdaus.
Jom kita tinggalkan buat sementara waktu Jawi Peranakan Mansion ini.
Pintu keluar menuju ke jalan raya. |
Selepas makan di Padang Kota Lama, sempat lagi membeli makanan bungkus bawa pulang. Mana tahu sebelah malamnya ada yang lapar!
Boleh jew makan di meja di luar bilik, tetapi kami lebih selesa makan dalam bilik. Mencarilah beberapa biji pinggan mangkuk dalam almari dapur!
Malam itu kami sambung makan:
- Laksa Sarang Telur
- Sotong Kangkung
- Sup Gear Box
Laksa Sarang Telur |
Sotong Kangkung |
Sup Gear Box - sudah siap potong dagingnya. |
9 comments
Bantal busuk berpisah tiada tu sama macam saya msa kecil2 dulu.. smpai kan mak kena sembunyikan sebelum nak pergi bjln kalu tidak mesti sy bawa huhuu
BalasPadamTak tahulah sampai bila Firdaus nak usung bantal busuknya...ahaks!
PadamSeni binanya antik
BalasPadamCampur-campur sentuhannya.
PadamMujur juga disediakan pinggan mangkuk, senang nak hidang makanan.. Dah rasa mcm dekat rumah pula
BalasPadamYa, betul Linda.
PadamMakan ramai-ramai yang sedap sangat tu.
terasa macam berada di zaman dahulu kala
BalasPadamYa, era kolonial.
PadamKenapalah saya tak pernah lihat penginapan ini saat ke Penang yaaa. Padahal cantik, dan besaaar juga 😍😍.
BalasPadamSaya suka ruang makannya, dan lemari utk letak piring2. Macam punya mama. Rasanya kalo stay di sana saya bisa merasa bagai stay di rumah orang tua sayang, Krn banyak furniture kayu.