Jumpa Keropok di Tajine Premier Best Western Hunza
9:36 PGBismillahirrahmanirrahim.
Pukul 10:38 malam waktu Pakistan bersamaan pukul 1:38 pagi waktu negara kita, maka sampailah kami ke tempat penginapan di Hunza iaitu Premier Best Western Hotel.
Ketika buka mata, rasa berpasirlah pula! Antara mamai-mamai dengan sedar tak sedar, kami pun daftar masuk hotel.
Memandangkan masa yang sudah begitu lewat, kami terus dipersilakan masuk ke dewan makan ' Tajine' untuk makan malam. Nampaknya setiap malam kami 'sahur' di Pakistan.
Makan malam di Tajine Premier Best Western Hunza. |
Sewaktu kami tiba, kami dihidangkan dengan minuman pembasah tekak.
Pelayan hotel menghidangkan minuman oren dan laici.
Walaupun sudah larut malam, apabila ditawarkan minuman memang tak tolak!
Jom masuk Tajine.
Biarpun mata mengantuk, tapi kena beri makan HP dulu.
Paling menarik apabila terpandang keropok! Bukan keropok papadom tapi macam keropok di tempat kita.
Ambil gambar saja, tapi tak tahu apa nama menu yang dihidangkan.
Ada manisan juga.
Pakistani - Style Roast Chicken Tighs |
Di bawah ayam panggang ini ada nasi beras bashmati berperisa. Sudah lewat malam, tidaklah dapat menikmati sepenuhnya. Nanti makan banyak, tak boleh tidur pula sebab perut penuh.
Pakora |
Yang ini goreng-gorengan pula seakan-akan pakora iaitu pelbagai bahan gorengan disalut tepung berempah seperti bawang, peria, kentang, bayam, kubis bunga, cili dan sebagainya.
Chicken Corn Soup Pakistani |
Jom makan.
Bismillah.
Dessert |
Pokara |
Alhamdulillah.
Cukuplah jamah sedikit untuk alas perut. Tapi kita ambil lagi beberfapa keping keropok. Sedaplah pula makan begitu sahaja.
Tak sabar hendak bersihkan diri, solat jamak dan berehat di bilik.
Jumpa lagi!
1 comments
Dah lewat malam pun masih tersedia makanan buffet. Ni untuk grup kak Amie je atau memang makan makan untuk semua tetamu hotel?
BalasPadamWalaupun penat mengantuk, bab ambil gambar tetap larat walaupun sekeping dua. Kenangan semua tu 😀