Hari Sabtu Cuti Menoreh! Jom Sarapan Bubur & The Gang
10:51 PGSeawal pukul 5:20 pagi Amie dan Encik Suami sudah berada di Taman Bandar LD. Kami hanya jalan-jalan sahaja mengelilingi taman. Kalau dapat lima kali pusingan bermakna sudah dua kilometer kami berjalan. Pada pusingan ke tujuh, kita sudah tergoda dengan longgokan buah kelapa pandan di tepi taman! Selepas pusingan ke lapan, kita terus duduk di tepi lori yang penuh muatan kelapa pandan. Ada beberapa orang di situ, duduk menyedut air kelapa! Raba poket, ada RM! Terus beli sebiji kelapa pandan, dan sedut sepuas-puasnya.
Selepas brisk walk, hilangkan peluh dengan jalan-jalan cari kuih.
Terasa lama sungguh tidak sediakan sarapan.
Bubur and The Gang |
- Ikan Bilis Goreng
- Ayam Carik
- Serondeng Ikan
- Lobak Jeruk
- Daun Sup & Limau Kasturi
- Kicap Lada
- Telur Masin & Telur Seribu Tahun (Egg Century)
Ikan Bilis Goreng |
Egg Century & Telur Masin |
Serondeng Ikan Bilis Ayam Carik |
Jeruk Lobak |
Daun Sup & Limau Kasturi |
Kicap Lada |
Bismillah. Jom sarapan bubur nasi. |
Kuih Rangin Kukus |
Kuih Talam Tokyo |
Hokkaido Cheese Tart - Durian. |
Kek Lapis Sarawak |
Alhamdulillah.
Rezeki Allah.
Semoga bertambah rezeki anak-anak buah kami!
Hamzah, cucunda sulung kami - usia 4 bulan 2 minggu.
18 comments
sedapnya bubur nasi n hidangan sampingannya. terasa spt mkn2 pd zaman kanak2 dulu...nyaman bangat sih!
BalasPadamJemput Abam Kie. Mari sama-sama mengimbau zaman kanak-kanak.
PadamSedapnya makan bubur nasi & lauk pauk tu. Terus teringat bubur sentosa kat JB.
BalasPadamJemput Cie.
PadamMemang sedap ni.
Menyelerakan betul bubur tu. Happy weekend awak!
BalasPadamTerima kasih Faizzah.
PadamNikmat bila weekend tak perlu bekerja dan fikir pasal kerja.. rasa lapang sangat waktu yang ada.
BalasPadamMeriahnya bubur tu!
Itulah saat yang ditunggu-tunggu dari minggu ke minggu.
PadamDeğişik güzel lezzetleriniz var ellerinize sağlık :)
BalasPadamTq.
PadamComelnya Hamzahhhh...
BalasPadamTergoda pulak tengok bubur dan konco²nya tu, Kak Amie.
Rindu Hamzah....hari ni in Syaa Allah jumpa di Subang.
Padamni bubur meriah namanya😁
BalasPadamkat mana akk beli sedara telur pindang tu?😁
eeee dah besar dahhh budak ticit niiii gerammmm tgk pipi diaaa
Ada banyak sedara telur pindang di pasar raya.
PadamBudak tecit cepat membesar ye.
sedapnyaaaa lauk bubur tuh kak... ada telur century pulaaa ^o^. saya sukaa telur pitan atau century ini. biasa kalo nak telur pitan, hrs cari di rumah makan chinese.. krn cuma mereka yg jual :D.. kalo penjual bubur ayam biasa tak pakai :D
BalasPadamDi LD memang banyak telur pitan. Ada di seluruh Sabah. Arwah emak mentua saya dulu pernah bekerja membuat telur pitan.
PadamKuih rangin kukus tu macam kuih dangai kukus lah kot.
BalasPadamBubur and the gang tu, buat drooling sangat.
Ya, betul. Bezanya antara kukus dan bakar saja.
PadamJemput makan bubur Mulan😋😋😋