Balik Kampung!
1:15 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi Sabtu yang cerah bersamaan 11.12.2022 kami bertolak dari Mantin ke Puncak Alam. Singgah sarapan di Warung Tapaw dan terus bergerak ke Kampung Bukit Hijau. Kita beli lauk-pauk dari sini bawa ke rumah Bonda.
Pagi Sabtu yang cerah bersamaan 11.12.2022 kami bertolak dari Mantin ke Puncak Alam. Singgah sarapan di Warung Tapaw dan terus bergerak ke Kampung Bukit Hijau. Kita beli lauk-pauk dari sini bawa ke rumah Bonda.
Rumah Bonda yang sepi kembali ceria apabila satu demi satu anak-anak mula berdatangan.
Sarapan di Warung Tapaw, Bandar Puncak Alam. |
Sampai di rumah Bonda, rupanya Wak Aton dan Wak Niah sudah sedia menunggu dengan pelbagai jenis sarapan!
Ada nasi lemak, kuih seri muka, lempeng dan sebagainya.
Kita sempat jalan-jalan di keliling rumah Bonda.
Pokok melinjo masih ada di sini. Bonda suka petik pucuknya dibuat sayur bening.
Pokok cili padi masih berbuah walaupun daunnya sudah hampir cerondol.
Nun, di hujung ada longgokan pasir. Adik bongsiu kita hendak mendirikan rumah di sini.
5 comments
Bestnya balik kg
BalasPadamWah..pastinya bonda gembira bila dikelilingi 7 puterinya.Pasti bila semua berkumpul,terasa rindu kepada allahyarhan Amin Fauzi..
BalasPadamEntah kenapa,terasa dekat dengan keluarga Cikgu..Al-fatihah untuk arwah,semoga Allah tempatkan dalam kalangan orang beriman.
wahhh best nya kak dapat berkumpul... 1st time tgk adik beradik kak amie....
BalasPadamramainya adik beradik perempuan kak amie. mesti meriah dapat berkumpul sekali..
BalasPadamAlhamdulillah cikgu dapat melepaskan rindu dengan Bonda dan adik beradik tersayang.
BalasPadam