Ada Apa di Tamu Kinarut?

1:04 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu berada di Penampang, kami santai-santai saja. Sehari berjalan-jalan, esoknya berehat di rumah. Lusa jalan-jalan lagi. Tulat berada di rumah. Kemas rumah. Cuci pakaian dan masak-masak. Pada hari Sabtu, 04 Mac kami pergi ke Tamu Kinarut. Ada apa yang menarik di Tamu Kinarut? Sebenarnya banyak gerai jualan di setiap tamu yang kami kunjungi. Sama saja seperti pasar di tempat kita. Amie cuma kongsi jualan yang berbeza dengan tempat kita untuk tambah info.

Perkara yang paling Amie suka ketika berada di tamu sudah tentulah apabila dapat melihat pelbagai jenis sayuran segar, herba dari kampung dan ikan sungai. Antara yang kami beli termasuklah:
  • Pokok Ketumbar Jawa
  • Jantung Pisang Hutan
  • Tuhau
  • Petai
  • Ikan Serawi
  • Ikan Salap
  • Ikan Toayaan (panggilan orang Papar) - Ikan Gomato (panggilan orang Penampang)

Ikut pusingan jam : Daun kesum, jantung pisang hutan, petai, terung pipit, limau kasturi, tuhau, serai, ketumbar jawa.

Ikan sungai: Ikan toayaan dan ikan serawi.


Tamu Kinarut terletak berhampiran dengan Stesen Keretapi Kinarut. Kalau anda berada di Kota Kinabalu bolehlah datang ke sini dengan menaiki keretapi di waktu pagi, dan balik hari pada waktu tengahari dengan menaiki keretapi juga.



Di sekitar kawasan Tamu Kinarut, kelihatan bangunan lama yang diperbuat dari papan. Bentuknya kelihatan unik kerana jarang kita lihat di tempat lain. Tentu ada sejarahnya yang tersendiri. 



Anak dan bapa bergandingan tangan menuju ke tamu.

Kalau sudah jumpa segala anak ayam, anak itik, arnab, kucing dan ikan memang lamalah singgahnya budak Firdaus ini!

Ada ikan sungai tetapi tidaklah banyak. Antaranya termasuklah ikan pelian atau dalam bahasa kita disebut ikan kelah. Harganya pun memang harya kayangan jugalah. Selain itu ada ikan lampam atau ikan salap dan sebagainya.

Ikan lampam @salap. Sudah dibuang isi perutnya.

Hasil kampung : Daun kesum, genjer, ulam raja, ketumbar jawa, batang keladi, petola, tuhau, serai, dan lain-lain (tak tahu apa nama sayur tersebut).

Ada pucuk kacang.

Sewaktu berbual-bual dengan penjual sayur di sini, ada Amie tanya nama-nama sayuran tetapi lupa pula sebab tak tulis nota dalam HP.

Ini pakis udang.

Peniaga kecil dengan jualannya.

Ini sayur katong-katong.

Ini petai tetapi bentuknya berbeza dengan petai di tempat kita. Mata petai ini terbalik, maksudnya kedudukannya ke bawah dan bukan melintang seperti petai biasa.


Rumpai Laut.

Latok pun ada!

Pelbagai jenis kuih tradisional.


Walaupun cuaca panas, tetapi rasa seronok sebab dapat menjinjing pelbagai jenis oleh-oleh dari Tamu Kinarut terutamanya ulam-ulaman segar.

20 comments

  1. ooo patutla nampak lain petainya isinya terbalik..dah jadi mak2 ni kalau dapat ke pasar gembiranya hati dapat menjinjing balik sayur2 kampung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya jumpa dua jenis petai di Sabah. Yang terbalik dan yang biasa macam di tempat kita.

      Padam
  2. Balasan
    1. Rasanya wujud sejak zaman pentadbiran British. Kayunya tu...jenis tahan lama!

      Padam
  3. Menarik jualannya, Kak Amie. Amboiii, sy pun leka kalau tengok anak2 ayam tu, Kak Amie.

    BalasPadam
  4. bestnya dapat ke pasar pagi kak, macam-macam sayuran kampung ada, Petai kt sana memang lain ye dari kt semanjung nih, unik bentuknya, jantung pisang tu pun nampak lain la kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ke Ranau atau KK, barulah jumpa petai mata terbalik.
      Jantung pisang tu penjualnya kata dari hutan.

      Padam
  5. akak, tadi dana dh komen tapi tak muncul komennya. Unik betul petai tu teringin nk rasa kak. Macam-macam jenis sayuran kt tamu ni kan suka betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keluar juga tu nanti, tunggu kakak luluskan.

      Padam
  6. Wow meriah kak. Seronok pergi pasr mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok melihat suasana pasar di sini, lebih-lebih lagi banyak hasil kampung yang dijual.

      Padam
  7. Sayur genjer tu sayur apa ye. Sayur katong-katong tu masak dia camne ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Genjer tu nama lain dia paku rawan.
      Sayur katong-katong tu saya tak beli, cuma tanya namanya pada penjual. Tengok di yuo tube, masak macam biasa, macam sayur kangkung.

      Padam
  8. Saya suka kalau pergi pasar kat kampung2 seronok kalau jumpa sayur sayuran yang jarang di jumpa. Kuih pun begitu juga. Syiok ooooo lepas tu penuh tangan menjinjing bahan belian. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang syok Notie menjinjing bahan belian sebab terbayang balik rumah boleh masak dan makan ramai-ramai.

      Padam
  9. seronok shopping makanan macam ni. sambil beli sambil otak berjalan plan nak masak apa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Sal.
      kalau boleh nak beli semua yang berkenan di mata.

      Padam
  10. Ooo..ikan salap tu ikan lampam..ikan pelian tu ikan kelah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Mama Cella. Nama ikan panggilan penduduk tempatan.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe