Sedapnya Creamy & Crunchy Portuguese Nata di Nando's!
10:33 PGBismillahirrahmanirrahim.
31 Mei 2024, petang Jumaat kami daftar masuk di Capsule Transit KLIA2. Penerbangan KL - Tawau dijadualkan pada keesokan pagi pada pukul 06:05 minit pada hari Sabtu bersamaan 01 Jun 2024.
Rasanya hendak terus rebahkan badan di atas tilam sahaja dan melelapkan mata. Mengenangkan Abang Farid ingin makan di Nando's, kita gagahkan juga ke sana. Biarlah Abang Farid pilih makanan yang diingini. Antara pejam dan celik sahaja mata kita ketika itu... ahaks!
Abang Farid memesan Family Platter. Ada empat biji Portuguese Nata di dalam set tersebut tapi Amie minta tambah pesanan untuk dua biji lagi. Bukan selalu boleh jumpa Portuguese Nata yang creamy dan crunchy begini.
Portuguese Nata |
Abang Farid dari dulu memang suka makan di Nando's. Entah apa istimewanya menu Afrika Selatan & Potugis ini pada seleranya. Kalau minuman habis, boleh isi semula secara percuma. Encik Suami pula sukakan Portuguese Nata. Kita pun suka juga, tapi taklah sampai tiga biji masuk perut macam Encik Suami... ahaks!
Hidangan yang dipesan semua sudah ada di atas meja kecuali Portuguese Nata yang mengambil masa 12 minit kemudiannya, datang dalam keadaan panas. Orang kata panas dari oven!
- Coleslow
- Peri Chips
- Caesar Salad
- Spicy Rice
Whole Chicken - 2 Perasa |
Peri Chips |
Portuguese Nata, panas dari oven! |
Habis licin makan empat beranak!
Walaupun mengantuk, tapi apabila jamah secubit ayam panggang yang empuk dan lembut, mata terus segar!
Alhamdulillah.
Si sulung dengan si bongsu.
Si sulung dengan si bongsu.
Abang Farid bawakan Nando's untuk Aseeyah.
Nanti kita makan Portuguese Nata lagi di sini ya Encik Suami! |
12 comments
Biasa makan Portugese Egg Tart je. Lain kali boleh try Portugese Nata pula.
BalasPadamNampak pun dah sedap.
hepi ja daus n abangnya farid menjamu selera menu enak
BalasPadamMenarik sekali ayam bakarnya...boleh coba..portugis egg tart mmg femes..
BalasPadamSedapnya.. rasanya kami dah lama tak makan di nandos
BalasPadamWahhhh.. rasa mcm hari ini jugak mahu ke Nandos makan Portugese Nata.
BalasPadamPernah makan sekali je kat nandos tapi bukan kesukaan tapi bila tenguk tart dia wah kena cuba ni. Cam sedap dan cruncy je
BalasPadamPortuguese Naata.. nampak pun dah sedap hihii
BalasPadamSaya jujur tak suka nandos, tapiiiii lihat nata nya JD kepengin pulaaa. Dulu trakhir makan nandos, tak coba pula nata mereka. Hanya set Ayam.
BalasPadamNantilah, di KL ke nandos hanya utk beli nata 😍😍😅
nampak sedap.portugese nata tu... boleh laa try cari nanti...
BalasPadamSemua sedap Kak Amie. Teringin nak rasa Portuguese Nata jugak.
BalasPadamSA antara pencinta Protugese Tart..nampak sedap sanagt tu
BalasPadamsaya suka makan kat Nandos juga... tapi ni dah lama tak pergi ke Nandos sejak anak anak suka benor makan nasi arab
BalasPadam