Jeruk Madu Pak Ali Dilupa Jangan
8:39 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Setakat ini setiap kali ke Pulau Pinang, oleh-oleh wajib kami sudah tentulah Jeruk Madu Pak Ali. Banyak juga kedai cawangan Jeruk Madu Pak Ali di Pulau Pinang ini. Kali ini Fuad bawa kami ke Jeruk Madu Pak Ali yang terletak di Medan Selera Terminal Bas, Jalan Pantai. Butterworth.
Seperti biasa Amie minta bungkuskan buah-buahan jeruk campur sebanyak 1/2 kilogram setiap bungkus. 15 bungkus kesemuanya. Sebelum keluar dari kedai, kami dihulurkan lagi sebungkus jeruk buah-buahan campur. Tuan kedai kata : Makanlah dalam kereta. Terima kasih banyak!
Jeruk Kedondong |
Jeruk Mangga |
Jeruk Sengkuang |
Kita paling suka jeruk sengkuang.
Jeruk Salak |
Jeruk Betik |
Nampak kuah rojak.
Beli enam botol Kuah Rojak Kacang Mak Bee.
Kuah Rojak Kacang Mak Bee |
4 comments
Sy pula suka jeruk salak 😁
BalasPadamRambang mata nak memilih jeruk pun kalau masuk kedai Pak Ali ni, macam² jeruk ada
Jeruk salak lain harga, tinggi sikit berbanding jeruk lain.
Padamkak ana suka Amie jeruk madu pak ali nih bukan sahaja produk orang kita tapi tak tersedak makan sebab tak buh cuka kan.. manis-manis buah jer :)
BalasPadamlinda suka betik...tapi, sebenar nya suka yang masih rangup..kalau dah lembik tu, tak minat sangat
BalasPadam