Kodai Makan Ain : Selegho Kito Selegho Nogoghi
7:17 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Apabila berada di Negeri Sembilan sudah tentulah kita tidak lepaskan peluang menikmati selegho nogoghi. Selalu terliur dan teringat-ingat masak lemak cili api dari rumah BLOGGER SURIA AMANDA. Kali ini kita singgah di tempat makan terkenal Kodai Makan Ain yang terletak di:
Blok A, Kampung Budaya,
Kampung Ayer Hitam,
71500 Tanjung Ipoh,
Negeri Sembilan.
Sebaik sahaja kami tiba, kami terus masuk barisan untuk ambil nasi. Tak sempat hendak ambil gambar sebab perut sudah lapar. Pelbagai jenis masakan cili padi di situ, daripada ayam sampailah ke udang dan ikan. Anak-anak pula terus ambil nasi dan letak lauk-pauk kegemaran masing-masing dalam pinggan yang sama. Oleh kerana sibuk melayan perut sendiri, tak nampak pula lauk apa yang dimakan anak-anak...ahaks!
Antara lauk-pauk yang ada di bahagian luar kedai makan, berhampiran nasi tempat pelanggan berbaris.
Inilah antara hasil tangkapan lauk-pauk yang kita pilih untuk makan bersama Encik Suami.
Ikan Baung Masak Lemak Cili Padi |
Belulang Masak Lemak Cili Padi |
Ulam-ulaman dan Sambal Belacan |
Pajeri Terung |
Telur Itik Masak Lemak Cili Padi dengan Daun Ubi |
Pekerja Kodai Makan Ain datang ke meja dan mengira harga makanan kami tujuh orang. Semuanya berjumlah RM97.00. Wokey! Hari pertama jalan-jalan cari makan di Negeri Sembilan sudah bermula!
10 comments
Betul2 JJCM ni
BalasPadamBelulang tu macam kulit lembu je masak lomak cili api. Pajeri terung peberet tu.
BalasPadamWah...orang jauh pun dah sampai Kodai Ain yang baru ni.
BalasPadamSaya selalu jugak makan kat Kodai Ain masa sebelum PKP, masa tu kedai tepi jalan depan Kampung Budaya. Menang sentiasa penuh orang datang makan.
Telur itik tu paling ohsem tapi Sha seram makan masak lemak orang negeri ini.. Pedas tak tahan perut Sha.. Selalunya mampu pandang je..
BalasPadamPedas tak ni? Tahan pulak Firdaus ya. Takpe kak Amie, anak-anak sudah besar dan ada citarasa sendiri. Mommy boleh makan dengan tenang
BalasPadamCemburu kita dibuatnya tau. Sy terpaksa lupakan niat kalau nak jjcm ke n9 sebab masakan di sana bukan selera Pak Inche.
BalasPadamTerliurnya belulang cili padi tu..
BalasPadamPekat melekat elok semua MLCP kat situ
wahh mesti sedap dan pedas makanan di sana kan..
BalasPadamsemua tu rm97? mak aii, mcm mahal je aida tgk.
BalasPadamtapi takpe la.
jalan-jalan cari makan kata nyerrr kan. harga belakang kira.
Situ mahal sikit kak Amie, tapi sesekali takpe kot..SA jarang makan kat situ..
BalasPadam