Nasi Ayam Panggang

9:50 PTG

Bertemu lagi. Hari ini hari kedua kita berpuasa di bulan Ramadan. Seperti kelmarin, hari ini kami berbuka puasa pada pukul 6:15 petang. Sebelum pukul 7 malam, Encik Suami sudah tinggalkan rumah untuk berterawih di kampung. Oleh kerana dalam suasana PKP, tak dapatlah Amie dan Firdaus ikut bersama. Berterawihlah di rumah sahaja.

Apa agaknya hidangan berbuka puasa hari ini? Amie sempat masak nasi ayam. Dan seperti biasa beberapa minit tiba waktu berbuka, barulah siap hidangan. Ambil gambar pun ala kadar saja.

Oleh kerana Encik Suami sukakan salad ditambah dengan kurma, jadi Amie pun sediakan juga untuk dimakan bersama nasi ayam. Oh ya! Lauk nasi kali ini ialah ayam panggang. Selepas ayam direbus, dan Amie ambil airnya untuk masak dengan nasi, ayamnya pula Amie lumur dengan beberapa bahan dan kemudian panggang dalam air fryer. Senang saja kan?

Nasi Ayam & The Gang

Salad : mini lettuce, timun Jepun, tomato ceri merah 7 kuning, hirisan kurma - tambahkan sedikit yogurt & mayonis serta secubit garam.


Jom kita lihat resipi Nasi Ayam Panggang. Suka sangat Firdaus makan. Malam semalam waktu sahur Firdaus tak mahu makan nasi. Hanya ratah ayam goreng saja. Agaknya laparlah. Berhabis pula makan nasi ayam waktu berbuka puasa.

Air Rebusan Ayam & Sup
Bahan-bahan:
  • 3 kepingan bahagian peha ayam
  • 1.5 liter air  (4 cawan air rebusan ayam digunakan untuk masak nasi)
  • 3 ulas bawang putih - pecahkan
  • 1 labu bawang besar - belah 4
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 cm halia - diketuk
  • 1 sudu kecil lada putih - ditumbuk
  • garam / perasa pilihan secukupnya
  • hirisan daun bawang / daun sup / bawang goreng untuk hiasan
Cara memasak:
  1. Didihkan air di dalam periuk.
  2. Masukkan kesemua bahan di atas kecuali garam / perasa pilihan, lada putih, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
  3. Rebus ayam selama 10 minit  atau sehinggan 3/4 masak. Kemudian keluarkan ayam, dan toskan.
  4. Setelah 4 cawan air rebusan ayam tadi diasingkan (untuk masak nasi ayam) tambahkan garam / perasa pilihan dan  lada putih.
  5. Ketika menghidang, taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya.



Ayam Panggang
Bahan pemerap:
  • 3 kepingan ayam yang sudah direbus 3/4 masak 
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar minyak bijan
Bahan tumbuk / kisar halus;
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1/2 sudu kecil lada putih
Cara memasak:
  1. Lumur ayam rebus dengan semua bahan pemerap di atas selama 1/2 jam. 
  2. Panggang dalam air fryer selama 15 minit. Amie gunakan suhu 170' sahaja.




Nasi Ayam
Bahan-bahan:
  • 3 cawan beras biasa - basuh - toskan
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar stock ayam pekat MAGGI Cukup Rasa
  • 2 sudu besar marjerin
  • 3 ulas bawang putih - hiris halus
  • 4 cm halia muda - hiris halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 helai daun pandan - siat-siat
Cara memasak:
  1. Panaskan marjerin di dalam rice cooker.
  2. Tumis hirisan bawang putih, halia muda, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga serta daun pandan. Kacau sehingga terbit bau.
  3. Masukkan air rebusan ayam dan biarkan mendidih.
  4. Toskan beras yang direndam tadi dan terus masukkan dalam rice cooker.
  5. Masukkan stock ayam pekat MAGGI.
  6. Gaul rata dan kemudian tutup rice cooker.
  7. Biarkan sehingga nasi menjadi tanak.

Sambal Nasi Ayam
Bahan-bahan:
  • 3 biji cili merah - buang biji
  • 1 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia muda
  • 2 sudu besar jus limau kasturi
  • garam/ gula secukup rasa
Cara:
  1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kisar halus.
  2. Sediakan sambal ini sekurang-kurangnya satu jam lebih awal supaya rasanya lebih mesra.

Kicap Nasi Ayam
Gunakan lebihan bahan perapan ayam goreng. Masukkan bahan lebihan tadi ke dalam periuk. Tambahkan: 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap lemak manis 
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam 
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung yang dibancuh dengan 1 cawan air
Masak di atas api perlahan. Sentiasa kacau. Apabila kuah kicap mulai pekat, padamkan api dapur.

9 comments

  1. Ayam tu nampak garing elok, sedapnya..

    BalasPadam
  2. Wahhhh 6.15 dah berbuka hehehe. Lupa kalau di sana waktu berbukanya awal hehehe.
    Ayam tu nampak garing betul, mesti sedappppp :D

    BalasPadam
  3. sedap nyer nampak, bikin perut lapar jer..

    BalasPadam
  4. Masak ayam panggang dalam airfryer pun mudah kan. Simple tapi mengenyangkan

    BalasPadam
  5. Simple perapan ayam tu tapi nampak menyelerakan.Kreatif cikgu menyediakan maknan sihat.boleh jadi inpire ni

    BalasPadam
  6. Sedap nasi ayam, ayam dipanggang. Saya pun buat cara macam tu rebus ayam, kuah buat masak nasi ayam. Ayam perap dengan bahan perapan. Tapi saya goreng tak panggang :) Salad kak amie memang. Suka salad macam ni.

    BalasPadam
  7. selalunya salad tambah kismis, tak pernah lagi org letak kurma.. nanti nak cuba la

    BalasPadam
  8. sedapnya.. lebih puas makan bila masak sendirikan kak..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe