Pertama Kali Naik Pesawat FireFly dan Mendarat di Subang Airport!
7:13 PGBismillahirrahmanirrahim.
Amie sangka seperti biasa selepas penerbangan LD - KK, akan sambung penerbangan ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat MAS dan mendarat di KLIA1.
Allahu Akbar!
Beberapa hari sebelum terbang, Abang Farid beritahu baru dia perasan Amie akan naik pesawat FireFly dan turun di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Syah, Subang! Macamana boleh tak perasan? Ahaks.....
Seawal pukul empat pagi, Amie sudah terjaga dan selepas solat subuh terus bergerak ke KKIA Airport. Biasalah, walau sudah beratus kali naik kapal terbang tetap juga ada perasaan sedikit gelisah dan tak berapa lena tidur. Takut terlambat jaga dan sebagainya.
Selepas daftar masuk bersama beg, kami sama-sama sarapan. Pukul 6:45 pagi Fairuz terpaksa tinggalkan Amie sendirian di lapangan terbang sebab pukul sembilan pagi dia kena berada di bengkel kereta.
FireFly - Google |
FireFly Boeing 737-800 |
FireFly adalah syarikat penerbangan tambang murah yang menerbangkan harga rendah di bawah subsidiari Penerbangan Malaysia. Benarkah harga tiket murah? Seingat Amie sewaktu Fuad pulang beraya tahun lepas, harganya pun boleh tahan sampai ke leher juga! Mungkin juga yang Amie naik sekarang ini murah sebab satu hala dari KK ke Subang, RM374.00.
Kira ok jugalah naik FireFly ini. Cantik warna temanya, oren di sana sini.
Tepat 8:10 pagi FireFly terbang meninggalkan Kota Kinabalu dengan jangkaan penerbangan ke Subang selama 2 jam 10 minit. Seperti biasa, duduk sahaja di kerusi kita pun terus lelapkan mata! Kali ini kita tidak tahu adakah disediakan makanan atau kena tempah awal seperti naik AirAsia.
Sayangnya kita tak dapat tidur sebab belakang tempat duduk kita ditendang-tendang sepanjang penerbangan. Beberapa kali juga Amie toleh ke belakang dan beri isyarat supaya ibu dan bapa kanak-kanak di belakang Amie tegur perbuatan anaknya. Tapi, sayangnya hanya ditegur: Jangan buat begitu. Rasa geram jugalah sebab tak selesa. Semakin lama semakin menjadi-jadi pula tendangan-tendangan tersebut. Sesekali terdengar anak tersebut berteriak pula. Setelah kapal terbang mendarat, Amie dapati anak yang menendang tadi dalam usia 10 atau 11 tahun, perempuan! Bapanya pula peluk erat-erat sampailah ke ruangan ketibaan. Pada masa itu barulah Amie tersedar, mungkin kanak-kanak tersebut ada masalah autisme.
Wokey, sambung semula cerita asal.
Setelah keadaan pesawat stabil dan berada di paras ketinggian yang sepatutnya, pramugari edarkan sebotol kecil air mineral, sebungkus kacang dan sebungkus kecil biskut Famous Amos. Mungkin itru sahajalah kudapan yang diberikan memandangkan penerbangan pun tidaklah begitu lama.
Namun begitu, mata tertarik melihat beberapa jenis makanan yang terpampang di dalam katalog terutamanya Nasi Lemak Pandan with Chicken Rendang. Bab nasi lemak ini sudah tentulah kita teringat Abang Farid yang sukakan nasi lemak AirAsia. Tak tahulah macamana rasa nasi lemak FireFly pula.
Kita tertarik dengan Salted Peanuts dalam katalog. Rasanya hendak beli buat oleh-oleh. Harganya RM20.00 untuk 30 pek kecil kacang.
Tidak lama kemudian pramugari edarkan makanan. Eh, nama kita disebut dan dihulurkan satu bungkusan berisi kotak nasi lemak dan sebotil air mineral. Tak pasti pula adakah memang semua penumpang dapat atau pun Abang Farid buat tempahan. Kita tak makan. Hendak sambung tidur pun tidak boleh sebab gangguan tendangan yang berterusan dari belakang kerusi.
Sesungguhnya sudah lebih 23 tahun tidak mendarat di Subang setelah KLIA1 dibuka! Nampak berbezalah pemandangan ketika mendarat di KLIA1 dengan suasana di Subang.
Tepat 10:30 pagi, FireFly mendarat di Subang.
Sudah tentulah proses ketibaan lebih mudah dan cepat berbanding KLIA1. Abang Farid bersama Aseeyah dan Hamzah datang dari Gombak untuk bawa kita balik ke Bukit Hijau. Kiranya perjalanan dari Subang jauh lebih cepat untuk sampai ke kampung berbanding perjalanan dari KLIA1. Tidak sampai 45 minit kami sudah berada di halaman rumah Bonda.
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Syah, Subang. |
Alhamdulillah! Dapat juga beli Salted Peanuts. nanti balik ke KK, akan beli lagi. Cantiklah!
Nasi Lemak Pandan with Chicken Rendang dan biskut Famous Amos dari FireFly untuk Abang Farid.
0 comments