Naran Valley - Mansehra Khyber Pakhtunkhwa

8:07 PTG

Bismillahirrahmanairrahim.
Ikut aturannya : Short stay at Naran River Rafting area sight seeing on the way Batakundi, Baiser , valleys view short stay at Luluser Lake and Babuser Top. Entah, sudah tidak kenal dengan pasti mana-mana tempat yang kami singgah. Kongsi sajalah mana-mana gambar yang ada untuk menunjukkan suasana dan tempat sepanjang perjalanan.

Sumber : Pakistan Trip
Singgah di Naran Valley.



Masih terasa sejuknya suhu di sini.

Naran  National Rainforest

Suasana persekitaran di Lembah Naran.




Semasa berhenti ambil gambar di sini, kelihatan berekor-ekor lembu berjalan di sepanjang jalan. Lawa-lawa pula warna lembunya!


Sempat ambil video lembu berjalan atas jalan raya.


Tour leader dan tuor guide yang sabar melayan anak buah. Yang sebelah lagi, tak tahu apa yang dijualnya. 



Semoga dipermudahkan urusan Pakistani ini.


Selain lembu, kuda dan keldai juga menjadi pengguna jalan raya di sini.



Naran Valley


Beginilah gambaran suasana yang dapat Amie rakam menggunakan HP. Duduk di dalam van, memang agak menyukarkan untuk mengambil gambar dengan selesa. Apa pun, adalah juga hasil ketikan yang boleh dibawa pulang.


Di lereng gunung, kelihatan lembu sedang meragut rumput.


Sekali pandang memanglah nampak indahnya kaki gunung yang menghijau dengan tumbuhan yang pelbagai. Namun dua kali pandang, rasa gerun juga melihat batu-batu yang bertaburan di sekitar lembah. Menurut tour guide, batu-batu tersebut datangnya dari gunung, jatuh atau kejadian tanah runtuh!



Ada pemandangan yang sangat mengujakan dan ada pemandangan yang tidak ingin kita lihat seperti kesan tanah runtuh di bawah ini.





Apa pun, Mumtaz Khan memang seorang pemandu yang berhemah! Tidak terasa tayar van langgar ketulan batu di jalanan atau lubang! Dan sudah pastinya Mumtaz Khan tidak sesekali terlanggar gerombolan kambing atau lembu yang selalu mendominasi jalan raya!

Segerombolan kambing biri-biri berada di atas jalan raya.

18 comments

  1. Cantik nya Lembah Naran ni. Tak sabar nak pergi Pakistan rasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepanjang perjalanan menuju ke Hunza memang berada di lereng gunung dan melihat pemandangan perlembahan.

      Padam
  2. Barang jualan tu nampak macam sejenis hiasan kepala.
    Posing dengan pokok apa tu kak Amie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, macam hiasan kepala.
      Tak tahu apa nama pokoknya. Ada tengah-tengah situ, jadilah aksesori amik gambar hahahaa.

      Padam
  3. Kali ni Kak Amie tak bawa buku nota untuk menulis ye? Cantik kawasan lembah tu. Meriah betul jalan bukan hanya kenderaan. Haiwan yang dijadikan kenderaan pun sibuk lalu lalang. Lembu tu macam lembu new zealand bertompok-tompok coraknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Amie sudah sediakan buku catatan dan bawa bersama. Tapi kali ini mungkin disebabkan itinerary berubah-ubah, ditambah mula lewat malam sampai hotel dan setiap hari lambat bangun, jadi mood untuk imbas kembali apa yang berlalu dan buat catatan hilang terus.
      Ya, mungkin disebabkan ruang sempit tepi jalan terus ke jurang, jadi haiwan ternakan terpaksa ikut jalan raya untuk berpindah bersama gembalanya.

      Padam
  4. Cantik dan menarik kaler lembu2 kat sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, cantik Wak.
      Tak nampak longgokan najis lembu kambing di jalan raya.

      Padam
  5. Cantiknya permandangan kat sini. Oh maknanya selain kenderaan...haiwan juga menggunakan jalanraya ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya haiwan ternakan berpindah padang ragut dan untuk cepat kenalah ikut jalan raya.

      Padam
  6. uih meriah dengan haiwan kt jalan, maksudnya pengguna jalan raya kene bawak dalam keadaan perlahan dan sentiasa waspada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengarnya pemandu di sini cekap, dan tidak pernah nampak pun sebarang kemalangan melibatkan kenderaan, manusia atau haiwan sepanjang perjalanan kami.

      Padam
  7. Indahnya dan nyamannya keadaan di sana, tentu seronok jalan² dalam cuaca sejuk tak terasa penatnya dan kurang berpeluh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kelebihan berjalan dalam suhu sejuk. Tidak panas dan kurang berpeluh.

      Padam
  8. sekali tgk mcm dia jual topi pakistan tp versi berwarna warni...

    tour guide dah faham sgt dah tu dgn perangai cust lbh2 org pompuan kannn😁😁

    bgs diorg uruskan kaw ni. masih terpelihara keindahan alam semulajadinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, nampak macam topi yang warna-warni dan berumbai-umbai.
      Banyak kawasan yang masih terpelihara.

      Padam
  9. Hiasan kepala dah pasti tu kak...Naran Valley ni cantik betul..situ ada musim salji kan kak...ke takde

    BalasPadam
  10. Terkadang saya pun lupa kak beberapa tempat yg divisit selama traveling. Saking banyaknya kan 😂. Apalagi saya sering jalan tanpa travel. Makin ga ingat 😅.

    Cantiiik sangat naran ini. Memang best view selama di Pakistan yaa. Semoga saya bisa cepat kesana juga.

    Pakcik yg jualan itu buat hati iba. Apalah yg dijualnya itu kak? Macam aksesoris ya?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe