Kacang Pistachio Pakistan VS Iran
12:26 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Setelah puas melihat pemandangan gunung-ganang dan lembah serta sungai, mari kita singgah di Janisar Dry Fruit Ginni. Kepada peminat buah atau makanan kering bolehlah beli untuk dimakan dalam perjalanan atau dibawa pulang sebagai oleh-oleh.
Kacang Pistachio Iran |
Banyak sungguhlah buah-buahan kering di sini, sampai tak tahu hendak melihat atau membeli yang mana. Bagaimanapun selain kacang gajus, mata terpikat pula dengan kacang pistachio.
Rambang mata!
Selain kacang-kacang dan buah-buahan kering, pelbagai jenis jem juga ada di sini.
Rupanya ada dua jenis kacang pistachio iaitu keluaran tempatan dari Pakistan dam import dari Iran. Kacang pistachio Pakistan kulitnya keputih-putihan manakala pistachio Iran kulitnya agak kekuning kemerahan dan ada rasa masin garam. Tak ingat berapa harga pistachio tempatan. Pistachio Iran kalau ikut duit kita berharga RM80.00 sekilogram. Tapi bayar ikut Rupee Pakistan.
Kacang Gajus & Kacang Pistachio |
Sekarang sudah pukul 6:34 petang waktu Pakistan.
Kita teruskan perjalanan.
Masih lagi melalui jalan gunung-ganang!
Maknanya sepanjang hari kami bergerak bersama gunung.
Pagi gunung.
Pagi gunung.
Tengah hari gunung.
Petang gunung.
Petang gunung.
Malam .... melalui lereng gunung tapi sebab gelap tak nampaklah gunung!
Apalah yang dibawa dalam karung sampai melimpah-ruah terkeluar dari tempat letak barang?
Muatan bawang kot?
1 comments
Ada orang panggil kacang cerdik. Sy suka sangat.
BalasPadam