Dari Lahore ke Islamabad - Melewati Sawah Padi Basmathi di Punjab

11:30 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jarak perjalanan dari Lahore ke Islamabad sejauh 380 kilometer. Itu yang Amie lihat di internet. Dan dijangka berada di atas jalan raya selama empat jam 17 minit. Sepanjang kembara di Pakistan, apabila kami tanya tour guide tentang jarak dari satu tempat ke satu tempat, jawapannya hanyalah empat jam lagi, atau lima jam lagi. Bukan jarak tempat sebagai jawapan, tetapi jarak masa yang diberi. Barangkali berdasarkan tahap kesukaran, kecepatan atau kelewatan membawa kenderaan.

Kami tinggalkan Lahore, ibu negeri wilayah Punjab yang merupakan bandar kedua terbesar di Pakistan. Selain pusat kebudayaan, Lahore  turut dikenali sebagai Taman Mughal kerana kewujudan taman-taman yang indah semasa era Mughal. Lahore memiliki penduduk kelima terpadat di dunia.

Tour guide kami, Encik Mudassir yang peramah memberikan penerangan setiap tempat yang dilalui dengan jelas. Namun begitu kami hanya dapat melihat pemandangan sepanjang perjalanan hanya melalui tingkap van. Pergerakan van yang agak laju menyebabkan gambar yang cuba dirakam kelihatan kabur. Siapa tidak teruja melihat suasana kiri kanan jalan penuh kehijauan! Berlatar belakangkan pergunungan berbalam-balam dan sayup-sayup mata memandang, sawah padi basmathi terbentang luas seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kami.

Tidak cukup dengan itu, sekumpulan kerbau dan lembu yang sedang meragut rumput di tepi sawah dan ada yang berehat di bawah pokok sungguh mengujakan pandangan mata!

Tidak mengapa.
Walaupun tidak dapat kongsikan banyak suasana kehijauan sawah padi bashmati di Punjab, kita boleh tambah ilmu yang lain.

Menurut Encik Mudassir, Pakistan kaya dengan hasil ladang buah-buahan seperti:
  • Epal
  • Oren
  • Anggur
  • Zaitun
  • Peach
  • Aprikot

    Dan yang istimewa, sebagai negara pengeluar Garam Himalaya!

Sumber -Google
Padi Basmathi 


Peta Pakistan:
  • Pakistan sebenarnya sebahagian daripada India yang berpecah kepada Pakistan Barat dan Pakistan Timur yang kini dikenali sebagai Bangladesh.
  • Pakistan pernah dijajah oleh British dan menjadi sebahagian dari India British yang berpusat di Delhi.
  • Tapak tamadun purba Mohenjo Daro terletak di Lembah Indus, Pakistan. Lembangan ini pernah dijajah oleh kuasa Parsi dan Greek. Kawasan Pakistan kemudian dikuasai oleh Arab, Turki, Baloch dan Mongol.

Sumber - Google

Oleh kerana Pakistan merupakan pengeluar beras bashmati terbesar di dunia selain India, mari kita telusuri sejarah padi bashmati. Namun begitu, Bangladesh juga pengeluar ekslusif beras basmathi di Asia! Beras bashmati berasal dari perkataan sanskrit 'vasmathi'. Diperkenalkan di negara-negara Timur Tengah oleh pedagang beras dari India. Nasi atau beras bashmati sangat terkenal kerana saiznya yang panjang , lebih nipis dan runcing serta beraroma pandan. Kandungan kanjinya juga sedikit berbanding beras lain yang berbentuk lebih bulat lonjong dan melekit apabila dimasak.

Berdasarkan perkongsian We Halal, sebutan perrama varieti beras basmathi mula muncul pada tahun 1766 oleh Heer Ranjha yang bermaksud wangi.

Sumber - Google

Padi bashmati ditanam di kawasan basah yang mempunyai tanah yang subur, samada sawah yang mempunyai pengairan buatan atau sawah yang ditenggelami air. Selepas tanaman padi tumbuh sepenuhnya, ia dituai dengan mengirik pai dari tangkainya. Padi yang masak akan dituai dengan menggunakan tangan atau mesin dan kemudian dibiarkan di ladang sehingga kering. Selepas kering, beras diangkut ke lkilang untuk diproses bagi menghilangkan lapisan daun atau glume biji padi. 

Sumber - Google

Beras bashmati yang dituai harus mencapai umur 18 hingga 24 bulan sebelum dimakan selain mencapai suhu tahap kelembapan tertentu. Itulah antara sebab mengapa kos beras bashmati lebih tinggi kerana disebabkan proses penghasilannya.



Syarikat Faiza Sdn. Bhd.
Beras Moghul Faiza Basmathi:

Beras Basmathi yang diimport dari Pakistan ini ditanam di daerah Punjab yang subur. Sungainya adalah dari cairan salji pergunungan Himalaya yang membekalkan pengairan untuk kawasan penanaman padi di kawasan ini. 

Yang paling menarik tentang Beras Moghol Faiza basmathi ini adalah di samping teksturnya yang panjang (7.2mm), beras ini juga lembut serta berderai amat enak dibuat nasi Beriani atau dimasak sebagai nasi putih biasa sahaja. Beras ini juga kurang kanji serta tidak berlemak dan amat sesuai bagi mereka yang mementingkan berat badan yang ideal.

Sumber : FB

Banyak lagi jenama beras bashmati di negara kita seperti:
  • Mewah Bashmati Rice
  • Maharaja Bashmati Rice
  • Jasmine Bashmati King Rice
  • Green Bio Tech Brown Basmathi Rice
  • Bird of  Paradise Royale Basmathi Rice
  • Dan lain-lain
Wokey!
Berbalik cerita dalam van.
Kita duduk di belakang pemandu van bersebelah dengan Gee. Tour leader duduk di sebelah pemandu, kadang-kadang bertukat tempat dengan tour guide yang duduk di seberang Gee. Entah kenapa, rasa kurang selesa pula sepanjang berada di dalam van. Pengdingin hawa di atas kepala tidak berfungsi! Langit yang berjerebu dan suhu yang panas membuatkan kita asyik mengipas diri dengan sejadah kecil yang kita ambil dari beg sandang. Tingkap pula telus cahaya matahari tanpa kain langsir. Beberapa kali juga tour guide dan tour leader cuba betulkan punat pendingin hawa, tapi tetap begitu juga! Bayangkan dalam keadaan panas begitu, kita mula berpeluh dan terasa basah di tempat duduk oleh keringat!

Apabila kita tanya kawan-kawan yang lain, semua mengatakan tempat duduk mereka sejuk! Nampaknya Amie seoranglah yang kurang bernasib baik.


Van berhenti seketika di Sarghoda. Kami turun beramai-ramai untuk qadha hajat. Menurut tour guide, kami tidak akan diturunkan sebarangan tempat kerana ada tempat tertentu yang kurang selesa untuk qadha hajat. Setelah selesai hajat, kami cepat-cepat masuk semula ke dalam van.


Sempat jugalah rakam beberapa keping gambar dari jauh.


Ada supermarket dan juga ada restoran.



Menarik pula suasana di hadapan Peacock Restaurant ini.


Tour guide dan pemandu van sempat membeli jus buah di gerai ini. Apabila Amie tanya jua buah apa? Tour guide jawan pisang campur mangga. Apa agaknya rasanya ya? Kita hendak beli juga tetapi tidak mata wang Pakistan Rupee. Duit yang kita bawa dalam bentuk USD. Kawan-kawan pun ada yang tak dapat tukar Pakistan Rupee di KLIA kerana di pusat tukaran wang asing jumlah Pakistan Rupee sangat sedikit! jadi, tunggu sahajalah nanti tour guide dan tour leader uruskan pertukaran USD dengan Pakistan Rupee di Islamabad.

Dari Lahore ke Islamabad, singgah sebentar di Sarghoda.



15 comments

  1. Hamboii Amie. Ke Pakistan pulak.
    Enjoy yr trip.
    Lawa kerusi set di Peacock Restaurant tu. Selalu cuma terjumpa kat restoran Arab je kalau kat Aussie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih MM.
      Unik kan ukiran kerusi begitu.

      Padam
  2. Nampak selesa tempat hentiannya tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, tapi kena cepat-cepat lari naik van sebab tak tahan panas.

      Padam
  3. indah sawah padi basmathi nmpak subur padinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sepanjangan perjalanan inilah sajian mata yang kami dapat saksikan.

      Padam
  4. Dapat juga tenguk pokok padi basmathi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Wak.
      Tak sangka pula boleh sampai sini melihat sawah padi basmathi yang selalu kita makan.

      Padam
  5. kak amie x beli sekilo dua beras basmathi trs dr sana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berat oiii dik Anies hihihiii.... bagasi dah penuh dengan harta asas / pakaian dll.

      Padam
  6. Ohhh karena itu harga beras basmati lebih mahal ya kak ... Dan kebanyakan pun pasti diimpor kan. Di sinipun mahal juga.

    Sukaaa dengan view-nya..kalo tak tahu cerita ini di Lahore, saya pasti kira di salah satu kota asia tenggara 😄

    BalasPadam
  7. Dapat tahu sedikit sebanyak sejarah. Luas betul sawah padinya. Beras basmathi pun harganya mahal. Bagus jugalah tour guide berhenti di tempat yang lebih selesa untuk membuang hajat.

    BalasPadam
  8. Alamak, kalau sy berpanas macam tu boleh buat perut rasa memulas, Kak Amie.

    BalasPadam
  9. Bagus tour guide, stop di tempat yang selesa dan elok untuk berhajat. Memang menarik depan Peacock Restaurant tu.

    BalasPadam
  10. tandas memang kena cari yang betul2 selesa dan bersih kan kak amie...sygnya x dapat beli jus tu..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe