Makan Tengah Hari di Ayahman Patin Pahang
1:52 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hujan.
Basah.
Sejuk!
Terserempak dengan Restoran Ayahman Patin Pahang di kala tengah hari yang dingin, Fuad terus masuk ke dalam. Memang Fuad dengan ikan patin berpisah tiada!
Tidak banyak lauk-pauk yang disediakan di Ayahman Patin Pahang. Melihat para pelanggan yang memenuhi ruang makan sedang menikmati nasi lauk ikan patin, kita pun rasa teruja untuk mencuba masakan ikan patin di sini. Ketika itu, sudah tersedia sebelanga besar Tempoyak Patin Pahang. Ikan yang boleh dipesan selain ikan patin ialah ikan keli dan ikan talapia bakar.
Kami perlu menunggu lebih kurang 15 minit sementara menunggu lauk yang dipesan:
- Tempoyak Patin Talapia - akan dihidang panas dari belanga
- Pais Patin Pahang - sedang dipanggang
- Talapia Bakar - sedang dipanggang
Apabila kita minta ulam-ulaman seperti dalam gambar, katanya ulam belum sampai! Jadi, makan ikan talapia bakar dengan sambal sahajalah. Hanya ada sayur kobis sahaja, jadi kita pun ambil semangkuk untuk lengkapkan hidangan.
Walaupun suhu sejuk, Firdaus hendak minum sejuk juga! |
Oleh kerana hendak makan panas-panas, jadi kami duduk dahulu di meja. Nanti apabila ikan yang dipanggang sudah masak, bolehlah ambil nasi. Nasi kena ambil sendiri. Begitu juga air minuman. Ambil sendiri dan bayar di kaunter. Ada pilihan air panas dan air sejuk. Encik Suami minta air kopi panas.
Toleh kiri, toleh kanan, depan dan belakang : Semuanya sedang makan nasi dengan semangkuk Tempoyak Patin Pahang!
Kami buka bungkusan berisi bebola keledek yang dibeli di pintu masuk Kea Farm. Comel jew bentuknya. Masih panas! Apalagi, ngap sajalah dua tiga biji!
Raja Ikan sudah tidak sabar untuk menjamah Tempoyak Patin Pahang! Tak cukup semangkuk dengan isinya sekeping ikan patin, minta tambah lagi semangkuk. Padahal semalam sudah makan ikan patin masak pindang di rumah Abang Farid!
Tempoyak Patin Pahang : RM19:00. |
Pais Patin Pahang : RM19.00 |
Tambahan Tempoyak Patin Pahang : RM19:00 |
Firdaus nampak berselera menyudu nasi dengan kuah Tempoyak Patin Pahang! |
Banjir nasinya dengan kuah! |
Talapia Bakar RM25.00 |
Sayur Kobis : RM3:00 |
Sambal Belacan |
Sambal belacan ini diberi percuma. Kata adik yang berpakaian ala-ala pendekar yang kira harga makanan, yang kelihatan sibuk membakar ikan dan menghantar lauk-pauk dari meja ke meja:
Saya belanja kakak sambal belacan.
Saya belanja kakak sambal belacan.
Terima kasih dik!
Kalau berkunjung ke Cameron Highlands, dalam cuaca sejuk dan ingin makan panas-panas dengan menghirup kuah Tempoyak Patin Pahang, singgahlah di restoran yang terletak di tengah-tengah Kea Farm Cameron Highlands ini:
Ayahman Patin Pahang,
Ayahman Patin Pahang,
187, Shop A, Kea Farm,
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands, Pahang.
2 comments
Oh..kat CH pun ada restoran ikan patin ya..Orang Sabah,mata lagi tajam ni..nampak semua tempat makan best di Malaya..hihihi
BalasPadamsedapnya sekali sekala makan ikan patin.
BalasPadam