Mampir di Pasir Penampang, Makan Cendol Durian Borhan
5:45 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Petang Sabtu, kami bertolak ke Perak. Sebenarnya ada urusan yang hendak diselesaikan di Pejabat Tanah Kuala Selagor, tetapi keesokan harinya, pada hari Isnin Selangor cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Kami ke Perak kerana ada urusan Abang Farid pula yang melibatkan kita! Pada hari Selasa, kami tujuh beradik akan bertemu di Kuala Selangor untuk selesaikan urusan tanah.
Wak Aton pesan, jangan lupa singgah makan Cendol Durian Borhan di Pasir Penambang. Wokey, kami singgah basahkan tekak dengan pelbagai jenis cendol di situ.
Cendol Durian saiz besar : RM24.00 |
Cendol Durian Borhan terletak di tepi jalan Batu 2, Jalan Tanjung Karang, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor.
Empat mangkuk cendol pilihan masing-masing. |
Cendol Durian. |
Cendol Jagung. |
Cendol tambah ais krim. |
Cendol Biasa |
Kenapa Wak Aton bersungguh-sungguh sangat suruh kami singgah menyendol di sini? Mungkinkah sebab penggunaan santan dalam cendol? Wak Aton tahu kita tak berminat dengan cendol yang gunakan susu dan bukannya santan kelapa! Cendol di sini memang sedap, tapi kita tetap teringat Cendol Wak Gundol! Hahahaa... sesiapa yang pernah terbaca anekdot tulisan kita dalam Antologi Ikat Tepi atau Ikat Mati, tentu tahu siapa Wak Gundol itu!
Banyak juga pelanggan di Cendol Durian Borhan ini.Tambahan pula ketika itu hujan turun renyai-renyai. Memang kena duduk lama sedikitlah untuk berteduh.
Puding Buah |
Puding buah ini Amie yang ambil sebab terpikat dengan susunan hirisan mangga, anggor dan buah kiwi. Ada kuahnya, dan rasa berlemak. Kita rasa lebih sedap pula makan begitu saja. Manis-manis manja dengan rasa buah segar gitu.
5 comments
Wow...Cendol durian Musang King ke Cikgu?
BalasPadamBoleh tahan harga.
Saya pernah makan Cendol Borhan ni kat Dengkil berhampiran Cyberjaya.Tapi tak tau la branch Borhan ni @ Borhan lain..hihihi..
Tapi pernah nampak cikgu post cendol & sotong kangkung kat IMAGO .pun nampak sedap
Kalau uncle pilih yang biasa....
BalasPadamsuka sy tgk warna hijau cendol tu kak! mcm berseri2 ;-)
BalasPadamwak pun suka makan cendul
BalasPadamTapi tak mau campur durian
sedap juga cendol durian..harga dia macam agak mahal sikit.
BalasPadam