Udang Goreng Salut Tepung Air Tangan Abang Aznan

1:22 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pada hari Sabtu malam Ahad, kita sudah berkira-kira untuk tidur awal kerana keesokan paginya hendak ke Kota Belud. Selepas solat maghrib, Abang Aznan telefon minta kami datang ke rumahnya. Katanya, dia sedang masak untuk makan malam. Kita pun segera bersiap dan sempat sambar beberapa jenis kuih seperti kuih cincin dari Kimanis, bahulu dari Tamu Kinarut, dan tidak ketinggalan oleh-oleh dari Tamu Sipitang terutamanya kuih kapit @ sepit dan bahulu yang bersaiz kecil comel!

Udang Goreng Salut Tepung  baru keluar dari kuali!


Sewaktu kami tiba di rumah Abang Aznan, sudah ada ibu dan bapa mentuanya serta adik dua orang adik iparnya yang datang dari Menggatal. Ketika ini Abang Aznan sibuk di dapur. Fairuz dan Haziq sedang membantunya membersihkan udang. Kata Abang Aznan, kali ini biarlah orang lelaki masak di dapur!
Sementara menunggu masakan siap dimasak, Ery, isteri Abang Aznan hidangkan minuman teh panas dan kuih-kuih tradisional seperti rempeyek dan kuih jala.

Rempeyek.

Kuih Jala.


Ibu dan bapa Ery sangat menggemari kuih kapit dan bahulu yang Amie bawa. Memang terasa kelainannya, sebab kuih kapit dan bahulu ini dibakar secara tradisional. Rasanya sangat sedap! Tak sedar sambil berbual, minum teh dan makan kuih sampai habis!

Kuih Kapit @ Semprong dari Tamu Sipitang.

Kuih Kapit bentuk bunga.

Kuih Bahulu.

Gandingan mantap : Teh O panas dengan kuih-kuih tradisional.

Tidak lama kemudian, siaplah orang lelaki masak di dapur. Abang Aznan hidangkan udang goreng salut tepung, ayam goreng dan sayur sawi tumis bawang putih bersama nasi goreng dan nasi putih. Semuanya masih panas.

Udang Goreng Salut Tepung.

Ayam Goreng.

Sawi Tumis Bawang Putih.

Hasil air tangan Abang Aznan memang sedap. Sebaik sahaja lauk-pauk diletak di atas meja, semua terus terkam! Sementara kami makan, Abang Aznan terus goreng baki udang dan ayam di dapur yang terletak di bahagian luar rumah.

Terima kasih Abang Aznan kerana sentiasa berusaha untuk mengenyangkan perut kami. Semoga segala rezeki sentiasa datang berlipat ganda memenuhi kantung kehidupan Abang Aznan sekeluarga.


14 comments

  1. menggoda sungguh udang goreng dan kudapan lain tu kak oi... lagi special air tangan abg aznan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abang Aznan suruh yang perempuan berehat. Diajaknya Fairuz dan Haziq masak di dapur.

      Padam
  2. sekali sekala makan air tangan orang laki memang sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.
      Best betul yang perempuan jadi permaisuri hihihii.

      Padam
  3. Alhamdulillah meriah rezeki cantik kuih jala

    BalasPadam
  4. cangkir dan tekonya very vintage kak amie, gambar bunga bunga..segala macam kue mbul suka bangat...mbul blom pernah icip kue jala...udangnya lezat...very tasty semua kak...😊

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, selalu langkah kanan bila ke rumah Abang Aznan tu ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, selalu dapat undangan makan di rumahnya.

      Padam
  6. gumuks nya udang celup tepung.Pastinya sedap juicy.
    Mata saya salfok ke pada dua-dua teko tu..Cantiknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang Abang Aznan pilih yang gemuk-gemuk.
      Cantikkan teko tu Mama Cella. Kita tanya Ery, di mana beli? Katanya hadiah kahwin.... aduhai! Mana kita nak cari.

      Padam
  7. Tertarik dengan set teko tu.. lawa la haii.. bila nampak begini teringin pula nak tambah set yang ada di rumah yang satu tu je 😁😁

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe