Chomey Homestay
10:06 PGBismillahirrahmanirrahim.
Walaupun cuti sekolah sudah bermula pada 10.12.2022 tetapi kita dapat arahan untuk menyiapkan satu tugasan secara online. Mendongkol jugalah hati sebab terpaksa melaksanakan tugas tersebut. Kita membuat tugasan itu sewaktu bermalam di DZR Home Bangi. Oleh kerana tiada WIFI, kita gunakan data sendiri dan tidak sanggup berjaga sampai ke pagi. Kita pun tutup laptop dan berharap dapat menyiapkannya pada keesokan harinya. Selepas sarapan, kami pulang semula ke homestay dan menyambung tugas sehingga waktu check out pada pukul 12:00 tengahari.
Seterusnya kami bergerak ke Chomey Homestay di Sri Palma Villa, Mantin, Negeri Sembilan. Kita sangat berharap dapat menyelesaikan kerja-kerja online di sini. Malangnya, sewaktu Abang Farid menempah, terlepas pandang pula tiada WIFI! Terpaksalah gunakan data Abang Farid dan Fuad pula. Kali ini Amie terpaksa minta bantuan Abang Farid dan Aseeyah untuk bantu selesaikan kerja-kerja online. Syukurlah kita memang bawa laptop, begitu juga Abang Farid dan Aseeyah.
Terima kasih Abang Farid dan Aseeyah. Kita sambung ronda-ronda Putrajaya. Nanti Mommy belanja makan di sana.
Selamat datang ke Chomey Homestay! |
Menurut tuan rumah, televisyen belum sambung ke Astro, boleh buat monitor saja. Kami pun tak sempat nak buka televisyen. Biasanya begitulah. Daftar masuk sekadar untuk bersihkan diri, solat dan berehat atau tidur sahaja.
Bilik tidur utama. |
Nampak klasik!
Bilik air. |
Bilik tidur kedua. |
Bilik tidur ketiga. |
Bilik air. |
Tuala dan sejadah terletak di sini. |
Arah ke dapur. |
Peti sejuk. |
Banyak peralatan dapur dan juga bahan makanan di sini. |
Mesin basuh. |
Dapur untuk memasak. |
Ketuhar. |
Kalau menginap lebih satu malam mungkin boleh masak di sini. Fuad sudah berkali-kali mengingatkan dari awal supaya jangan masak di mana-mana homestay. Katanya, kita datang untuk jalan-jalan dan berehat. Jangan penatkan diri memasak!
Malam ini merupakan malam terakhir kami menginap di homestay sebelum kami berangkat pulang ke kampung pada keesokan harinya.
5 comments
Cantik sgt.. lengkap semua keperluan di homestay tu.. tp begitulah jarang sgt masak kalau di homestay.. selalunya tapau dan mkn di homestay je
BalasPadamWahhh.. seronok Daus asyik pindah2 rumah je ya. Tak dapat sy bayangkan berapa byk barang Kak Amie angkut naik katerbang tu.
BalasPadamTudiaaaa....qadha percutian 2 tahun PKP ni nampaknya Cikgu🤭
BalasPadamAlhamdulillah,seronok tengok kebersamaan keluarga bahagia ni mengisi quality time.Apa khabar Abang Farid & Kakak Aseeyah? Dah balik Malaya kah
berkenan pula saya tengok meja tu kak...
BalasPadamni betul2 homestay! kelengkapan semua ada. nak menginap pun rasa senang hati..
cantik juga homestay ni. deco dia simple..
BalasPadam