Makan Lewat Malam di Hometown Hainan Coffee KLIA2

11:27 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kali ini cerita selama dua hari iaitu hari Sabtu dan Ahad. 03 Disember 2022, hari Sabtu malam Ahad selepas bertemu Bonda di kampung, kami terus bergerak ke KLIA2. Agak lama juga menunggu Fairuz keluar dari kapal terbang AirAsia X. Setelah berlaku pertukaran waktu dan hari Sabtu ke Ahad, muncullah Fairuz lenggang kangkung bersama beg sandang di belakangnya. Mujurlah Fairuz tidak membawa beg besar, jadi tidaklah perlu menunggu lebih lama di tempat serahan bagasi. 

Seperti biasa, perkataan yang Fairuz ucapkan:

Mommy! Lapar!

Jangankan Fairuz sahaja yang lapar, kami yang menunggu pun turut sama berasa lapar. Oleh kerana sudah tengah malam, dan banyak tempat makan sudah ditutup, jadi kami singgah sahaja di Hometown Hainan Coffee yang beroperasi 24 jam.


Sebelum Fairuz sampai, kami terlebih dahulu meronda di sekitar Hometown Hainan Coffee. Sempat bertanya kepada pekerja di situ tentang menu yang ada. Semua menu yang dipaparkan dalam katalog ada!


Bolehlah masing-masing memesan pilihan. Eloklah pilih makanan yang ringan sahaja sebab sudah lewat malam. Tetapi tidak tahulah selera masing-masing!



Adik-beradik sudah berkumpul!
Macam-macamlah cerita dan keriuhannya pada malam itu. Biarlah. Biarkan sahaja mereka melepas rindu.


Ketika ini jam sudah menunjukkan angka 12:11 tengah malam.

Fried Kuey Teow Original : RM23.90

Hidangan pertama tiba: Fried Kuey Teow Original. Encik Suami yang memesan menu ini. Nampak biasa sahaja, tetapi rasanya sangat sedap. Mungkinkah sebab lapar? Sewaktu pinggan Fried Kuey Teow Original sampai ke meja, anak-anak terus menyerbu! Kita pun sempat menyepit (chopstick) sedikit.


Terhibur rasanya melihat gelagat anak-beranak ini.


Setelah habis licin Fried Kuay Teow Original dikerjakan anak-anak, datang pula Crispy Hainan Kaya Butter Bread Double yang dipesan Aseeyah.

Crispy Hainan Kaya Butter Head Doube : RM9.50

French Fries (Basket): RM13.90

Lemon Rose Lychee : RM11:50

Hainan Chicken Rice +Fried Chicken Leg Quarter : RM29.90.

Nasi Lemak Fried Chicken Leg Quarter: RM29.90

Nasi Lemak Rendang Fried Chicken Drumstick: RM29.90


Sekarang giliran Fuad dan Fairuz pula berkongsi nasi lemak masing-masing dengan Encik Suami. Rendang ayam pilihan Fairuz memang sedap sungguh! Kita makan kuah rendangnya dengan Cheese Baked Spaghetti.

Cheese Baked Spaghetti Red Sauce with Minced Chicken


Setelah isi perut dengan pilihan makanan masing-masing, kami meninggalkan tempat makan ini pada pukul 1:50 pagi. Anak-anak berpuas hati makan di sini kerana semua menu pilihan sedap belaka. Walaupun perlu membayar lebih sedikit, rasa berbaloi kerana dapat berkumpul dan santai makan bersama-sama. Memang begitulah adatnya makan di tempat begini, dapat duduk di tempat yang selesa ketika larut malam.


Firdaus sudah keletihan, belum dapat berehat sejak menempuh perjalanan dari Lahad Datu. Fairuz mendukung Firdaus di belakangnya menuju ke tempat letak kereta. Kami tiba di Yuslina Homestay, Bandar Puncak Alam pada pukul 2:00 pagi.

18 comments

  1. Keletihan yang berbaloi ni kak Amie. Dapat berkumpul anak beranak.

    Seronoklah Daus kena dokong ya..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Ujie.
      Hilang penat setelah semua ada di depan mata.

      Padam
  2. muka babah dah nampak sangat keletihan tapi masih tersenyum anak2 semua ada depan mata

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...seronok tengok Seri Iskandar,Klang,KK dan LD bersatu di KLIA...
    Siapa yang drive tu Cikgu?
    Laju benar tu pastinya orang muda punya power tu..hihihi

    BalasPadam
  4. Tu dia, tengah malam ingatkan bolehlah makan ringan2, rupa2nya masing2 dah kelaparan 🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa tak laparnya SK. Fairuz turun kapal terbang tengah malam hahaha... terus sahurlah kami.

      Padam
  5. Kalau dah lapar semuanya sedap apa lagi makan berebut-rebut seronok tenguk. Alhamdulillah dapat berkumpul dan makan sama-sama itulah kebahagiaan yang tidak ternilai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu itu kita hanya perhati sahaja gelagat anak-anak di depan mata. Biarlah mereka nikmati kesempatan indah ini bersama-sama.

      Padam
  6. Nasib makanan sedap..tapi SA boleh rasa betapa letihnya Kak Amie sekeluarga...pengalaman kan Kak Amie...seronok tengok bonding family rebut2 makanan macam tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letih sungguh SA. Lagilah yang memandu, berganda-ganda letihnya kan, menahan mata mengantuk lagi.

      Padam
  7. muka yang paling gembira di situ adalah Firdaus dan encik suami akak, mesti seronok kan akak tengok bila mereka semua menyerbu makanan abahnya tu. Ini tak dikira makanan ringan semuanya berat sebab dah lapar kan. Walaupun harga agak mahal tapi bila sedap sangat puas hati kan kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa gembira dan terharu yang tak mampu diluah. Terkenang gelagat mereka sewaktu masih kanak-kanak. Biarlah diulang semula rebut-rebut makan tu. Bahagia yang tak ternilai!

      Padam
  8. Alhamdulillah.. dapat berkumpul satu family.
    Makan berebut adik beradik memang best 🤣
    Amboii.. manjanya Firdaus!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akhirnya, malam itu walaupun letih tetapi sangat gembira sebab dapat berkumpul lengkap satu keluarga!

      Padam
  9. kalau lapar kan, semua jadi sedap. hehe. tp rasanya makanan dkt kedai di memang sedap. syu pernah makan sekali dulu..

    BalasPadam
  10. Sedap makanannya memang puas hatilah..
    Kesian Firdaus, sudah penat ye..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe