Makan Roti Naan & Pakistani Mutton Curry di Lembah Babusar
4:43 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pukul 1:03 minit petang van memasuki pintu pagar masuk ke sebuah kedai makan. Nampaknya kali ini kita benar-benar terlupa untuk melihat, membaca dan mengambil gambar nama kedai makan ini! Setelah belek-belek semua gambar, memang tak ada nama kedai! Bukan tidak ada, tetapi tidak ambil gambar! Agaknya teruja hendak isi perut kot sampai terlupa.
Pakistani Lamb Curry |
Pekerja restoran membawa hidangan dari dapur menuju ke tempat makan.
Senyuman yang terukir di wajah pelayan restoran ini membayangkan rasa teruja dan gembira menerima kehadiran kami sebagai tetamu untuk makan tengah hari... hehehehee. Cantik jew roti nan dalam dulang, panas dari ketuhar.
Wajah-wajah yang penuh tertib dan sabar menunggu masa untuk menjamah hidangan.
Bismillah.
Kami menikmati makan tengah hari di tempat terbuka.
Kami menikmati makan tengah hari di tempat terbuka.
Jom makan.
Salad |
Antara sajian tengah hari yang dihidangkan :
- Nasi Putih Basmathi
- Roti Naan
- Pakistani Mutton Curry
- Mixed Vegetable Curry
- Salad
- Chicken Chargha
- Air Mineral
- Teh / Chai Masala
Ketika ini yang paling sedap sudah tentulah apabila dapat teguk air mineral.
Mixed Vegetable Curry |
Nasi beras basmathi... cantik! |
Pakistani Mutton Curry |
Nampak Pakistani Mutton Curry, sudah tentulah kami hendak meratah puas-puas! Banyak pula tu isinya dalam mangkuk. Lembut jew dagingnya.
Kami 16 orang dihidangkan dengan tiga kali hidangan seperti di atas.
Ada Chicken Chargha. Ini ayam goreng gaya Pakistan. Ratah-ratah saja. Agak keras sedikit sebab tidak ada kulitnya! Cukup rasa. Makan dua ketul tak cukup.... ahaks!
Nak makan kari kambing dengan roti naan pula. |
Ambil separuh roti naan, takut tak habis. |
Kita tambah kari kambing dengan kari sayuran. |
Sekarang muka ada senyum! Hidangan sudah ada di depan mata.
Selepas makan kami diberi pilihan samada hendak minum teh kosong atau teh masala.
Amie pilih teh kosong. Warnanya kuning sangat. Ada kunyit ke? Sedap pula rasanya. Ada rasa serai dan menyegarkan! |
Yang berminat untuk hirup chai atau teh masala, maka inilah rupa dia. |
Selesai makan, barulah sempat melihat-lihat sekitar.
Ini pemandangan di pintu masuk restoran.
Ada anak sungai mengalir jernih.
Di seberang sungai merupakan kawasan perkampungan.
Di restoran yang berkonsep terbuka ini ada banyak pangkin. Boleh duduk-duduk atau baring-baring di situ. Nyaman sungguh suasana di sini dengan tiupan angin sejuk!
Sebenarnya, ketika kami sedang makan, angin bertiup kencang! Terpaksalah tarik tirai penutup di bahagian tepi restoran supaya tidak 'berterbangan' mengganggu kami.
Sesiapa hendak jadi 'ular' bolehlah berlengkar di sini selepas makan!
Di bahagian luar restoran pun ada tempat rehat. Boleh duduk dan boleh baring.
Tapi, di sini tak terlihat pun kelibat orang perempuan. Semua lelaki.
Tempat solat kami sungguh istimewa!
Kami dibenarkan menggunakan dua buah bilik (resort) untuk menunaikan solat jamak. Bilik tersebut merupakan bilik penginapan yang lengkap dengan segala kemudahan seperti hotel dan bilik airnya sangat bersih!
11 comments
Mutton curry + nasi basmati ❤️❤️❤️. Dah paliiing cocok kak Amie 🤭😍. Saya akan pilih itu pastinya. Apalagi curry Pakistan ini sedap yg saya dengar.
BalasPadamTeh masala sebenernya penasaran juga. Tp beberapa kali minum teh masala , di Melaka sekali di korea sekali, tak ada yg sesuai dengan lidah saya 😅. Tapi ntah2 di negara asalnya lebih sedap, maybe kan 😁🤭
Macam jauh je dia berjalan bawak hidangan tu?
BalasPadamCantiknya view otw masuk ke restoran tu kak.. air teh tu kuning sgt... x tanya pulak mmg ada campur serai ke.. hehehe
BalasPadamTengok motorsikal diorang semua jenis scrambler sesuai dengan muka bumi mereka.
BalasPadamDah kenyang baring2 atas day bed tu, ditiup pula angin sejuk, pasti boleh layan. Tapi tu lah.. open place pulak 😁
masakan orang pakistan mesti sedap. nampak menyelerakan je tu.
BalasPadamMakananya sangat menyelerakan... Mesti sedap.
BalasPadamNampak sedap sangat karinya. Jarang2 pulak sy nampak dorang makan dengan nasi putih, selalu nasi berperisa. Baiknya bagi bilik penginapan sebagai tempat solat. Pasti ya, tak ada yang tumpang baring? hihi.
BalasPadamsedapnya roti naan cicah kari pakistan
BalasPadamkari makan dgn roti naan n nasi basmthi sendat perut kenyang
BalasPadamSA x pernah cuba teh masala rasanya..ada rasa rempah2 kan kak amie..mutton curry dan nasi basmathi tu memang menggoda
BalasPadamtgk nasi beras basmathi tu je dah terasa kenyang kak...
BalasPadammana tak senyum
customer dari jauh tuuuu datang...
ramai pulak tuuu