Naran - Kaghan - Babusar Valley - Dari Lembah ke Lembah Kehidupan

8:49 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan pada 17 September 2024 sekadar:

  • Gunung-ganang
  • Ladang ubi bit
  • Kambing biri-biri
  • Salji
  • Glasier
  • Jalan ditutup lima bulan
  • Tiada sekolah
  • Di hadapan Batakundi ada sekolah
  • Lulusar Lake
  • Babusar Pass
  • Salji turun
  • Helang 
  • Tak boleh ambil gambar kampung, rumah & penduduk tempatan
  • Hot water - Air terjun warna hijau batunya
  • Jalan berdebu
  • Kanan gunung, kiri gaung dan sungai
  • Batu-batu tersangkut, tersembul di celah gunung
  • Juglot
  • Hindu Kush - Banjaran Himalaya - Banjaran Karakoram
Di bawah ini Amie kongsikan gambar yang sempat Amie rakam dari tempat duduk sebelah kanan di dalam van bermula dari sebelah pagi ketika bertolak dari Naran dan sehingga menjelang petang di Babusar. Barangkali dengan melihat gambar ini sedikit-sebanyak dapat membayangkan suasana kehidupan dari Lembah Naran - Kaghan - Babusar.


Lembah Naran Kaghan  bermula dari Balakot dan berakhir di laluan Babusar. Lembah ini menghijau dan banyak pokok konifer, tasik yang berair jernih, hutan liar dan tumbuhan yang unik. Keindahan alam banyak terpancar di Lembah Kaghan. Lembah ini akan hujani salji pada musim dingin dan seluruh kawasan dilitupi oleh glasier. Glasier mula mencair pada bulan Februari dan dibuka semula sehingga September. Lembah Kaghan lebih popular kerana tempat-tempat yang mengagumkan seperti Lembah Balakot, Tasik Lulusar, Tasik Saif ul Muluk,  Lembah Lalazar, Lembah Sharan, Malika Parbat,  Babusar Top,  Noori Top,  Tasik Dudipastar dan Tasik Ansoo.

Selekoh jalan yang tidak terkira banyaknya.




Banyak jalan raya berair kerana limpahan air terjun dari celah-celah batu di lereng gunung.






Lama-kelamaan tiada tumbuhan di atas gunung.
Sesekali kami melihat lembah menghijau, air sungai mengalir jernih dan merupakan kawasan perkampungan.






Beberapa kali van memasuki terowong Long Live Pak - China Friendship.


Setelah puas melihat kambing dan lembu, sekarang dapat melihat kuda pula.



Rumput kering, barangkali disimpan sebagai bekalan makanan kuda di musim sejuk.




Sempat melihat Pakistani sedang santai lepak di tepi jalan.


Tidak jelas pula gambar haiwan kecil-kecil ini. Mungkin kuda, mungkin lembu!




Kami difahamkan sekiranya ada bangunan yang bercat atau warna-warni itu menunjukkan kawasan yang diduduki atau ada projek yang sedang dijalankan oleh pemaju atau penanam modal dari negara China. Rumah penduduk tempatan tidak bercat. Semula jadi.




Boleh bezakan antara gambar di atas dengan gambar di bawah.





Memang banyaklah yang lebih berwarna-warni di kawasan ini.






Melihat van kami di jalan raya, muncul kanak-kanak dari perkampungan seolah-oleh menyambut kedatangan kami! Mujurlah Mumtaz Khan sentiasa membawa van dengan penuh hemah. Jadi, tidaklah sampai berlaku perkara yang tidak diingini.


Pada masa ini kawan-kawan pun hulurlah sesuatu untuk mereka.









Batu-batu disusun menjadi batas. Tidak pastilah pula apa yang ditanam.
Padikah atau gandum? Yang pasti di bahagian tepi itu tanaman jagung.


Nampak cantik berteres-teres.

















Tanaman jagung di dalam batas yang disempadani dengan susunan batu.










Begitulah.
Rakaman dari sudut pandangan lembah ke lembah dari pagi hingga menjelang petang.
Walaupun satu demi satu gunung jauh ditinggalkan, namun sehingga malam belum nampak penghujungnya! Ia merupakan banjaran yang sangat panjang, dengan ketinggian sesayup mata memandang. Sesekali terserempak dengan lembah hijau.











Subhanallah!
Gunung-ganang tanpa tumbuhan, hanya batu-batan keras tetapi wujud sungai dengan aliran air yang sangat jernih!






Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. (al-Nahl[16:15]).


Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (al-Anbiya’[21:31]).


Sekian.
Dari Lembah ke Lembah Kehidupan.
Naran - Kaghan - Babusar Valley


20 comments

  1. Terfikir betapa bertuahnya Malaysia dengan tanahnya yang subur penuh flora menghijau berbanding dengan keadaan di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Wak.
      Itu pasal Malaya pernah digelar semenanjung emas.

      Padam
  2. Ohhhh. Tak boleh ambil gambar kampung, rumah & penduduk tempatan ya. Kambing di mana2 ya Kak Amie.

    Cantiknya view semua yang Kak Amie ambil, Subhanallah. Especially sungai, gunung. Moga kami sampai sana nanti, Aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakistan agak tertutup.... Industri pelancongan baru saja bermula.
      Memang dilarang ambil gambar tapi tak kan lah tak boleh langsung kan Mulan.

      Padam
  3. Perjalanan yang menarik ni kak, dapat menyaksikan kehidupan yang jauh berbeza dari bumi Malaysia.

    Nampaknya semua orang di sana kecil besar tua muda kekal berpakaian tradisi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa kagum sebenarnya melihat penduduk Pakistan yang setia memakan salwar khameez.

      Padam
  4. Allahuakbar! Begitu besarnya kurniaan Allah pd kita di Malaysia ni, Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Semoga Malaysia terus aman dan makmur.

      Padam
  5. Kita di Malaysia sangat beruntung bila dibandingakn dengan mereka kan kak...itupun di negara kita masih ramai yang mengeluh tanpa usaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SA.
      Insaf apabila melihat betapa jauh bezanya kehidupan di negara kita dengan Pakistan.

      Padam
  6. Kenapa tak boleh ambil gambar penduduk tempatan dan , kampung dan rumah kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entahlah Dana, yang pasti mereka (tour guide) melarang ambil gambar dengan anak-anak perempuan. Katanya ibu bapa mereka tidak mengizinkan.

      Padam
  7. Indah nya pemandangan di kawasan luar bandar di Pakistan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau lama sikit mungkin boleh jejaki kampung.

      Padam
  8. Seronoknya menjelajah seantero dunia..😍😍😍

    BalasPadam
  9. apa sebab tak boleh ambil gmbr kampung and rumah2 penduduk kak?
    kat situ dah dkt dgn china. ada terjumpa tentera2 china buat rondaan kat situ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pastilah kenapa. Adalah tu sebabnya.
      Tiada tentera China di situ, tak nampak.

      Padam
  10. ada waktunya buka tutup jalan krn glasier yg mencair ya kak... berarti untuk turis kalo nak kemari, hrs tahu juga waktu2 kapan lembah ini dibuka ya?

    menarik cara mereka membedakan mana yg rumah penduduk dan mana yg project china... warna warni rumahnya cantik.. kesannya colorful di tengah gunung batu begini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, biasanya sampai lima bulan ditutup. Tidak digalakkan datang waktu musim salji. Kalau ada runtuhan salji memang membahayakan pengguna jalan raya.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe