Jalan-Jalan Cari Makan di Pantai Klebang
12:04 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selepas meronda di Bandar Hilir Melaka, kami jalan-jalan cari makan di Pantai Klebang pula. Sayangnya, Amie terlupa ambil gambar nama gerai tempat kami makan. Ramai sangat pelanggan yang datang di situ.
Kami memesan dua set talam goreng-gorengan seafood. Set pertama, mengandungi gorengan seafood seperti udang, sotong dan juga cendawan. Tak tahulah apa seafood yang lain sebab nampak semuanya sama saja bentuknya setelah siap digoreng dan dihidang. Selain goreng-gorengan seafood, ada nasi goreng di bahagian tepi talam. Set ini berharga Rm35, dimakan untuk dua orang.
Set Gorengan Seafood & Nasi Goreng RM35.00 |
Kerepek Ubi Lemak Pedas Basah RM20.00 |
Seingat Amie, banyak kali juga jumpa penjual kerepek ubi sepanjang kami singgah makan di warung atau gerai di Melaka dan Negeri Sembilan. Setelah Fairuz cuba makan sekeping, dan katanya sedap, Amie beli sebekas dengan harga RM20.00.
Firdaus merengek minta maggi!
Set gorengan seafood dengan nasi goreng ini pilihan Fuad dan Fairuz. Rasanya hidangan ini boleh dimakan oleh 3 atau 4 orang!
Abang Farid minta nasi kosong, dan makan dengan goreng-gorengan tadi.
Set Gorengan Seafood RM75.00 |
Talam kedua sampai tanpa nasi goreng. Kami hendak ratah begitu sahaja. Ada ikan goreng, udang, sotong, anak ketam, cendawan, sosej dan entah apa lagi.
Selepas makan, kami ronda-ronda kawasan sekitar. Banyak gerai jualan makanan di situ. Kami singgah beli buah-buahan potong dan bawa pulang ke tempat penginapan.
Buah-buahan segar. |
Firdaus kata: Belilah jambu merah. Abang Farid suka makan!
Kita pun belilah jambu merah, belimbing dan mangga potong siap bubuh serbuk asam boi.
Kita pun belilah jambu merah, belimbing dan mangga potong siap bubuh serbuk asam boi.
16 comments
Menarik betul tepung gorengannya berserat dah macam serat telur butter prawn.Pastinya rangup dan sedap.Daus adik yang baik,ingat buah kesukaan
BalasPadam"Adik Angkat Food Panda," tu🤣
Rangup tepungnya tu Mama Cella. Gaul dengan nasi putih pun sedap. Kalau ada sambal belacan atau kicap lada tambahlah sedapnya.
PadamLangsung terasa nak kena pergi Melaka esok-esok ni
BalasPadamPergi ya, jangan tak pergi.
PadamSelamat menjamu selera
BalasPadamJemput Wak.
PadamSet goreng-gorengan tu mengancam sungguh..
BalasPadamBetul Sha. Rangup. Krup kerap Krup kerap!
Padamni kat area kedai makan kabin ke kak? or gerai-gerai dekat dgn laut? malam2 situ mmg meriah...
BalasPadamRasanya gerai-gerai dekat laut ni. Maklumlah malam, tak perasan suasana keliling.
Padamset talam dengan gorengan pelbagai seafood tu menarik... mmg x pernah ada dijual di sini lagi
BalasPadamRangup tepungnya. Puaslah meratah.
PadamKalau sy tahu Kak Amie singgah Klebang, sy rekomen Roti John warung anak saudara sy, sedappp!
BalasPadamOohh... Nanti lain kali ada rezeki ke sini boleh singgah Roti John Warung.
Padamhari tu di melaka syu ke sini juga. tp syu beli makanan yang dijual di situ je dan makan di hotel.
BalasPadamcomel sgt firdaus di gambar akhir tu :)
BalasPadam