Bermalam di Royale Chulan Penang

3:21 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Abang Farid tempahkan penginapan untuk malam kedua di Royale Chulan Penang. Masa untuk daftar masuk ditetapkan pada pukul tiga petang. Kami daftar masuk pada pukul 5:43 petang. Bagaimanapun kami tidak dapat terus ke bilik kerana kerja-kerja mengemas bilik belum selesai.

Disember 2023, kami pernah bermalam di Royale Chulan Damansara : Penginapan Yang Sangat Selesa di Royale Chulan Damansara. Memandangkan pengalaman yang memuaskan hati, jadi apabila berada di Pulau Pinang kami mencari cawangannya di sini iaitu Royale Chulan Penang.

Terletak di kawasan Weld Quay, Royale Chulan Penang menawarkan penginapan di Tapak Warisan Dunia UNESCO di George Town. Ia menyediakan kolam renang luaran dan tetamu boleh menjamu selera di restoran di lokasi. WiFi percuma disediakan di seluruh tempat penginapan ini. 

Royale Chulan Penang terletak 300 meter ke Jeti Clan di Pulau Pinang, manakala Muzium Pinang Peranakan, Muzium Wonderfood dan Little India yang meriah dengan budaya berjarak 1 kilometer jauhnya. Kalau suka bolehlah berkunjung ke Kubu Cornwallis yang terletak 1.6 kilometer  dari hotel ini.

Bilik kami jenis Superior Twin dengan harga RM269.95sen satu malam. 

Royale Chulan Penang



Setelah daftar masuk, kami duduk berhampiran lift sementara menunggu masa untuk masuk ke bilik.


Bergelas-gelas jugalah kami minum air sirap yang disediakan di ruang lobi.


Setelah menunggu agak lama, Amie pun jalan-jalan ambil gambar untuk mengurangkan rasa bosan. Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan! Hampir dua puluh minit duduk memandang arah kaunter untuk dipanggil, mana tidak timbul rasa resahnya.



Mundar-mandirlah ke sana ke sini, gambar pemandangan di dinding pun dirakam juga!


Selain pasang telinga kalau-kalau dipanggil nama dari kaunter, menoleh-noleh jugalah kepala ke arah sana.



Penantian berakhir apabila pukul 6:04 minit petang, kami sudah boleh naik lift menuju ke bilik.


Buka pintu bilik.... alaaaa kenapa rupa katilnya begini. Kelam-kabut mengemas ke dik?



Perasmi katil!














Firdaus buka sebekas lagi Sambal Bilis Garing!


Encik Suami menikmati secawan teh panas.


Abang Farid makan Jeruk Madu Pak Ali.

Encik Suami menemani kita makan Miang Kham.


Selepas solat maghrib, kami keluar jalan-jalan cari makan.

Sumber : Royale Chulan Penang

4 comments

  1. Sekali sekala best jugak ya Amie... jalan-jalan ke Penang. Lama dah tak gi Penang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulannya anak kerja di Jelutong. Tu sengaja cari pasal nak selalu jalan-jalan Penang hihihiii.

      Padam
  2. Selalu nampak RCP ni, tapi belum pernah menginap di sini. Kak Amie tak komplen kat housekeeping ke pasal cadar dia tu, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ambil gambar, terus terlupa.
      Lagi pun sarapannya banyak pilihan dan sedap-sedap. Jadi dah hilang ingatan dah pasal cadar tu kihkihkih!

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe