Nanga Parbat - Gunung ke- 9 Tertinggi & Paling Berbahaya di Dunia!
3:06 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari sudah menjelang senja tetapi van masih menyusur jalan di lereng gunung. Entah pukul berapa agaknya kami akan sampai ke tempat penginapan pada malam itu.
Encik Mudassir beritahu kami akan singgah di Nanga Parbat. Oleh kerana terlalu banyak gunung dan puncaknya, sampai tidak tahu mana satu yang dimaksudkan sebagai Nanga Parbat! Nanga Parbat dalam bahasa Urdu, bermaksud Gunung Telanjang merupakan gunung kesembilan tertinggi di dunia, 8,126 meter di atas permukaan laut. Ia adalah sauh barat Himalaya yang disempadani Sungai Indus ke dataran Pakistan. Nanga Parbat terletak di kawasan Gilgit - Baltistan di Pakistan. Dalam bahasa tempatan dikenali sebagai 'Deo Mir' (mir bermaksud gunung). Tidak jauh di utara adalah hujung barat Banjaran Karakoram.
Mari kita baca info yang tertulis di atas papan tanda di sini:
Nanga Prabat terletak di Banjaran Himalaya barat. Gunung yang besar ini merupakan satu siri rabung yang memuncak pada puncak ais pada ketinggian 8.125 m - menduduki tempat ke-9 tertinggi di dunia. Nama Nanga Prabat dalam Kashmiri ialah gunung telanjang. Ia dipanggil sebegitu kerana cerunnya yang tinggi serta tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan. Di Shina, bahasa tempatan gunung itu dipanggil Deomir atau Diyamir yang bermaksud gunung para Dewa, nama yang berasal dari Devameru, Gunung Meru mitos suci kosmologi Sanskrit itu.
Nanga Prabat terletak di Banjaran Himalaya barat. Gunung yang besar ini merupakan satu siri rabung yang memuncak pada puncak ais pada ketinggian 8.125 m - menduduki tempat ke-9 tertinggi di dunia. Nama Nanga Prabat dalam Kashmiri ialah gunung telanjang. Ia dipanggil sebegitu kerana cerunnya yang tinggi serta tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan. Di Shina, bahasa tempatan gunung itu dipanggil Deomir atau Diyamir yang bermaksud gunung para Dewa, nama yang berasal dari Devameru, Gunung Meru mitos suci kosmologi Sanskrit itu.
Satu malapetaka telah berlaku di Nanga Parbat sehingga mendapat jolokan sebagai Gunung Pembunuh kerana 12 pendaki dan 18 sherpa (malim gunung) telah mati pada 1937. Gunung itu akhirnya ditakluki pada tahun 1953 (sebulan selepas pendakian Everest) oleh ekspedisi bersama Austria - Jerman, Herman Buhi yang membuat pendakian terakhir dengan jayanya pada 3 Julai dalam pendakian solo yang melelahkan tanpa oksigen.
Mumtaz Khan berhentikan van di seberang jalan. Sewaktu melintas jalan terbaca sesuatu di papan tanda biru di bawah ini:
Look to your left.
Killer Mountain
Nanga Parbat.
Sekarang kita lihat ke kanan pula. Van akan meneruskan perjalanan mengikut jalan ini.
Bergambar di tepi jalan. Agaknya kurang sejuk kot... tu pasal buka baju sejuk!
Macam dah tak boleh buka mata! |
Dah pukul berapa ni?
Waktu di negara kita sudah 8 malam!
Waktu di negara kita sudah 8 malam!
Apalah mereka buat di padang kering ini? Mungkin sedang beriadah.
Suasana senja sudah menyerkup alam. Nampak lampu mentol sudah terpasang di gerai-gerai jualan.
Walaupun asyik melalui lereng gunung yang berbatu tanpa tumbuhan, tetapi ambillah juga gambar kenangan. Memang nampak sama dengan gunung-ganang yang lain tetapi jika diamat-amati sudah tentu ada perbezaannya dari satu kawasan dengan kawasan yang lain.
Dari sekian banyak puncak gunung tinggi yang ada di wilayah Himalaya dan Karakoram, Nanga Parbat menjadi salah satunya. Nanga Parbat adalah sebagian dari keluarga gunung Himalaya dan menjadi sebutan para pendaki profesional. Gunung yang mendapat julukan masyarakat setempat dengan panggilan “Diamir” yang berarti raja gunung-gunung ini, walaupun banyak keindahannya namun ada bahaya yang cukup serius di balik keindahan tersebut.
Banyak catatan sejarah menyebut tentang pendaki yang meninggal ketika mendaki gunung Nanga Parbat. Oleh yang demikian ada juga yang mengatakannya sebagai salah satu gunung paling berbahaya di dunia.
1 comments
Subhanallah menakjubkan sungguh ciptaan Allah SWT... Cantik² semuanya, rasa nak rakam semua kan Kak Amie... Nampak sejuk tapi tak sejuk ye dekat situ? Semua buka sweater tu katanya
BalasPadam