Cerita Dari Dapur di Hari Minggu
2:39 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari minggu, hari Ahad bukanlah hari untuk berehat sepanjang waktu. Inilah kesempatan untuk membersihkan dan mengemas apa yang patut dari dalam sehinggalah ke luar rumah. Cerita luar rumah memang kita jarang ambil tahu... ahaks! Itu kerja Encik suami. Yang kita banyak tahu sudah tentulah cerita dalam dapur dari peti sejuk, meja makan sehinggalah ke sinki.
Pagi ini kita tambah isi peti sejuk yang sudah berkurangan terutamanya susu segar, sayur dan buah-buahan. Udang dan sotong masih belum berusik. Ayam pun banyak lagi terutama bahagian sayap, kaki dan separuh ayam bulat.
Sempat ke pasar tani, beli apa yang patut. Dapatlah bawa pulang buah belimbing, jambu air dan limau madu.
Jambu Air + Belimbing + Limau Madu |
Belimbing Buluh |
Geram melihat belimbing buluh yang nampak segar di pasar tani! Sedapnya kalau dapat dimasak asam pedas bersama ikan pari atau ditambah dengan cencaluk!
Beli tomato kampung.
Beli halia kampung. Hendak belajar minum air halia segar macam yang pernah arwah Ayahanda kita amalkan. Dulu rasa nak menangis kerana setiap hari kena sediakan minuman halia untuk arwah. Sekarang terkenang-kenang pula.
Jumpa cili padi kampung yang cantik! Beli juga, RM5.00.
Bunga & Pucuk Betik |
Encik Suami suka sayur yang pahit seperti bunga dan pucuk betik. Elok jugalah amalkan pemakanan begini untuk jaga kesihatan. Maklumlah umur kami pun sudah kira merpati masuk senja. Penyakit warga emas pun mula mengintai di usia kami ini terutamanya yang tiga serangkai : Jantung + Diabetes + Darah Tinggi. Eloklah ambil langkah berjaga-jaga sebelum terkena.
Nampak terung pipit, terus beli. Dengar ceritanya terung pipit bagus untuk kurangkan tekanan darah tinggi.
Siput Tarik RM15 / sekilogram.
Mempedal Ayam - RM9.49 sekilogram. |
Hati Ayam - RM9.49 sekilogram. |
Mempedal & Hati Ayam |
Encik Suami suka mempedal ayam. Kita suka hati ayam. Biasanya mempedal dengan hati ayam ini kita buat perencah sayur kacang panjang campur tempe atau masak sambal kates.
Ikan Mabung |
Beli ikan mabung. Saiz besar untuk dipanggang. Saiz kecil kerat dua boleh digoreng atau masak singgang.
Ikan Bawal Hitam |
Daging Kari /Sup |
Beli daging lembu. Tertulis Daging Kari / Sup. Kata pekerja di situ, ini daging bahagian rusuk. Sekilogram RM40.00. Sudah siap dipek dengan harga RM23.00 lebih kurang 1/2 kg lebih sikit. Mungkin bahagian ini sesuai untuk dimasak kari atau masak sup.
Firdaus suka asam pedas. Minggu lepas sudah dua kali masak asam pedas. Sekali masak ayam dan sekali masak tulang. Ingatkan hari ini hendak masak asam pedas lagi. Tengoklah nanti kalau datang mambang rajin!
3 comments
wahh, hati ayam kalau digoreng mmg sedap tuh., hehe
BalasPadamWahhh.. sorang suka pedal, sorang suka hati, bagus la tak berebut, hihi.
BalasPadamRamainya stok bekalan dapur sekali berbelanja.
BalasPadam