Lelapkan Mata Seketika di Hotel Ramada By Wyndham Lahore Gulberg II
12:54 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sebaik sahaja rebahkan kepala di atas bantal, dan belum sempat bermimpi tiba-tiba dikejutkan dengan suara azan entah dari masjid mana! Allahu Akbar! Kita terlelap semula dan bingkas bangun pada pukul lima pagi untuk menunaikan solat subuh. Kiranya lebih kurang dua setengah jam juga kita sempat tidur! Sudah tentu kepala masih berpusing dan mamai-mamai.
Tempat penginapan kami pada malam pertama di Pakistan di sebuah hotel empat bintang Ramada Hotel by Wyndham Lahore Gulberg II.
Bilik hotel kelihatan luas dan sangat selesa.
Gee memilih katil di tepi pintu manakala Amie berada di hujung berdekatan dengan tingkap.
Alhamdulillah, ada air minuman dan pemanas air. Turut disediakan uncang teh dan kopi serta buah epal dan pisang.
Epal dan pisang. |
Ada beberapa pilihan minuman tin di dalam mini peti sejuk. |
Ada beberapa bungkus keropok di dalam bakul di sudut meja. |
Tak sempat hendak usik segala makanan ringan dan minuman dalam mini peti sejuk. |
Dalam almari ada peti keselamatan, selipar dan penghapus bau kaki serta penimbang badan.
Ada sejadah.
Bingkas bangun, terus ke bilik air dan kejutkan badan dengan air sejuk! Barulah terasa kesegarannya setelah tidak bersihkan diri dengan sempurna dari kampung! Apabila disimbah dengan air sejuk, mata pun terus celik!
Biasanya Amie pakai syampu yang dibawa sendiri tetapi kali ini terpikat pula dengan harum wangian syampu yang disediakan.
Cukup lengkap dengan aroma citrus yang sungguh menyegarkan! Ada shampoo. Ada conditioner. Ada body wash. Ada hand wash Ada body lotion |
Apabila sudah bersihkan diri dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, memang hilanglah segala letih lesu dan kepenatan yang terkumpul sejak 14 September 2024 bermula dari pukul 3 pagi dari LD. Mulakan hari yang baharu, indah dan bersemangat pada 16 September 2024! Bukankah hari ini Hari Malaysia?
Tepat pukul enam pagi, setelah meletakkan beg masing-masing di depan pintu bilik untuk dibawa turun oleh pekerja hotel, Amie dan Gee bergegas turun ke lobi. Ketika itu belum ada seorang pun ahli rombongan berada di situ.
Waktu sarapan dijadualkan pada pukul tujuh pagi.
Mari jalan-jalan dulu melihat persekitaran hotel.
Mari jalan-jalan dulu melihat persekitaran hotel.
Jambangan bunga di atas meja di lobi hotel masih segar, kekwa ungu dan putih diselang-seli bunga harum sundal malam. |
4 comments
Bestnya Amie... dapat gi travel lagi. Walau pun tak dapat pergi, dengar cerita dan tengok gambar dari blog Amie pun dah cukup. Rasa macam pi sana jugak.
BalasPadamTerima kasih Diela.
PadamMari sama-sama travel.
Makanan dan minuman ringan nya tu mewah betul. Siap ada buah²-an lagi. Bestnya hotel gini.
BalasPadamDah lama x jengah blog..kak amie dah sampai lahore rupanya..wah..lama saya x balik ke lahore..sejak mak mertua meninggal time covid aritu..nanti saya baca cerita k.amie tentang pakistan ye..teh tapal pun teringat saya di alama iqbal airport..
BalasPadam