Makan Rojak di Pantai Minyak Beku
10:23 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selepas sarapan pagi yang terlewat di Cafe Santai Delicious Parit Jelutong, Fuad membawa kami jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku pula. Cuaca sungguh panas ketika kami sampai. Selepas bergambar, kami berlarian menuju ke salah sebuah gerai di situ. Tak ingat apa nama gerai yang kami singgah. Masing-masing membasahkan tekak di situ dengan minuman kegemaran masing-masing dan sempat juga kami makan rojak buah yang sedap.
Rojak Buah |
Semuanya tidak sanggup berlama-lama di sini. Pancaran matahari sangat terik!
Cukuplah sekadar jejak kaki di sini sambil jeling-jeling air laut yang menghempas pantai.
Kononnya singgah di sini hanya untuk basahkan tekak sahaja kerana baru sahaja sarapan di Parit Jelutong.
Melihat keropok goreng, teringin pula hendak mencicipinya.
Sayangnya Firdaus tidak berminat untuk makan keropok!
Amie belikan Firdaus sate ayam goreng salut tepung, tetapi abang-abangnya pula ikut meratah!
Amie minta tambah lagi dan kali ini sate ayam goreng salut tepung dan nuggget ayam. Kali ini pun, abang-abang Firdaus pulun sama. Eh, macam kelaparan pula anak-anak!
Mango Shake |
Kali ini barulah Firdaus benar-benar menikmati sate ayam goreng salut tepungnya sehingga kenyang! Melihat gelagat anak-anak berebut makan sate ayam goreng salut tepung, teringat kemeriahan makan bersama sewaktu mereka masih kanak-kanak. Indahnya suasana itu! Terima kasih Allah! Engkau berikan aku kesempatan mengukir lagi kenangan yang sungguh membahagiakan ini.
Rojak Buah |
Rojak buah pula, habis dua mangkuk dikerjakan! Nampaknya memang semuanya lapar! Fuad sekali lagi mencadangkan untuk membawa kami ke Yong Peng untuk makan kari kambing 40 hari.Tiba-tiba masing-masing kata kenyang pula!
Akhirnya kami putuskan untuk pulang sahaja ke hotel untuk solat dan berehat! Cuaca panas begini, rasa mengantuk pula apabila berada dalam kereta! Baiklah balik hotel dan tidur!
Kami gerak dahulu ke tempat penginapan. Selamat tinggal Pantai Minyak Beku di Jalan Minyak Beku, di Kampung Minyak Beku, Senggarang, Johor.
14 comments
pertama kali dgr nama pantai ni...sedapnya rojak buah...
BalasPadamAlahai.. boring je muka firdaus menatap keropok kering tu kak.. haha
BalasPadamAlahaiiiii kalau dah sampai 3 kali order , sian firdaus tak dapat menikmati makan peberet.
BalasPadamSelain rojak buah kalau ada rojak petis memang sedap ni amie. Pergi pantai tengahari memang le panas kalau cuaca baik. Rasanya dekat juga dengan kawasan batu di pahat sempena nama Batu pahat.
BalasPadamTerliur tengok rojak buah tu...biasa la kak, jalan- jalan naik kereta...kejap je dah lapar semula kan...tapi seronok kan bila masing- masing berselera
BalasPadamseronoknya baca entri akak ni, mesti seronok tengok semua anak akak berebut makanan maklum la masing-masing selalu kan jauh dimata. Tepi pantai dah tengahari memangla panas terik kak heheheh itu yg sedap dapat hirup air buah tu, akak tak jumpa rojak petis ke kat sana kak?
BalasPadamnampak rojak mesti teringat petis...dia x jual ke kak petis tu?
BalasPadamKena pergi juga kari kambing 40 hari tu kak, berkali-kali Fuad ajak tu.
BalasPadammenariknya sate celup tepung tu..
BalasPadamHehe.. seronok baca, anak-anak berebut makan. Sedapnya minum Mango Shake masa hari panas. :)
BalasPadamNasib baik pakat bawa sunglasses dapatlah mengurangkan sinaran panas..
BalasPadamSedapnya mango shake & laici lemon shake tu..
Eh,yang dalam mangkuk pic selepas laici shake tu apa Cikgu?
Tak pernah sampai lagi ke sini. Makan ramai-ramai memang berselera, tu yang berebut ibarat kanak-kanak balik
BalasPadamBila dah berkumpul, memang leka makan tu kak Amie. Sy pun kalau ramai2 asyik tambah order jer, haha.
BalasPadamUnik betul nama pantainya..
BalasPadam