Makan Special Beancurd & Golden Basket

8:35 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah empat hari tidak dapat menikmati sebarang makanan dengan sempurna, kita minta Encik Suami bawa makan di luar. Permaisuri yang moody sebab di CABUT GIGI HIDUP-HIDUP! mahukan hidangan yang lembut, tak perlu banyak tenaga gigi untuk mengunyah, dan tidak mahu menunggu lama makanan sampai ke meja. Jadi Encik Suami pun parking kereta di hadapan Ocean Seafood Restaurant. Kalau sudah sampai sini, memang kita terus terbayang Peria Goreng Telur Masin! Terlupa perjuangan maut di klinik gigi!

Setelah melihat-lihat beberapa jenis menu, kita minta Special Beancurd. Nasi tolak tepi, sebab kalau makan nasi perlu makan lauk!

Special Beancurd


Ketika ini hujan dan rasa sejuk. Dalam keadaan suhu rendah begini, baiklah minta minuman panas. Seperti biasa kami berdua minta chinese tea panas. Firdaus pula memesan milo panas atau milo nai.


Firdaus dengan Milo Nai.

Special Beancurd.

Udang Butter Basah

Udang Butter Basah ini Amie tidak sentuh.  Hanya Firdaus dan Encik Suami sahaja yang makan. 3/4 masuk perut Firdaus bersama nasinya.

Ikan Merah Kukus Lobak

Amie ratah-ratah sahaja ikan kukus ini. Isnya yang lembut hanya perlu dikunyah perlahan dan terus tenggelam masuk perut.

Peria Goreng Telur Masin

Sesedap mana pun makanan, kalau sedang menderita 'gigi' hanya keinginan sahajalah yang lebih. Biasanya Peria Goreng Telur masin ini licin, tapi terpaksa bungkus bawa pulang sebab sedikit sahaja luaknya. 

Golden Basket.

Golden Basket ini memang sedap. Amie pilih keladi yang dilenyek,  digoreng rangup pada bahagian luarnya, tetapi di dalamnya lembut dan senanglah untuk ditelan. Isinya pula sotong masak berkacang. Encik Suamilah yang makan sotongnya.


Jemput makan ya kawan-kawan.

19 comments

  1. Nampak menarik Golden Basket tu.

    Dek kerana derita sakit gigi pada awal tahun lalu, berat saya turun banyak. Susah nak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketika ini barulah terasa betapa tidak ternilainya harga 'sihat'.

      Padam
  2. Yg sepinggan sebelah beancurd special tu apa ye kak? Mmg pelanggan tetap ocean seafood ni

    BalasPadam
  3. Sakit gigi pun dapat makan yang sedap-sedap.. :)

    BalasPadam
  4. Alahai kesiannya. Eh kak Amie, lepas cabut gigi kalau boleh elakkan minuman panas. Lagi bagus kalau makan aiskrim

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chinese Tea tu memang datang panas, tapi hanya diminum selepas makan. Dah suam-suam sejuk airnya.

      Padam
  5. Aduh rugi Puan Amie tidak dapat nikmati semua. Nampak menyelerakan.
    Harap-harap ok dah lepas ini.

    BalasPadam
  6. Alahai.. semua sedap-sedap belaka.. sabarlah Cikgu Amie, nanti sakit tu dah hilang boleh datang semula ke sini.

    BalasPadam
  7. aduh sedapnya kak... tapi bila gigi tengah buat hal semua nampak tak sedap kan

    BalasPadam
  8. Nampak menarik bean curd tapi sayang peria tak habis sebab permaisuri sakit gusi.

    BalasPadam
  9. Sedapnya golden bean curd & peria telur masin..
    Semoga cikgu kembali sihat dan dapat berkumpul anak beranak di Malaya dengan ceria dan gembira...

    BalasPadam
  10. Ya allah sedap semuanya....bean curd tu...aduhai...bagai memanggil2 ha...

    BalasPadam
  11. golden basket tu menarik perhatian aida.
    nicely done and presented.
    memang tertarik utk makan bila tgk hidangan tu :)

    BalasPadam
  12. wahh sedapnya semua menu tu. mmg sedih kalau tak dpt mkn mknn kegemaran kan.

    BalasPadam
  13. golden basket tu mesti sedap kan, sebab dibuat dari keladi

    BalasPadam
  14. Teringin pula Sha mencuba golden basket dan beancurd tu.. Nampak menarik..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe