RNR Moon Restaurant Besar
8:01 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Walaupun pernah terdengar tentang tahap kebersihan tandas yang kurang selesa, namun sepanjang kembara kami tour guide cuba sedaya upaya untuk mencari tempat yang sesuai. Alhamdulillah, semuanya tersedia dengan baik. Cuma tidak biasa menggunakan kendi (entah kendi entah apa), untuk membersihkan diri. Biasanya kita gunakan gayung.... hiks! Ini jenis bekas air yang ada pemegang dan dan ada muncung.
Tempat hentian kami pada tengah hari Selasa (eh, Selasa atau Rabu... lupa dah hari apa) ialah di Moon Restaurant Besar.
Sewaktu kami bergambar di sini tiba-tiba datang lebih 10 orang pelajar dari kolej meminta untuk bergambar sama. Semuanya perempuan dan mereka kata datang dari Lahore. Sebelum itu beberapa orang daripada mereka bertanya di manakah tandas? Ehh... hehee! Ada beberapa keping gambar mereka bersama kami, tapi simpan sajalah.
Sebelum sampai ke Moon Restaurant Besar, abadikan dahulu beberapa keping rakaman gambar sepanjang jalan.
Kalau ada yang perasan, dalam banyak-banyaka gambar gunung yang Amie tangkap, sekarang banyak gambar gunung yang mula botak dan kurang tumbuhan.
Nyaman sungguh mereka duduk menikmati sinar cahaya matahari dalam suasana sejuk-sejuk manja di kaki gunung.
Nampak sejemput-sejemput tumbuhan di lereng gunung. Sungai yang cetek berair jernih dan rumput menghijau. Seronok sungguh kalau jadi kambing biri-biri berguling-guling di sini.
Yang ini tak tahulah apa yang dibawa atas kepalanya.
Sesekali melihat pemandangan gembala kambing dan lembu, rasa hendak duduk di situ bergambar dengan haiwan ternakan mereka.
Di lembah nan hijau, terdiri rumah-rumah kampung dari susunan batu-bata!
Melihat kehidupan mereka yang seadanya, semakinlah hati meronta-ronta ingin mencari tahu keadaan sebenar. Andainya boleh kaki ini melangkah ke situ, dan mendekatinya!
Namun begitulah! Kita hanya pengembara yang bermusafir di jalan-jalan sahaja. Mana tahu ada rezeki, Allah izinkan untuk datang lagi dan dapatlah melihat sendiri suasana di sini. Menurut tour guide, di sini tiada kemudahan pendidikan. Maksudnya tiada sekolah disedikan untuk anak-anak. Dan bererti, mereka tidak mendapat pendidikan asas!
Oh!
Hanya keluhan yang terkulum!
Hanya keluhan yang terkulum!
Dan Mumtaz Khan terus memandu membelah kaki gunung yang sudah kurang tumbuhan hijau!
Nyamannya!
Sejuk di lembah, panas di ruang angkasa.
Sejuk di lembah, panas di ruang angkasa.
Banyak juga pintu tandas untuk lelaki dan perempuan.
Tidaklah perlu beratur untuk masuk.
Tidaklah perlu beratur untuk masuk.
Persekitarannya terjaga dan bersih.
Ada sedikit suasana warna-warna di sini.
Sejuk-sejuk begini memang syoklah hirup secawan chai masala seperti tiga orang Pakistan di hujung warung itu!
Ambil gambar kenangan di sini sebelum meneruskan perjalanan.
Ke mana ya?
Ikut sajalah. Sekarang sudah pukul 12:55 minit tengah hari waktu Pakistan. Waktu di negara kita pukul 3:55 petang!
5 comments
Pintu² tandas tu dah macam pintu rumah sewa pulak, Kak Amie.. hehehe.
BalasPadamHahahaa... betul.. betul... betul!
PadamTiada sekolah, ya lah trmpatnya jauh di pengalaman. Tapi kaya dengan alam semulajadi yang cantik.
BalasPadamAduhai..ingatkan mereka dah sampai arus kemodenan, rupanya tiada pendidikan di situ..tapi tu la..alam semulajadinya indah sungguh
BalasPadamSaat lihat tulisan I love naran, etc, saya dah pikir kenapa lambang love nya mirip sangat dengan Walls punya simbol. Ternyata memang Wall's yg JD sponsor yaa 😅😅.
BalasPadamAisssh, kasiannya anak2' di sana, tak ada yg bersekolah 😔. Semoga pemerintah di sana ada yg peduli dengan pendidikan di daerah2 remote dari negara mereka yaa.
Saya bayangkan, pastilah susah nak bersih2 habis bak atau bab pakai kendi 😅