Menjamu Selera di Mohd Chan Restaurant Taman Melawati
6:17 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Berkali-kali Abang Farid ingatkan kami untuk makan di Mohd. Chan Restaurant di Taman Melawati sebelum terbang balik ke LD. 31 Mei 2024, hari Jumaat dengan perut kosong dan hampir pukul tiga petang kami tiba di Mohd. Chan Restaurant. Susah juga hendak cari tempat letak kereta! Ruang letak kereta semua penuh. Hampir 15 minit juga berpusing-pusing di situ, dan akhirnya dapat juga satu ruang letak kereta lebih kurang 200 meter dari restoran.
Kredit : Mohd. Chan Restaurant |
Abang Farid dan Firdaus memilih menu yang hendak dipesan. |
Ruang makan nampak luas dan selesa. Bersih dan kemas dilengkapi banyak gambar makanan di dinding membuat mata terus terpikat. Terus meresap ke perut dan teringin untuk mencicipinya!
Seperti biasa, tukang tulis menu menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi. |
Borang pesanan makanan sudah siap diisi. |
Inilah senarai semak pesanan menu yang panjang! |
Amie : Hang Tuah |
Setelah semua minuman sampai, barulah dihidangkan makanan ringan yang kami pesan. Kami makan dahulu sementara menunggu makanan berat tiba.
Loh Mai Kai |
CCF with Prawn |
Shanghai Dumpling |
Spring Roll |
Dim Sum |
Bismillah |
Nasi Ayam Combo |
Tidak lama kemudian datanglah Nasi Ayam pilihan Encik Suami. Ayamnya dua jenis, lengkap dengan sayur taugeh sup dan sos.
Abang Farid : Wantan & Mee Ayam |
Aseeyah : WTM Sup Dumpling |
Firdaus : Fried Rice Soft Shell |
Amie : Yam Ring Kong Boh |
Seronok bergandalah Firdaus! Dapat makan Nasi Goreng Ketam Kulit Lembut, dapat bersama-sama Kakak Aseeyah juga. |
Harga keseluruhan termasuk cukai : RM223.30. |
28 comments
Betul ke tu Daus tengah tulis menu?
BalasPadamNampak ekspresi muka macam tengah lukis kartun je...?
Wah, namlaknya Daus boleh bawa dua watak sekaligus kan Uncle.
PadamSelamat menjamu selera
BalasPadamHuntungnya jadi daus selalau dapat makan sesedap
Terima kasih Wak.
PadamKali ini Daus dapat makan bersama Abang Farid dan Kakak Aseeyahnya.
Terpukau tengok soda magic tu .heheh .
BalasPadamCantikkan kombinasi warnanya.
Padamms keje area sini kalau ada farewell lunch selalu buat kt sini😀
BalasPadamSantai jew kan di sini Anies.
Padamtk pernh try menu dimsum kt mohd chan...yummmyyy
BalasPadamAnak-anak kata sedap. Time masih panas memang sedap kan.
Padampenat tulis pesanan ya Daus kanmain banyak lagi sedap jamu selera
BalasPadamBanyak kali Abang Farid pujuk ajak makan di sini.
PadamJadi, penatlah Daus tulis banyak pesanan hahahaa.
Tengok menunya memang sungguh menyelerakan. Mahal pun takpa, janji sedap.
BalasPadamYa, Diela.
PadamSesekali layan anak menantu.
Sedap2 makanannya. Baby ikut tak tu? Mesti baby kecur tengok tok mummy makan.
BalasPadamBaby masih dalam perut. Tak sampai 10 hari balik LD, baby lahir.
PadamDana yang dekat dengan taman melawati pun tak pernah try mkn kat sini kak, ye salah satu kalau ke sini selalu penuh lagi lah kalau malam kak.
BalasPadamWaktu itu kami ziarah Aseeyah di Gombak, tengah tunggu hari untuk bersalin. Jadi Abang Farid bawa kami makan di situ.
PadamSoda magic tu nampak sedap...SA nampak Chee Cheong Fun jugak..dan set dim sum..sedapnya..lama jugak x makan dia Mohd Chan Restaurant ni
BalasPadamLama dah Abang Farid minta kami makan di sini. Katanya Mohd Chan itu kawan bapa mentuanya.
PadamCCF tu sedapnya. Nasi ayam pun suka juga. Dumpling Soup pun sedap juga.
BalasPadamCCF itulah yang selalu kita cari kalau masuk kedai Cina Muslim.
PadamNak coba nantiiii 😍😍😍. Kliatan sedap semuaaa kak. Beberapa menu bahkan banyak yg belum saya coba. Sebenarnya tak mahal2 sangat mengingat ramai yg makan kan.
BalasPadamYa, harganya mampu bayar.
PadamLagipun servisnya cepat, hidangan panas dan sedap-sedap belaka.
Pernah sekali dua je makan di Mohd Chan Resto ni. Menu dia banyak dan rambang mata juga nak pilih menu. Loh Mai Kai tu menu dia unik. Tertarik dengan menu pilihan abang farid tu.
BalasPadamLoh Mai Kai itu pun Kak Amie suka.
PadamSuka ye dengan menu Abang Farid.
Semua yang di-order tu memang favorite kami. Lama tak MC.
BalasPadamSedap-sedapkan Chinese Food.
PadamAlhamdulillah.