Wak Aton Belanja Makan di Uncle Don Food Corner
5:33 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Setelah selesai majlis konvokesyen Fuad, maka berakhirlah tujuan utama kami ke JDT. Rasa sedih pula, sebab keesokan paginya kami perlu tinggalkan tempat ini. Walaupun tidak sempat jejak kaki ke tempat-tempat menarik di JDT, tetapi juga belum puas rasanya meronda jalan-jalan cari makan di sini.
Kak Aton atau Wak Aton (pangkat panggilan anak-anak kami untuk Kak Aton) belanja kami makan tengahari di Uncle Don Food Corner, Parit Raja. Pada mulanya Fuad bawa kami ke sebuah gerai makan 'asam pedas ikan' tetapi tutup pula gerai tersebut. Jadinya, Fuad pun bawa kami ke sini.
Selepas makan tengah hari, Wak Aton bersama kawannya akan terus pulang ke Selangor.
Lepaskan perit dahaga dengan pelbagai minuman sejuk di sini.
Antara deko menarik di Uncle Don Food Corner.
Segar dan nyaman menyedut laici kang. |
Sementara menunggu hidangan yang dipesan tiba ke meja, Wak Aton keluarkan sebalang rempeyek kacang tanah dari keretanya.
Nampaknya hampir sama saja menu yang dipesan. Mungkin nasi ayam penyet.
Nasi Talapia Penyet |
Nasi Lele Penyet |
Tambah seekor ikan talapia goreng. Sesiapa nak tambah lauk, boleh ambil.
Terima kasih Wak Aton, belanja kami makan tengah hari. Moga tambah rezekinya.
Terima kasih juga sanggup datang dari jauh bawa kiriman jambangan coklat dari Bonda untuk Fuad.
hati-hati memandu sewaktu pulang ke Selangor!
23 comments
Semoga murah rezeki Wak Aton. Untung dapat belanja.
BalasPadamAmin ya Allah.
Padamikannya kelihatan garing sekali kak amie...yummy
BalasPadamminumannya itu ada kurmanyakah
mbul jadi ingin icip rempeyek renyah
Ya Mbul. Ada kurma merah dalam minuman tu.
PadamGigihnya kak Aton datang dari jauh, balik hari pulak tu semata-mata nak meraikan hari istimewa Fuad.
BalasPadamBetul tu Ujie. Sanggup dia ambil cuti untuk datang ke Johor.
PadamAlhamdulillah kasih wak aton buat anak sedaranya juga kasih bunda buat cucundanya yang meraikan hari kecemerlangannya. Tapi rempeyek wak aton bawak tu nampak rangup je.
BalasPadamDulu Wak Aton juga yang temani kita hantar Fuad daftar di UTHM.
PadamRempeyek tu dari Selangor jalan ke Johor hahahaha.
wahhh jauh wak aton datang utk raikan Fuad...
BalasPadamwahhh garingnya ikan! sedapnya kalau ratah mcm tu je
Kasih Wak Aton pada anak saudaranya. Memang menempuh perjalanan jauh. Wak Aton sampai rumah di Selangor pada pukul 10 malam.
PadamAlhamdulillah, semoga Allah swt sentiasa mempermudahkan urusan dan memberi keafiaatan kepada Wak Aton juga Kak Amie sekeluarga.
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamRezeki haritu ya, Wak Aton belanja. Jauh Wak Aton memandu balik hari.
BalasPadamSekarang banyak gerai/restoren sediakan masakan ala penyet2 ni.. menggodalah talapia penyet tu.
Alhamdulillah. Wak Aton selamat datang dan selamat kembali ke rumahnya, balik hari.
PadamBetullah tu, penyet di sana sini.
Semoga Allah limpahkan rezeki dari segenap penjuru untuk Kak Aton..
BalasPadamJuga semoga semuanya dalam rahmat Allah..
Dah lama nak cakap tingginya Fuad berbanding mommy dan baba tapi asyik lupa nak taip🤭
Amin ya Allah.
PadamItulah anak tembikai hihihiii....waktu mengandungnya, dua bulan makan tembikai siang dan malam.
uncle don kat johor ke kaka.. tetiba teringat saya uncle don sri hartamas.. tah ada lagi ke x kedainya
BalasPadamYa. ini Uncle Don di Parit Raja.
PadamRestoran Uncle Don's di Petaling Jaya (sebelah je dgn office) tak halal...
BalasPadamUncle Don di sini di kawasan kampung, orang Melayu.
PadamAlhamdulillah.. Semoga murah rezeki Wak Aton.. Semangat tu datang dari jauh demi anak buah yang disayangi..
BalasPadamAmin ya Allah.
Padamnampak sedap ikan talapia dia. semoga makin murah rezeki wak aton..
BalasPadam