Bekal Sarapan Pergi Menoreh
9:10 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Lama tak kongsi bekal sarapan pergi menoreh.
Bukan apa. Selalunya bawa menu yang sama setiap hari.
Dan kebiasaannya, bawa bekal yang dibelikan Encik Suami seperti nasi kuning, nasi lemak, mi atau bihun goreng dan juga soto ayam.
Kawan-kawan pun pakat bawa bekal dari dapur masing-masing. Biasanya bawa bekal lebihan nasi atau lauk-pauk yang dipanaskan semula. Seronok kongsi ramai-ramai. Setiap pagi teruja hendak melihat bekalan kawan-kawan. Ada yang bawa nasi sejuk. Ada yang bawa ikan goreng. Ada yang bawa asam pedas ikan, telur rebus dan buah-buahan. Yang tak sempat kupas buah di rumah, bawa sekali buah dan pisau pengupas. Ada di antara penoreh yang bawa makanan dalam tiffin. Cantik bertingkat! Kita pun ada tiffin tapi entah di mana menyoroknya. Jumpa bekas coklat di bawah ini, kita anggap sajalah sebagai tiffin.
Betik |
Seperti biasa, antara bekal sarapan yang kita bawa sudah tentulah buah-buahan. Tidaklah banyak jenis yang kita bawa tetapi biasanya kita bawa betik.
Betik - Honeydew - Anggur |
Belimbing - Honeydew - Daun Salad |
Kadang-kadang kita campur saja buah dengan hirisan daun salad.
Kuih Serabai LD |
Kuih ini Encik Suami belikan di warung. Macam kuih serabai tapi sedap dimakan begitu saja. Ada aroma pisang! Makan lima keping memang kenyang sampai ke tengah hari!
Telur Rebus & Daun Salad |
Kalau sudah tidak sempat, hanya bawa telur rebus dan daun salad saja. Ada rakan penoreh yang rajin bawa Thousand Island Dressing. Bolehlah bubuh sikit atas daun salad. Makan sama-sama.
Waktu musim rambutan, rajin kupas buahnya dan simpan dalam peti sejuk. Keesokan paginya keluarkan untuk dibawa menoreh.
Bawa durian juga, tapi setakat durian kampung sajalah.
Tapi, memang selalunya bawa buah betik saja!
Bawa kacang untuk snack. Kacang campur-campur ini dari Sarajevo, Bosnia Harzegovina. Beli beberapa bekas, simpan dalam peti sejuk. Masih elok.
Telur Rebus + Daun Salad + Hirisan Buah Plum |
Waktu makan, tuangkan Thousand Island Dressing. |
Nampak sama saja kan bekal menoreh hari-hari. Balik-balik telur rebus, daun salad. Itu sajalah. Sesekali kalau rajin rebus jagung dan tambahkan dalam salad.
Kalau terlebih rajin, bubuhlah hirisan betik, nanas dan buah prun kering dalam satu bekas.
Kacang Tanah Rebus |
Ada lebihan roti bulan sabit, bawa sajalah bersama butter dan jem. |
Kadang-kadang sempat rebus pisang dengan keledek oren. |
Ini lebihan lauk semalamnya. Panaskan semula dan tambahkan telur rebus. |
Biasanya kalau buah-buahan hiris, boleh disediakan waktu malam sebelum tidur dan esok pagi keluarkan saja dari peti sejuk dan terus masukkan ke dalam bakul bekalan.
Nasi Goreng and The Gang |
Apabila bangun awal sedikit, sempatlag goreng nasi, buat telur dadar dan celur brokoli.
Hirisan Buah Belimbing |
Hirisan Betik dan Nanas |
Sesekali apabila ada masa, sediakan bento isi macam-macam perkara.
Ada daun salad, telur rebus, hirisan mangga, limau bali, jagung, cendawan shiitake, lobak merah celur, keledek oren rebus dan Sesame Dressing Kewpie.
Seronok kan dapat bawa bento begini!
Bihun Sup Kantin |
Kalau tak bawa bekal sarapan yang berat, nampaknya kenalah pesan bihun sup dari kantin. Bihun Sup ini harganya RM5.00. Tak puas makan. Jadi minta tambahkan lagi hirisan ayam rebus, Tambahkan telur rebus dan daun salad yang dibawa dari rumah.
Bihun Sup yang ditokok tambah sendiri. |
Sekian adanya.
Semoga kami penoreh terus istiqamah bawa bekalan makanan dari rumah masing-masing.
Biarlah sedikit, biarlah lebihan makan malam tetapi apabila dinikmati bersama, semuanya terasa sedap!
Semoga kami penoreh terus istiqamah bawa bekalan makanan dari rumah masing-masing.
Biarlah sedikit, biarlah lebihan makan malam tetapi apabila dinikmati bersama, semuanya terasa sedap!
0 comments