Teh Wangi Ros Berperisa Laici & Hutang Karya!
10:03 PGBismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar kawan-kawan semua?
Pagi ini, rasa kembali selesa dan segar setelah berehat dan tidur lena sepanjang malam. Alhamdulillah cuaca di LD terang dan nyaman.
Encik Suami sudah meninggalkan rumah awal pagi tadi. Banyak kerja yang perlu diselesaikan setelah dua minggu bercuti. Amie goreng nasi lebihan makan malam tadi. Memang rindu sangat hendak makan masakan di rumah! Tambah menyelerakan apabila dapat hirup segelas Teh Wangi Ros Berperisa Laici panas yang kami beli di Cameron Highlands. Aroma laici memang sangat menyerlah. Dari kelmarin kami menikmatinya!
Teh Wangi Ros Berperisa Laici |
Segelas Teh Wangi Ros Berperisa Laici |
Air Longan+Kurma Merah+Putik Bunga Ros |
Sambil masak nasi goreng, Amie sempat renih longan kering ditambah putik bunga ros dan kurma merah dan tambah sedikit gula batu. Aduhai! Nikmat Allah manakah lagi yang hendak didustakan?
Amie banyak hutang karya untuk dihantar kepada penyelenggara, terlewat hantar dan perlu disiapkan segera! Jadinya, sambil menghirup teh sambil:
- tangan mengedit cerpen, anekdot dan pantun berkait
- apabila penat, dan idea tumpul, berhenti mengedit dan menulis entri
- mendengar alunan muzik instrumental petikan piano Richard Clayderman
- diselang-seli dengan blogwalking ke rumah rakan-rakan blogger.... rindu dengan kalian tau!
18 comments
Home sweet home ❤
BalasPadamSini pun cuaca cerah pagi ni selepas seminggu mendung dan hujan. Petang biasa hujan.
Semoga terus berkarya Cikgu Amie 🥰
Hi Faizah.
PadamJumpa lagi di rumah maya.
In syaa Allah akan terus berkarya.
sini hujan sentiasa. sedapnya dapat minum teh ni panas-panas. tak pernah jumpa lagi perisa ni
BalasPadamMemang sedap perisa laici ini. Menyesal pula tak beli banyak hahahahaa.
PadamPasti rumah juga kembali berseri bila berpenghuni..
BalasPadamNampak menarik minuman tu.Saya tertarik kuntuman ros dalam cawan bersama longan dan red date tu..macamana rupa yang belum direndam?
Nampak lain dr kudup rose yang biasa saya guna
Alhamdulillah. Abang Farid dan Aseeyah bercuti di LD.
PadamSeronoklah ada kawan sembang.
Kudup ros yang saya guna saiznya besar. Nanti saya share.
Aduh, sy pun suka dengan instrumental Richard Clayderman tu, Kak Amie. Tentu feel lain macam sambil hirup teh panas.
BalasPadamKak Amie kumpul semua kaset Richard Clayderman tu waktu remaja dulu. Selalu pasang di radio sampai terpintal-pintal tali pitanya.
Padamwah nampak sedap je amie teh ros perisa laici. Label pun lain macem. Alhamdulillah semuga Allah beri idea mencurah-curah buat amie.
BalasPadamMemang lain macam Notie. Apabila direndam air panas, aroma laicinya semerbak, dan buat kita rasa segar sewaktu menghirupnya.
PadamRindu kak amie juga....settlekan dulu mana yang penting Kak Amie...
BalasPadamRindu SA... sambil menulis sambil berblogwalking juga.
Padamrindu hasil nukilan akak sepanjang akak bercuti ke semenanjung.
BalasPadamKakak pun rindu sama Dana. Alhamdulillah, sekarang sudah kembali kongsi cuti-cuti.
Padammesti sedap hirup air longan dengan campuran kurma merah tu panas-panas.
BalasPadamSedap Syu. Ditambah sedikit gula batu, terasa manis-manis manja.
PadamCuaca sejuk seperti sekarang ini memang seronok menghirup teh o panas.. Bila ada perasa tambahan pada teh lagi enak rasanya..
BalasPadamCuaca sejuk seperti sekarang ini memang seronok menghirup teh o panas.. Bila ada perasa tambahan pada teh lagi enak rasanya..
BalasPadam