Ais Tingkap & Penang Famous Chowrasta Cucur Udang

10:47 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu daftar masuk di Jawi Peranakan Mansion, petugas di kaunter berpesan supaya kami singgah minum petang di Chowrasta Market Penang. Katanya di situ ada cucur udang yang sedap dan garing. Keesokan petangnya kami jalan-jalan ke tempat tersebut berpandukan WAZE. Tiba-tiba mata terpandang papan tanda Ais Tingkap Penang! Memang pernah terbaca beberapa kali tentang Ais Tingkap Penang! Jadi, Amie pun minta Fuad berhenti di tempat tersebut. 

Sayang sekali, rupanya orang ramai sedang beratur menanti giliran untuk membeli di Ais Tingkap Penang. Tempat letak kereta pula penuh. Terpaksalah Fuad berpusing mencari tempat letak kereta di bahagian atas (entah apa nama bangunan tersebut).

Empat jenis minuman yang dibeli di Ais Tingkap Penang


Ramainya pelanggan beratur! Sanggupkah menanti giliran?



Barisan kedai-kedai menuju ke Ais Tingkap Penang. Gambar diambil sewaktu menuruni anak tangga tempat letak kereta, menuju ke Ais Tingkap Penang.


Ketika ini jam menunjukkan angka 4:16 minit petang. Alang-alang sudah sampai sini, teruskan sajalah hasrat hati hendak merasa Ais Tingkap Penang.

Ais Tingkap Since 1919


Ketika beratur, terdengarlah keluhan beberapa orang di situ. Ada yang mengatakan tak sanggup menunggu sebab terlalu lama berdiri. Terdengar suara memujuk, katanya tak lama lagi sampailah giliran. Fuad, Encik Suami dan Abang Farid pula meninjau-ninjau barisan gerai makanan di tepi jalan berhampiran Ais Tingkap Penang. Sementara itu Amie dan Firdaus menunggu dalam barisan. Beberapa minit kemudian Fuad kembali dan beritahu terjumpa Penang Famous Chowrasta Cucur Udang.

Alhamdulillah.
Akhirnya jumpa juga tempat yang dimaksudkan oleh petugas kaunter Jawi Peranakan Mansion. Oleh kerana kerusi meja yang disediakan di Ais Tingkap Penang sudah penuh, jadi eloklah ke Penang Famous Chowrasta cucur Udang sahaja.


Ais Tingkap yang dihasilkan di sini menggunakan 25 rempah asli dengan kebanyakannya diimport dari India.  Kedai ini diasaskan oleh Allahyarham Seeni Rowther dan dijual menerusi tingkap kedai pada permulaan operasinya di Lebuh Tamil dekat sini, pada 1919.

Perniagaan itu kemudian diusahakan generasi seterusnya, Allahyarham Abdul Majid Seeni Rowther dan Allahyarham Seeni Mohamed Abdul Majid. Ais Tingkap Penang pernah disenaraikan sebagai antara 50 juadah yang perlu dinikmati di Pulau Pinang pada 2017, selain turut mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Sumber : Ais Tingkap Sambut Ulang Tahun ke-100



Sekarang gerai itu tidak bertingkap, hanya berbumbung, tetapi di lokasi yang sama. Air sarbat disediakan dengan menggunakan resipi keluarga dan kini dikendalikan oleh generasi ke-5. Dikatakan bahawa air sarbat yang mengandungi campuran getah anggur, kembang semangkuk, biji selasih , air dan isi kelapa, sirap merah dan lain-lain menjanjikan kelazatannya yang tersendiri. Boleh juga memesan Cendol Kacang Merah yang meriah dengan ais sagat, cincau, susu cair,air akar sarbat yang amat sedap dengan santan berlemak dan titisan sirap gula merah!

Sumber: 101 Resipi Destinasi Makan Popular Pulau Pinang Olahan Chef Selebriti Chef Hussin Khan



Beratur dari pukul 4:16 minit, dan pada 5:17 minit petang barulah dapat beli empat jenis minuman di sini:
  • Ais Sarbat Laici
  • Ais Sarbat Sirap Selasih
  • Cendol Special
  • Ais Kapai Special
Harga? Tak ingat dah.... maklum hanya tinggal gambar kenangan...hiks!

Keempat-empat minuman ini kami bawa ke Penang Famous Chowrasta Cucur Udang. Beli empat sahaja Ais Tingkap Penang sebab Encik Suami hendak minuman panas.

Cendol Special

Ais Kapai Special

Ais Sirap Selasih



Kami hanya memesan dua piring cucur udang campur tauhu goreng sahaja.
Kuahnya sedap!


Selesai makan cucur udang, kami hendak pulang tetapi jalan-jalan dahulu di sekitar. Nampaknya para pelanggan masih berbaris menunggu giliran di Ais Tingkap Penang.

Sabar sungguh mereka berbaris menunggu giliran.



Di sebelah hujung barisan Ais Tingkap Penang ada Kedai Jeruk Madu Pak Ali.


Ronda-ronda dahulu sebelum balik ke hotel.




Terpandang buah pala segar! Kita pernah nampak buah pala atas pokok di kebun orang. Waktu itu (waktu Abang Farid umur setahun setengah) kita  temankan Encik Suami tanam pokok jagung di kebun. Perjalanan ke kebun jagung melalui kebun orang, jadi sempatlah berhenti melihat buah pala yang lebat atas pokok!




Dapatlah beli beg jinjing @ tote sebagai kenangan datang ke Pulau Pinang.


Sekian.
Catatan kenangan suatu petang di Georgetown.

1 comments

  1. Kalau sampai beratur2 tu petanda mmg sedap. Dan ternyata air tu mmg nampak sedap2 semuanya.

    First time nampak fresh buah pala. Selalu yg jeruk je.



    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe