Teratak Kenangan

3:54 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin, sudah daftar masuk dalam talian untuk penerbangan LD-KK-KL.
Esok kami bertiga, Amie, Encik Suami dan Firdaus dijadualkan terbang, dan dijangka tiba di KLIA pada pukul 2:35 petang.

Penerbangan Fairuz KK-KL ditunda dari pukul 11:30 pagi ke pukul 7:00 malam.
Kita hanya mampu merancang untuk mendapatkan yang terbaik. Apa pun semuanya dugaan kecil yang harus dihadapi dengan berlapang dada.

Abang Farid dan Aseeyah sekarang sudah berada di Kuala Lumpur, kelmarin menempuh perjalanan jauh dari Seri Iskandar.

Esok, Fuad dari Klang akan bertemu Abang Farid di KLIA, dan menunggu kedatangan kami.

Barangkali kami terus balik kampung, jumpa Bonda dan sanak saudara dan kemudian patah balik ke KLIA2 menjemput Fairuz. Nampaknya, KLIA menjadi saksi pertemuan sebuah keluarga dari empat penjuru.

Masa yang agak terbatas, membuatkan kami membuat keputusan untuk bergerak ke Batu Pahat pada hari Ahad. Mudah-mudahan hari seterusnya dapat menghadiri majlis konvokesyen Fuad dengan tenang dan selesa.

Beberapa hari kebelakangan ini beberapa orang rakan sekerja menegur: Kenapa mata nampak bengkak? Menangis? Ya, banyak menangis. Kenapa dan mengapa? Barangkali rindu. Rindu pada Bonda dan keluarga. Ya, sudah semestinya rasa rindu yang membelit jiwa. Rindu pada kenangan lama ketika kecil, bersama arwah Ayahanda. Dan rindu itu terasa sakitnya, apabila tidak berkesempatan berbakti dan membalas budi dan jasa seorang insan yang sentiasa berkorban segenap raga demi membesarkan anak-anaknya. Ya Allah Ya Rahim, kurniakanlah ganjaran syurga buat arwah Ayahanda kami yang telah kembali ke pangkuan-Mu pada 26 Februari 2002.

Sebuah puisi hasil tukangan Amie bertajuk Teratak Kenangan yang dimuatkan dalam Antologi Puisi Di Bawah Percikan Arunika cuba menterjemah rasa ini. Bonda selalu bercerita tentang kesusahan hidup yang ditempuh bersama arwah Ayahanda di awal perkahwinan mereka. Menurut Bonda, arwah Ayahanda memotong sendiri kayu merbau di hutan untuk dijadikan tiang rumah. Bonda meminta agar ruang di bahagian hadapan rumah tidak dirobohkan (sewaktu kami hendak rombak rumah) kerana kata Bonda hanya itulah sahaja kenangan yang Bonda ada sewaktu hayat Ayahanda masih ada. Kami akur permintaan Bonda. Memandangkan Bonda semakin uzur, sudah tentulah kami tidak mahu Bonda naik turun tangga. Jadi, kami tambah sahaja dua buah bilik tidur dengan dilengkapi tandas untuk kemudahan Bonda.

Amie masih simpan gambar rumah kami yang lama, hasil tukangan arwah Ayahanda. Setiap dua atau tiga tahun sekali, adik-beradik kami akan tukar warna cat termasuk warna kuning, hijau dan oren. Hanya gambar rumah cat warna merah jambu sahaja yang ada dalam simpanan, lebih 20 tahun lalu.

Teratak Kenangan - Tahun 2000


TERATAK KENANGAN

Tunjang teratak ini
Tiangnya merbau kegigihan
Sangga gelegar dugaan
Tonggak lantai kehidupan
Dindingnya anyaman pelepah kumbar
Dipaku tepas bilah-bilah sukar
Jendela angin menyambut semilir
Tirai pelangi kasih terukir
Bumbungnya rumbia ketabahan
Disusun atap kesabaran
Menepis fitrah alam
Terik mentari dan tempias hujan
Nyedar beradu di bantal kekabu
Di sudut dapur aroma dihidu
Disaji rebusan ubi
Di cangkir bahagia dituang kopi
Di pangkin anjung kelibat ayah
Mengelap keringat lelah
Mengalun qasidah di perkarangan senja
Seri seribu kedut di wajah
Sigai berpasak jenjang teratak
Daun pintu kenangan diselak
Luasnya sebolos usungan keranda
Menghantar ayahanda ke laman syurga
Salami Simon
Antologi Puisi Akademi Sanggar Nurimas: Di Bawah Percikan Arunika
SNE 2022


Pemilihan perkataan atau diksi dalam setiap baris puisi ini biasa-biasa sahaja tetapi sebenarnya sangat bermakna untuk diri Amie. Dan ia diukir dengan jiwa yang sarat kenangan dan beban rindu yang tak tertanggung! Allah ya Allah ya Rahman. Kami memohon rahmat-Mu, tempatkanlah Ayahanda kami dalam kalangan hamba-Mu yang beriman dan beramal soleh!

Eh, beremosilah pula kita petang ini!

Nampaknya kita terpaksa mengundurkan diri buat seketika dari dunia maya. Walaupun sehari tak 'jumpa' sudah rasa rindu sangat hendak berkunjung ke rumah kalian, ini kan pula entah berapa hari kita pula yang 'tutup pintu'.

Jumpa lagi. Assalamualaikum.



22 comments

  1. semoga perjalanan kak amie dipermudahkan

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan Allah perjalanan kak Amie dan ahli keluarga lain.

    Indah sungguh puisi kak Amie.

    BalasPadam
  3. Pandainya berpuisi! Semoga semua lancar

    BalasPadam
  4. Menyentuh perasaan sy, Kak Amie. Rasa panas bibir mata bila baca puisi Kak Amie. Semoga dipermudahkan urusan Kak Amie sekeluarga nanti.

    BalasPadam
  5. Saya masih ingat kisah bonda mahukan tiang seri kayu merbau jangan diroboh cuma lupa entri yang mana..Teringat kerana rumah bonda saya juga dari tebangan teras pohon berangan..( jalan kenangan kita banyak persamaan kan😭)

    Semoga Allah mudahkan urusan Cikgu dan keluarga mengahadiri konvokesyen Fuad..
    Tahniah anakanda Fuad..Semoga limpaha rahmat dari Allah

    BalasPadam
  6. Jasa ibubapa mmg tiada tandingan...selamat terbang ke semenanjung, semoga rindu terubat bila bersua muka..

    BalasPadam
  7. Sangat menarik kata-kata dalam puisinya.

    BalasPadam
  8. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat berkasih sayang...betul Kak Amie, sy pun rindu akan kenangan di teratak bonda dan semestinya pada ayah bonda yg telah tiada.

    BalasPadam
  9. selamat kembali ke semenanjung bertemu fmili tercinta...indah sekali sajak ami bersama SNE

    BalasPadam
  10. sebak terasa sempit dada..moga arwah ayahanda kak amie dikurniakan syurga sbg ganti tempat tinggalnya.selamat bercuti kak amie&keluarga dipermudahkan semua urusan,sihat2 semuanya semasa bercuti..
    tak apa kami tunggu kepulangan kak amie

    BalasPadam
  11. selamat pulang Kak Amie. Luangkan masa & lepaskan kerinduan yang sarat buat Bonda & adik-beradik di Batu Pahat. Nanti kami tunggu cerita Kak Amie lepas Kak Amie dah balik ke alam maya.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah Kak Amie dh selamat sampai ke KL..dan SA percaya disaat SA komen di entry ni Kak Amis dah ada di bumi Johor...seronoknya kembali bersatu dengan keluarga walau hanya untuk seketika...asalkan terlerai rindu kan Kak Amie...nikmati peluang ni sepenuhnya ye Kak...hugs...

    BalasPadam
  13. Sekarang ni mesti akak sedang gembira jumpa dengan keluarga tersayang di semenanjung, kita sentiasa akan ada memori kisah lama. Kisah waktu kecil yang jadi kenangan dan sentiasa kita ingati

    BalasPadam
  14. Sebak baca entri ni.
    Moga dipermudahkan urusan Cikgu dan keluarga sepanjang berada di Semenanjung.
    Kalau ade kesempatan bertemu, marilah kita bertemu Cikgu 😊

    BalasPadam
  15. moga dipermudahkan segala urusan kak amie sekeluarga ya

    BalasPadam
  16. Sedih baca.
    Moga dapat dilepaskan rindu yang menggunung di dada pada Bonda.

    BalasPadam
  17. Asyik tgk gambar kak Amie je di fb minggu lepas dan minggu ni... x sabar tgu update kak Amie di blog pulak

    BalasPadam
  18. semoga perjalanan dan segala urusan dipermudahkan

    BalasPadam
  19. Selamat menjejakkan kaki ke bumi JDT
    Tempat jatuh lagi dikenang
    Jalan cerita awal kehidupan kita hampir sama

    BalasPadam
  20. Al fatihah buat arwah ayanda amie. Bila baca ni aduhaiiii buat orang nangis je teringat arwah bapak saya. Bila tenguk teratak kenangan amie teringat rumah lama kami yang hanya tinggal kenangan sebab ada tangga depannya. Rumah dulu kan rumah tinggi ada tangga. Tangga tu tempat posing ramai-ramai.

    BalasPadam
  21. Al-Fatihah buat arwah ayah akak dan semua yang telah pergi meninggalkan kita..
    Hujan-hujan ini terasa sebak didada, tambahan membaca puisi nukilan akak..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe