Cari Sarapan di Medan Selera PSMA Bandar Baru Ampangan

12:23 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah kami daftar keluar dari Muslim Homestay Raudhatul Jannah, kami terus menuju ke Bandar Baru Ampangan, Seremban. Terkenang memori lama sewaktu practical teaching selama tiga bulan di Chan Hwa High School, Jalan Temiang bersama tiga orang lagi kawan. Kami tinggal di flat, tapi tak ingat apa namanya. Yang Amie ingat, nama Ampangan sahaja!  Kalau hendak balik ke Kuala Lumpur, kami naik bas ekspress dari Seremban ke Pudu Raya selama satu jam setengah.

Oh! Banyaklah kenangan datang bertalu-talu, yang telah ditinggalkan lebih 30 tahun lalu sepanjang berada di sini!

Wokey!
Kita terus kepada tujuan asal, jalan-jalan cari sarapan.

Semua rasa teruja sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke Medan Selera PSMA (Persatuan Sinaran Maju Ampangan) yang terletak di:
30, Jalan Blok A1,
Bandar Baru Ampangan, 70400 Seremban,
Negeri Sembilan.

Masing-masing diberi kebebasan untuk memilih makanan yang disukai. 



Encik Suami tersenyum merenung hasil dalam pinggannya, kuetiau goreng dengan telur mata.


Seperti biasa, Firdaus akan mengetuai bacaan doa makan.


Inilah antara hasil tangkapan Fuad dan Fairuz.


Kita pun tak tahu nama kesemua makanan yang dipilih. Ada nasi lemak, dan kuih-muih. Firdaus memilih ayam goreng, begedil kentang dan mini hashbrown serta murtabak mini.


Baru perasaan, Fuad dan Fairuz tak cukup sebungkus makan nasi lemak. Teringat komen rakan blogger (kalau tak silap KakMim), katanya anak-anak lelaki memang kuat makan!



Kita pilih kuih talam.


Dan juga nasi himpit.


Kita ambil dua ketul begedil tauhu, siap bubuh sambal kicap. Kita tak sempat makan, jadi bungkus bawa pulang.



Oleh kerana tidak tahan hati melihat ikan patin masak tempoyak, kita pun ambil semangkuk dan ratah begitu saja!

Memang rambang mata melihat pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk dan macam-macam lagi! Kita ambil gambar sahajalah buat kenangan. Memang rasa teringin hendak makan tapi apa boleh buat, perut tak muat! Harganya pun mampu beli. Kalau kita duduk di kawasan ini, baiklah beli sahaja lauk-pauk bawa balik rumah, dan hanya perlu masak nasi sahaja!







Ya ampun! Tak nampak pula ada Telur Ikan Cili Padi! Kalau ternampak, memang kita ambil. Apa boleh buatlah, hanya boleh renung gambar!






Kari Kambing Malabar pun ada!
Nampaknya kalau hendak makan pelbagai jenis lauk di sini, kenalah duduk d Ampangan dua tiga hari!









Gambar-gambar ini sekadar untuk simpanan, boleh dijadikan motivasi supaya datang berkunjung ke sini lagi. Kami membeli beberapa jenis kuih dan makanan lain untuk dibawa ke homestay seterusnya.  Destinasi kami seterusnya ialah ke Putrajaya. In syaa Allah, ada rezeki Encik Suami dan anak-anak hendak solat di Masjid Putrajaya.

Aduhai!
Datang ke Medan Selera PSMA untuk cari sarapan, tapi terkenang-kenang pula lauk-pauknya yang pelbagai itu!

13 comments

  1. Allahuakbar.....banyaknya lauk dia. Bagus lah dia dah siap-siap letak dalam mangkuk. Tinggal pilih je apa nak makan dan budget harga sebab dah siap harga. Ni port tapau pun best. ni konyang perut sonang hati sungguh ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bayangkan semua ini memudahkan golongan yang sibuk bekerja. Beli saja lauk-pauk bawa balik rumah. Harganya pun memang harga mampu beli.

      Padam
  2. perghhh banyaknyaaaa pilihan mknn. mesti rambang nk pilih. untung betul yg duduk berhampiran medan selera ni. 😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat tu Anies. Jimat masa, jimat belanja.

      Padam
  3. Pukul berapa Kak Amie sekeluarga pergi sarapan tu? Bagusnya tempat ni pagi2 lagi dah banyak lauk tersedia dan diletakkan dalam pinggan berasingan senang tinggal ambik je. Memang rambang mata nak memilih. Nasi lemak daun pisang kalau saya pun tak cukup sebungkus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami sampai pada pukul 9:40 pagi. Banyak sarapan sudah habis. Tapi dapatlah juga makan baki yang ada.

      Padam
  4. Wah...saya yang tengok gambar pulak jadi rambang mata nak memilih 😄

    Seronok kak Amie sekeluarga berJJCM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. JJCM dengan anak-anak ni yang seronoknya boleh perkenalkan pelbagai jenis menu yang mereka tak pernah jumpa atau rasa.

      Padam
  5. Sukanya melihat lauk pauk yang sudah di bubuh siap-siap dalam bekas berserta harga.. Senang nak pilih.. Memang ohsemlah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sangat memudahkan pelanggan untuk membeli. Tempatnya pun luas.

      Padam
  6. Menarik menu2nya Kak Amie. Kalau sy, tetap juga pilih masak tempoyak tu agaknya, hihi.

    BalasPadam
  7. Tudiaaaa...
    Meriah dan menariknya menu di sana...Terliur..
    Memang sekali datang akan terkenang-kenang ni

    BalasPadam
  8. banyak nya lauk pauk di sini, kak amie! kalau syu pon mesti teringat-ingat lauk yang tak sempat nak cuba..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe