Mencari Dosa di Pagi Hari
9:20 PGBismillahirrahmanirrahim.
Khamis, 15 Disember 2022. Kami daftar keluar Southville Stay @ Savanna Excutive Suite di awal pagi. Bersarapan di RB Bistro @ Southville yang letaknya di seberang jalan Restoran Sultan, tempat kami minum petang pada hari kelmarinnya.
Masing-masing tunduk melayan selera! |
Restoran masih lengang kerana masih awal pagi. Kami pun rasa sangat selesa kerana tidak perlu mencari-cari tempat duduk dan menunggu lama. Masing-masing memesan sarapan pagi:
- Kopi O
- Teh O Ice
- Teh O Suam
- Honey Lemon Suam
- Roti Telur Cheese
- Roti Telur
- Nasi Lemak Ayam
- Maggi Goreng Ayam
- Maggi Sup
- Thattu Tosai (Dosa)
- Puri Masala
Kembang lubang hidung Firdaus apabila permintaannya untuk makan Maggi Sup diluluskan! Kami berdua dengan Encik Suami saja yang minum panas, yang lain masing-masing minta minuman berais.
Firdaus : Maggi Soup |
Abang Farid : Maggi Goreng Ayam |
Encik Suami : Roti Telur |
Fuad : Nasi Lemak Ayam |
Amie : Dosa (Thattu Tosai) |
Oleh kerana Dosa @ Thattu Tosai saiz kecil saja, jadi Amie minta tambah Puri Masalla. Walaupun minta makanan tambahan untuk diri sendiri, tapi ramai jew yang bantu habiskan!
Roti Telur Cheese? Oh, Aseeyah punya oderan.
Puri Masala |
Selepas sarapan, kami terus bergerak ke Gombak menuju ke rumah keluarga Aseeyah dan kemudian ke Klang untuk hantar Fuad pulang ke rumah sewanya. Seterusnya sambung perjalanan ke KLIA dan kembalikan kereta sewa.
11 comments
Hahahaha...gigih membaca ..dosa apa yang telah dilakukan dipagi hari🤭
BalasPadamNasib baik dosa kecil🤣
Boleh tambah "puri masaalah"😄.
Besarnya puri masala tu sampai menutup tray dan kuah
tak pernah lagi mencuba dosa. nampak sedap juga ya
BalasPadamHihi. Ingat cari dosa apa tadi. Dosa yang ni takpe. Nampak menyelerakan megi sup Firdaus tu
BalasPadamIngat sahaja apa yang dipesan oleh keluarga Puan Amie.
BalasPadamBetul-betul jalan-jalan cari makan.
saya pun tercari-cari apakah dosa dicari sedangkan dosa wajib dihindari...rupa-rupanya Tosai hahahaha
BalasPadamdosa yg ni x pe kak...hehehe
BalasPadamahaha kemain tajuk.. nasib semuanya sedap2
BalasPadamha ha ha ha aida da agak dah dari tajuk.
BalasPadammesti tosai gitu. memang ada org panggil dosa.
aida tgk dlm program tv, masterchef australia kot.
Kalau kat restoran India yg ekslusif, mereka memang eja Dosa dalam menu dia kan, hehehe.
BalasPadamLa.. Dosa tu tosei ke.. hehehe.. Kecik sangat saiznya.. tak kenyang makan tu kalau Sha pun..
BalasPadamTergelak tenguk tajuk. Apakah dosa ku yang ku cari hehehehe
BalasPadam