Pelbagai Versi Nasi Biryani di Restoran Kapitan di Lebuh Chulia

8:16 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari Selasa, malam Rabu 28 Mei 2024 Fuad bawa kami makan malam di Restoran Kapitan di Lebuh Chulia. Bersungguh-sungguh Fuad hendak perkenalkan Nasi Milani Briyani kepada Abang Farid. Sebelum ini, pada Februari 2024 Fuad bawa kami makan Nasi Milani Biryani di Restoran Kapitan di Persiaran Bayan Bay, Bayan Indah, Bayan Lepas.

Restoran Kapitan di Lebuh Chulia besar dan luas, pelanggannya juga tidak putus-putus datang walaupun hampir pukul sembilan malam ketika kami sampai.

Chicken Biryani Claypot

Restoran Kapitan 
No.93 Lebuh Chulia
Georgetown 10200 Pulau Pinang
Kredit Gambar : Restoran Kapitan

Ketika hendak menulis entri, keliru nama setiap makanan yang dihidang!
Nampak macam sama tapi tak serupa.


Chicken Biryani Claypot


Ayam Tandoori Claypot Biryani

Biryani Nasi Milani

Sirap Lemon Ice
Lemon Juice Ice
Tropical Sarbat Mocktail


Apabila melihat semula gambar yang dirakam, barulah faham nama-nama makanan yang dipesan. Ketika ini makanan Fuad dan Amie belum sampai lagi.

Chicken Biryani Claypot

Firdaus makan Chicken Biryani Claypot. Sangkanya, makan nasi dalam claypot. Kami pun tidak terfikir nak makan macamana.


Fuad tuangkan nasi biryani ke atas tray.

Rupanya nasi dalam claypot kena tuangkan ke dalam tray. Fuad tahulah cara makan begini sebab dia sudah biasa makan di sini.


Di sini barulah nampak, yang berkuah cream yang sedang dimakan Abang Farid itulah Biryani Nasi Milani. Tapi Fuad kata, nasi milani di sini agak kering berbanding nasi milani yang pernah kami makan di Restoran Kapitan di Persiaran Bayan Bay.


Amie pesan kebab kambing dan ayam tapi pelayan restoran datang semula mengatakan kebab sudah habis. Terpaksalah tukar menu lain. 

Sementara itu minum sajalah dulu Tropical Sarbat Mocktail.

Nampak berselera sungguh Firdaus makan Chicken Biryani Claypot.


Nampaknya menu pesanan Fuad sudah sampai ke meja. Meriahnya Arabian Mix Grill.

Arabian Mix Grill

Chicken Sheek Roll

Akhirnya sampailah Chicken Sheek Roll, menu yang terpaksa dipilih menggantikan kebab yang sudah habis. Anak-anak bertanya: Mommy kenyangkah makan begini? Kenyang tak kenyang, kita makan dulu!

Memanglah tak kenyang!
Teringat SK Tanah Jauhar komen dalam FB mengenai paparan kami makan di Anjung Gurney. Kata SK, jangan lupa makan di Padang Brown.

Haaaa... adalah alasan minta Fuad cari Padang Brown sebab tak kenyang makan Chicken Sheek Roll!

Jadinya selepas menjamu selera di Restoran Kapitan Jalan Chulia, kami pun terus ke Medan Selera Padang Brown pula.

Roti & Sup Campur

Kami singgah di Warung Bismi Soup. Malam-malam makan roti celup sup campur sedap juga kan! Jadi, anak-anak pun temankan kita makan roti dengan sup campur daging, urat dan ekor! Seksa juga hendak habiskan roti dan sup. Minta bantuan Encik Suami untuk selesaikan.


Makan malam di Restoran Kapitan Jalan Chulia:

  • Chicken Biryani Claypot
  • Ayam Tandoori Biryani Claypot
  • Biryani Nasi Milani
  • Arabian Mix Grill
  • Chicken Sheek Roll
  • Sirap Lemon Ice
  • Mint Tea Panas
  • Lemon Juice Ice
  • Teh O Ice
  • Tropical Sarbat Mocktail
Total : RM101.55 sen

12 comments

  1. Wah..JJCM sungguh ni kak Amie.
    Nasi claypot tu kalau tak ada yang bagitau, saya pun tak tau kena tuang dalam tray 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun sangka makan dalam mangkuk.
      Rupanya kena tuangkan ke dalam tray.
      Itulah yang Fuad buat.

      Padam
  2. Firdaus ni boleh jadi hos JJCM tak pun buat mukbang series hehe. .. dia punya gaya makan tu, boleh buat org telioq :D
    Oh gitu cara makannya nasi Beriani clay pot tu ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehee.. Firdaus model cilik JJCM bersama family.

      Padam
  3. Hihihi.. Kak Amie, sy betul2 tersedak tadi, rupanya ada yg nyebut nama kita.


    Beberapa kali ke Penang, selalu nampak Restoran Kapitan tapi tak pernah singgah. Tak pernah jugak mencuba hidangan briyani di sana, tiber rasa teringin pulak ni.

    Wahhh, tak kenyang ya makan, terus ke Padang Brown. Memang kena pergi tempat makan dua tiga tempat dalam satu malam jika ke Penang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rupanya ada beberapa cawangan Restoran Kapitan di Penang ni SK.
      kalau Fuad tak bawa JJCM memang saya tak tahu.

      Padam
  4. fuhhh
    tgk si kecik tu makan... berselera betul!
    sy pula yg terasa lapar...
    kalau ada rezeki bln dpn ke penang nak singgah juga laa ke sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Singgah Anies, jangan tak singgah.
      Selit masuk jew walaupun penuh sesak dengan pelanggan hihihii.

      Padam
  5. Nampak sedap la nasi- nasi tu semua..dengan ayam portion besar...lepas tu soup plak...huiiiii...sedap betul la JJCM cara kak amie satu family ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali JJCM dengan Fuad memang best sebab dia tahu banyak tempat makan di Penang.

      Padam
  6. Penang ini memang surga kuliner ya kak Amie 😍😍😍. Semakin banyak yg saya coba, semakin banyak juga yg muncul dan belum dicoba 🤣.

    Nasi briyaninya saya yakin sedap. Tp sup itu paling menggoda. Saya selalu suka sup penuh rempah dengan roti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu dik Fanny.
      Tinggal kita pilih saja mana tempat makan yang disukai.
      Makan roti dengan sup berempah memang mengenyangkan.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe