Sarapan Kapurung
12:26 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Sekarang sudah boleh berehat. Pukul 11:52 LD sudah masuk waktu zohor. Seawal pukul 4:20 pagi sudah terjaga dari tidur. Subuh 4:44 pagi. Pukul 5:10 pagi bersama Encik Suami menuju ke Taman Bandar LD. Brisk walk sehingga pukul 6:45. Seperti kelmarin, masuk pusingan ke lapan, kita singgah minum air kelapa pandan! Encik Suami teruskan dua pusingan lagi untuk capai empat kilometer.
Kemudian kami cari sarapan. Bawa pulang:
- Kapurung
- Laksa Asam
- Pulut Kuning & Rendang Daging
- Ketupat & Kuah Kacang
- Cucur Udang
- Vietnamese Spring Roll
- Nasi Kuning Ayam & Ikan
- Kek Lapis Sarawak
Kapurung |
Kapurung ini makanan tradisional masyarakat Bugis di sebelah pantai timur Sabah terutamanya di Tawau dan Sandakan. Kita suka makan sebab banyak sayurannya. Kadang jumpa kuah warna merah dan kadang-kadang seperti dalam gambar di atas.
Asam Laksa |
Pulut Kuning & Rendang Daging |
Sedap sangat rendang dagingnya! Satu set RM12. Rasa macam makan di rumah emak di Kampung Bukit Hijau.
Ketupat Pulut & Kuah Kacang |
Cucur Udang |
Firdaus makan banyak cucur udang. nampak betul Mommy dia dah lama tak buatkan cucur udang dengan jagung!
Vietnamese Spring Roll Nasi Kuning Lauk Ikan & Ayam.
Lidi satu - Nasi Kuning Ikan
Lidi dua - Nasi Kuning AyamNasi Kuning Ikan Kek Lapis Sarawak
Oleh kerana banyak sarapan yang dibawa pulang, tak perlulah masak untuk makan tengah hari. Alhamdulillah. Bolehlah buat kerja lain selain memasak.
1 comments
Wahhh... banyak betul sarapannya, memang tak perlu masak tengahari ni, Kak Amie. Kapurung tu nampak macam sedap, sekali pandang macam laksam.
BalasPadam