Sarapan Nasi Lemak Lemuni di Astaka Taman Tun Sardon & Beli Sambal Bilis Garing
11:32 PGBismillahirrahmanirrahim.
28 Mei 2024, bersamaan hari Selasa.
Hari ini Fuad dapat kelulusan cuti selama satu hari. Dapatlah kami jalan-jalan bersama dan makan-makan bersama. Sudah tentu Fuad yang akan memandu kereta sepanjang hari. Untuk sarapan pagi, Fuad bawa kami ke Astaka Taman Tun Sardon.
Masing-masing mencari makanan mengikut cita rasa sendiri. Amie teringin makan Nasi Lemak Lemuni. Inilah kali pertama menjamah Nasi Lemak Lemuni yang dimasak menggunakan daun lemuni. Selama ini hanya mendapat info melalui pembacaan bahawa daun lemuni ini banyak khasiat dan boleh dijadikan ubat. Begitulah kisahnya, jodoh pertemuan dengan Nasi Lemak Lemuni di Astaka Taman Tun Sardon. Kalau tak silap harga sebungkus RM2.50 sen.
Nasi Lemak Lemuni |
Nasi Lemak. |
Encik Suami pula makan nasi lemak biasa, lauk sambal, ikan bilis dan telur rebus. Harganya pun sama dengan Nasi Lemak Lemuni.
Murtabak Ayam |
Firdaus mencari murtabak ayam. Habis licin dia makan dengan kuah karinya!
Abang Farid dan Fuad memilih roti bakar, telur separuh masak dan kacang panggang.
Encik Suami tak kenyang makan nasi lemak sebungkus. Jadinya tambah roti bakar dengan telur setengah masak juga.
Fuad tukang beli air. Ada air kopi, milo ais, teh o dan teh ais. Pagi-pagi dah minum ais!
Sedang kami menjamu selera, tiba-tiba datang seorang lelaki meletakkan sesudu sambal bilis garing di atas nasi lemak Encik Suami. Kemudian lelaki tersebut meninggalkan tempat makan kami dan meletakkan pula sambal bilis garing di dalam pinggan pelanggan yang sedang sarapan di situ.
Sedaplah pula rasa Sambal Bilis Garing! Terlebih sedap sebab ada bawang goreng.
Kami panggil penjual sambal yang tidak jauh dari tempat kami makan.
Kami terus beli tiga bekas. Harga sebekas RM18 tetapi kalau beli tiga bekas dapat harga potongan. Tak ingat berapa harga tiga bekas yang kami beli!
Sambal Bilis Garing |
Selepas sarapan, kami tinggalkan Astaka Taman Tun Sardon. Fuad memandu arah ke Sungai Petani, Kedah. Kalau dah sampai Penang haruslah jalan-jalan ke Kedah juga terutama ke Sungai Petani! Bukan apa. Kita hendak jalan-jalan cari tudung Aunifa di sana.... ahaks!
Firdaus tidak berhenti meratah Sambal Bilis Garing bersama Abang Farid. Sampai ke LOTUS Sungai Petani Selatan, habislah satu bekas Sambal Bilis Garing!
8 comments
Pertama kali saya makan nasi lemuni pun semasa berkunjung ke Astaka Tun Sardon ni. Sekali tu jelah pergi, malas nak bersesak cari parking.
BalasPadamSedap nasi lemuni tu, kami beli lagi untuk makan tengah hari pulak 😀
Bijak penjual sambal garing ni buat marketing ya 😁
Saya suka cara penjual Sambal Bilis Garing. Dia tak paksa orang beli tapi dia beri peluang orang merasa dulu.
PadamSaya penasaran dengan nasi lemak lemuni ini Mbak. Kalau dilihat dari fotonya sepertinya sangat merangsang selera. Ada disini semacam nasi uduk ya?
BalasPadamKalau ikan bilis, disini disebutnya ikan teri. Memang sering juga dijadikan sambal.
Salam,
Cara masakan nasi lemak lemuni sama dengan cara masak nasi lemak biasa. Bezanya nasi lemak lemuni ditambah warna dari daun lemuni.
PadamYa, cara masakannya lebih kurang nasi uduk yang dibubuh santan itu.
dah agak dahhhh
BalasPadambla baca entry kak amie ke SP sblm ni
dlm hati ckp mesti nak cari tudung fav laa tu
kan betullll
hehehe
amboiiii firdaus! nak minta sikit boleh x?
Nampak sedap dan pasti sedap sambal ikan bilis tu ye...banyak ke beli tudung kak Amie?hehehe
BalasPadamSaya catat dulu 😍😍😍. Kalo ke Penang lagi nak coba nasi lemaknya. Selama ini saya kemana2 kalo ke Penang pasti pakai grab. Tp bersyukur saat ke Penang trakhir, jumpa driver grab yg juga bisa menjadi guide kalo ada turis datang. JD nanti kalo ke Penang, nak pakai jasa dia mengantarkan kami kemana2 selama di Penang.
BalasPadamBaru tahu ada nasi lemak lemuni jugak. Menarik juga dipelbagaikan menjadi nasi lemak. Rezeki kak Amie dapat merasa. Terus rasa macam teringin jugak. Nasi lemuni pun tak pernah rasa lagi ni. Ikan bilis garing tu memang sedap. Penambah selera gitu.
BalasPadam