From Bukit Hijau with Love!
9:51 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat pagi semua.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan cuti selama tiga hari di kampung dapatlah masak-masak untuk Bonda. Kita bawa bersama kerja-kerja menoreh yang perlu disiapkan. Cuti-cuti juga, kerja tetap jalan. Sudah tentu Mr. Lappy ikut terbang dari LD ke Bukit Hijau. Sambil buat kerja menoreh, sambil-sambil tulis entri. Dan sambil-sambil layan Bonda yang sedang baring-baring di sebelah kita.
Malam tadi kita tidur lena, beradu di sebelah Bonda di ruang tamu. Awal pagi belum lagi masuk waku subuh sudah terbau gorengan yang enak dari dapur. Wak Niah entah goreng apa. Tak lama terdengar Wak Niah berkelahi dengan kucing-kucingnya yang berjumlah 12 ekor.
Kita buatkan Bonda kita jemput-jemput dan minuman teh. Nampaknya Wak Niah sudah kupas mangga dan betik. Bolehlah buat sarapan, bagi kejutkan perut. Ketika berada di dapur, nampak Wak Niah sibuk uruskan ubi kayu. Ada orang hendak beli, katanya.
Huurrmmm....
Apa yang Wak Niah goreng?
Atas meja sudah ada gorengan ikan kerisi. Teringat zaman kanak-kanak dulu, selalu makan ikan kerisi goreng dengan ubi rebus. Nampak rice cooker keluar asap nipis. Rupanya Wak Niah sudah siap masak nasi. Wak Niah masak nasi untuk kucing-kucingnya juga. Tiba-tiba teringin sarapan nasi panas dengan ikan kerisi goreng. Kita ambil satu senduk nasi putih dan dua ekor ikan.
Apa yang Wak Niah goreng?
Atas meja sudah ada gorengan ikan kerisi. Teringat zaman kanak-kanak dulu, selalu makan ikan kerisi goreng dengan ubi rebus. Nampak rice cooker keluar asap nipis. Rupanya Wak Niah sudah siap masak nasi. Wak Niah masak nasi untuk kucing-kucingnya juga. Tiba-tiba teringin sarapan nasi panas dengan ikan kerisi goreng. Kita ambil satu senduk nasi putih dan dua ekor ikan.
Piring pertama. |
Sedap sangat rasanya sarapan nasi putih panas dengan ikan kerisi goreng! Lupa pula hendak tuang kicap. Tapi makan begini saja pun dah cukup enak!
Sebenarnya kan, bukan sepiring kita makan. Kita tambah lagi sepiring, tambah dua ekor ikan lagi dan kerang. Wak Niah panaskan sup kerang lebihan makan malam tadi.
Piring kedua. |
Alhamdulillah.
Kalau sarapan dengan Bonda, di kampung pula, makan apa pun sedap! Empat ekor ikan kerisi goreng masuk perut di pagi hari.
Mangga dan betik yang agak terlebih masak. Dua-duanya manis.
Kelmarin Wak Niah dengar kita hendak masakkan Bonda sambal tomato. Malam tadi sempat Wak Niah belikan tomato. Jadinya, sambil buat jemput-jemput sambil kita buat sambal tomato.
Sambal tomato baru naik kuali. |
Kita buat sambal tomato dengan lebihkan bawang besar dan buah tomato. Bawang merahnya kita hiris nipis bersama tomato dan masak guna api perlahan supaya mesra dan keluar rasa manis bawang serta tomato. Kita tambahkan ikan bilis kisar dan cili merah serta sedikit cili padi. Harapnya sambal tomato tidak pedas sangat sesuai dengan selera Bonda.
Wak Niah tanya kenapa sambal tomato tak merah warnanya macam selalu kita masak? Kita kata, hanya bubuh cili merah sikit saja. Nanti apabila sambal tomato sudah terbit minyak, berubahlah warnanya.
Sambal Tomato sudah terbit minyak. |
Malam tadi wak Niah beritahu dia belikan sebiji lemon sebab Wak Niah ingat kita suka minum air lemon. Pagi tadi nampaklah buah lemon nan sebiji di dapur. Itu rupanya lemon yang Wak Niah maksudkan. Tiba-tiba mata kita masuk habuk! Walaupun hanya kerana sebiji lemon. Terima kasih Wak Niah.
0 comments